Monday, November 4, 2013

pendakian gunung kinabalu


perjalanan bermula pada jumaat malam. selesai makan usai solat isyak terus tido. sekitar jam12 memulakan perjalanan ke kundasang. melepasi telupid, hujan turun renyai2. menghampiri ranau, keadaan mula berkabus. selamat tiba di masjid kundasang sekitar jam4. sebab sejuk dan tak tahu nak buat apa, bergolek2 di seat belakang sampai la terlelap...bangun balik dah azan subuh. usai solat subuh, baru la tukar tracksuit dengan baju untuk hiking.  pakai baju nipis je sebab nanti berpeluh2. baju jenis dryfit memang nampakkan belebihan kat sini sebab walaupun masa berjalan lenjun, tak lama lepas tu dah kering balik~
suasana pagi di kinabalu national park
selepas selesai mendaftar, mula persiapkan minda untuk mendaki...agak cuak juga la sebab badan bukannya fit sangat. training pun setakat 1-2 lap kompleks ataupun memorial. cuaca agak sejuk. jadi masa mula berjalan sebenarnya ada terasa nak sarung jaket, tapi bila fikir kejap lagi akan berpeluh2...baik la tahan je sekejap.
tagname pendaki
sekitar jam 930 sampai ke pintu gate timpohon...maka mula la perjalanan mendaki gunung kinabalu...masa mula berjalan tu rasa okay je...sampai dekat kilometer 1.5 mula rasa berat sikit kaki... diri sendiri punya kapasiti 1.3, guide punya kapasiti 3.0, agak susah juga la...tapi sebab dia bawa pun steady, dapat juga la teruskan perjalanan dengan lancar sampai ke kilometer 4, pondok layang2. masa sampai sini adalah dalam jam 11. disini berhenti seketika untuk makan tengahari yang dapat masa daftar. so lunch adalah 3 keping sandwich dan sebiji apel. dan sebab tak nak habiskan 100plus, bancuh ORS dengan air botol yang dapat untuk lunch. walaupun sebenarnya tak adalah lapar sangat, tapi makan juga takut karang pengsan pula tak ada tenaga.
pitstop-pondok layang
selesai makan...dalam jam 1130 mulakan semula perjalanan ke tempat penginapan di laban rata. selepas pitstop di layang2...keadaan mula berkabus. masa ni rasa risau juga la takut2 hujan. makin tinggi naik, makin tebal kabus...
pondok layang-mula bergerak semula
kilometer5-me guide

dan menjelang jam1...selamat tiba di laban rata...kira bertuah sebab sampai, air mula turun merintik...lepas check in...solat jamak...terlelap seketika sampai la jam4...tak lama lepas tu baru dapat makan...masa tu memang tak ingat apa selain makan. siap makan...on time untuk solat maghrib. selesai solat terus sambung tido...
adakah kinabalu akan menjadi penamat kepada hayat power?
dah sejuk sangat...sampai laban rata terus sarung glove
 
 

bangun semula dah jam130 pagi. siap2 bungkus baju/jaket/glove masuk beg, terus turun makan. dekat jam 230 mula mendaki naik ke puncak...sebab semalam hujan...maka keadaan berkabus. speed hiking masih sana macam semalam. kecuali masa sampai dekat kilometer 7.5...masa tu mungkin sebab sejuk...jadi banyak sikit break lepas tu...antara sebab lain adalah kabus tebal sangat, sejuk sangat...maka guna banyak tenaga. masa sampai kat puncak...tepat2 masuk waktu subuh...guide dengan senang hatinya tunjuk area yang cukup2 untuk solat sekali dengan arah kiblat. usai solat, bergambar di puncak sambil tunggu matahari terbit. lagipun orang lain masaih dalam perjalanan, maka senang sikit nak ambil gambar.
thank you mr.japanase for the picture~
 
jam530 pagi-low's peak-matahari bermain dibalik kabus
antara beberapa puncak lain disekitar low's peak
menikmati pemandangan matahari naik
 menjelang jam530 orang mula tiba di Low's peak dengan ramainya. memandangkan keadaan mula sesak...kami memulakan perjalanan turun. keadaan berkabus berterusan sehingga la disekitar jam6...jadi matahari tidak kelihatan...tapi apabila menghampiri kilometer 7.5...barulah dapat lihat matahari dengan terangnya. dalam perjalanan turun, guide tunjukkan tempat permulaan untuk via verata dekat kawasan kilometer7.5. tak dapat main via verata, dapat tengok checkpoint pun jadi la...
sekitar jam6-kilometer8-matahari mula menampakkan diri
starting point via verata low's peak-kilometer7.5
kilometer7-pondok sayat

turun dari sayat2...sebab dah terang, maka dapat tengok pemandangan yang indah sepanjang laluan punack-laban rata...rasa macam masuk taman...view super...tapi tak ada ambil gambar sangat...
tiba semula di laban rata sekitar jam7...jam730 baru dapat breakfast...sekali lagi makan macam orang dah 3 hari tak makan sebab penat naik turun puncak...tambah dengan sejuknya....habis breakfast jam 830 mula mendaki turun...
1030-carson fall-speeding tak beragak...
dalam perjalanan turun...rasa macam speeding lain macam...kurang dari sejam dah sampai layang2...sampai di pintu gate timpohon pun sebelum jam11...memang mengatasi jangkaan. awalnya masa turun memang ada la rasa macam speeding...tapi tak adalah rasa terlampau laju...ni dah macam berlari dah ni...

dalam perjalanan balik ke kundasang sebenarnya cuba untuk singgah di kolam air panas poring...tapi mungkin sebab weekend dan dah cuti sekolah...terlebih sesak la tempat tu... bas je dah ada 6 biji...tambah dengan segala mat saleh pakai tak ada apa atas badan...so terus je balik ke sandakan...tu pun sampai sandakan sebelum jam5 petang.

sampai kat sandakan pula buat idea seleweng akal...pergi melayan adik2 main basikal dulu sebelum balik rumah...logik akal masa ni macam dah seleweng banyak dah...bapa cakap "fit juga ni...tapi tengok la esok kau rasa macam mana...". sekarang dah faham la statement tu~

ni dah lepas solat subuh...kaki ada rasa tegang juga...tapi okay lagi...masih mampu solat dengan elok. cuma lutut ada rasa sakit sikit. tengok la nanti turun naik tangga nak pergi makan macam mana... kot tak boleh naik turun...kena delivery la jawapnya. ;p

akhir sekali, nak terima kasih pada:
en.sukaime...penasihat free untuk segala tips...
en.faizol/ashrat...share pengalaman pendakian korang minggu lepas...
en.faiz...baju sejuk tu best pakai masa kat atas tu~
en.fauzi...sarung kepala tu tak pakai sangat...tapi menyelamat dari sejuk terlampau masa kat puncak...
en.azri...kalau tak ada powerbank...rasanya memang 2nd day tak ada gambar langsung la~
pn.masturah...sudi bagi offday hari ni...
cik elaine...sudi sign penganti untuk offday saya hari ni...

tak lupa: pn.hendon...sebab mendoakan keselematan anak dia kat sini...

alhamdulillah...selamat sudah kini di sandakan kembali...

Wednesday, October 30, 2013

simple thing~

 "Bahagia adalah atas diri orang itu"

ada orang yang makan dia banyak...rumahnya besar...tapi hatinya gundah gulana...senyumnya tawar...perasaannya menderita...
ada orang yang makannya sekadar cukup rasa...rumah pun sederhana...tapi hatinya tenang...hidupnya bahagia...mulutnya tak lekang dengan senyum


ada orang yang hujan dia basah...panas dia panas...tapi dia tenteram...mindanya damai...


kebahagiaan adalah apa yang terkandung dalam hati orang itu...


ada orang yang mencari kebahagiaan dengan makan ditempat2 yang grand...pergi ke tempat2 yang mewah2...membeli barang yang berjenama...


ada orang yang mencari kebahagiaan hati dengan melawat saudara mara...meluang masa dengan sahabat...mengisi masa dengan mereka yang dikasihi...


 ada orang yang meluangkan masa bersendiri...berjalan diatas bumi yang luas...


 apa pun yang mereka lakukan...adalah atas diri mereka sendiri...atas pilihan sendiri...untuk memenuhi hasrat hati mereka...



tidaklah salah untuk memenuhi keinginan hati masing-masing...tetapi sebaiknya hendaklah dengan kadar yang sederhana...


 beringatlah sentiasa...untuk setiap yang berlaku itu ada asbab musabab...tidaklah suatu kejadian itu berlaku dengan sia2...maka bukalah hatimu untuk menerima setiap apa yang berlaku...mungkinlah kamu tidak mengerti saat kejadian itu berlaku...jadi tidaklah salah untuk berdukacita saat kejadian itu berlaku...ataupun bergembira saat suatu keinginan itu tercapai...


 senyum2lah...untuk diri...untuk mereka yang dikasihi...untuk mereka yang memerlukan sesuatu untuk tersenyum...


Tuesday, October 15, 2013

aidul adha~

 

takbir raya dipagi hari~

 wakil beluran pun turun padang ooo~

ramai tukang pantau proses pengagihan~

2 anak dara yang tak tahu kenapa duk dekat panas~

Sunday, October 13, 2013

recreational sunday


recreational Sunday with father and brothers~
post night call therapy~

Sunday, September 1, 2013

weekend tripping~sesi bermesra bersama adik2 baru

weekend kembali...dan untuk kesekian kali...persoalan yang akan timbul adalah apakah yang bakal dilakukan...

berbeza sedikit dengan sebelum ini...pagi sabtu ini dimulakan dengan tracking ke Astana Height. walaupun rasa agak awal, tapi jam 530 tak adalah gelap sangat. bila sampai di atas dapatlah tengok matahari mula bersinar dipermulaan hari. mungkin sebab pergi sendiri, sejam dah dapat complete 1 round. 

sunrise~

selesai exercise pagi, balik bersiap untuk exploration bersama adik-adik. hehe. itu pun sebab bapa bagi kebenaran untuk bawa. mulanya agak waswas nak bawa adik-adik tu, tapi dari buang masa tidur sepanjang hari...redah je la...lagipun bila lagi nak dapat peluang nak kenal dengan adik-adik tu.

jadi hari khamis dah minta kebenaran awal-awal dari bapa nak bawa adik sorang tu (hakim) untuk pergi jom heboh...tapi bila dapat tahu jalan ke bandar akan ditutup...dan keadaan sesak yang bakal berlaku di jom heboh...baik la pergi tempat lain. perangai adik sorang tu pun belum kenal lagi, dibuatnya terhilang kat dalam kesesakkan orang ramai tu tak pasal je. jadi plan ditukar untuk bawa hakim ke sepilok je. tapi bila jumpa bapa di ED (kebetulan bapa kena kerja pagi hari merdeka~) sebelum ambil hakim...katanya iyan nak ikut juga. pada awalnya memang dah berkira-kira, kalau bawa hakim, yang lain mesti la nak ikut juga. terutama iyan. so, kira menepati prediction la~ setakat bawa 2, boleh la. kalau lebih-lebih mau pengsan nanti...

selepas ambik azri (latest FRP) pergilah mengambil Hakim dan Iyan. sebelum bergerak jauh, breakfast di rimbawan~ kat sini dah nampak sangat hakim ni memang kuat makan. iyan punya nasi kuning pun dia boleh habiskan lepas dia sendiri habiskan sepinggan nasi kuning. dah habis sarapan baru la bergerak tuju sepilok~

perancangan asal nak tengok Sun Bear...tapi sebab tak tahu tempatnya, pergi la ke orang utan sepilok sanctuary. kebetulan jumpa dengan zulhilmi (FRP yang melapor diri tengah2 Ramadhan) 1 family. kebetulan sampai masa makan orang utan, jadi dapatla tengok orang utan dan monyet2. sebab ramai orang dan keadaan mula panas, jadi tak tunggu lama sangat. Hakim pun macam bosan duduk situ lama2. hehe...
introducing mohd raiyan hakim, mohd norziyan
introducing azri

sebab tak berapa sure apa nak pergi ke mana...plan sekadar nak berjalan ke RDC...sekali Hakim cadangkan ke Mini Zoo Gum Gum. fikir dalam lima minit.......setuju untuk ke dua-dua tempat. 

sampai di RDC Hakim dengan Iyan dah excited nak naik bot pusing tasik...maka round kawasan plant discovery garden sampai ke jambatan gantung merentas tasik je. 1 sebab nak isi masa sementara tunggu orang yang jaga bot tu siap. 2 sebab...kalau nak pusing kawasan canopy walk sampai ke sepilok giant tree tu jauh sangat...takut dua adik tu tak larat...lagipun masing2 pakai jeans, t-shirt dan kasut jalan/seliper...amat tak proper untuk hiking.
2 orang terlebih excited nak naik bot~

Hakim dengan Iyan excited teramat nak control bot...tapi memandangkan Iyan kecik sangat dan sebab malas...azri dengan hakim control boat.
kepenatan+kepanasan

lepas rehat, pergi la ke masjid gum gum untuk solat zuhur dulu. lepas solat makan sekejap di food court dekat bangunan mini zoo dan supermarket tu. peliknya Iyan tak nak makan...minum pun sikit je. hakim semua yang dioffer, licin bersih.hehe. bila hakim cakap iyan memang makan sikit, layan kan je~

dah masuk dalam, baru la tahu kenapa dua adik tu beriya nak datang sini...nak main dekat playground mini zoo tu. semangat sangat main sampai berpeluh-peluh macam marathon dua orang tu. puas main, tengok animal show sekejap. mula2 okay je...skali bila keluar ular sawa. iyan dah kejung semacam. tapi kejap je la. lepas ular tu kena simpan dia normal je balik. habis animal show baru la bergerak balik.
aktiviti memberi ikan makan di zoo...
keseronokan melampau...sampai bermandikan peluh adik2 ni

dalam perjalanan singgah sekejap di Survey, bagi peluang azri cari barang rumah. sambil tunggu azri sembang2 dengan hakim (tak dapat nak turun sebab iyan ketiduran, mungkin penat sangat main). dapat la kenal perangai sebenar dua orang ni.
kodok berkhidmat dengan jayanya...

sampai rumah dah dekat jam 530 lepas hantar semua kembali ke rumah masing2. 

walaupun penat juga la melayan dua orang tu...tapi atleast berbaloi la dapat ke tempat2 tu. tak ada 2 adik ni mungkin tak ada juga la nak explore tempat2 tu semua.

yang paling tak tahan adalah statement hakim masa tunggu azri... "bagitau saja sama bapa, dia okay juga tu kalau mahu jalan lagi." macam dia pula yang bagi approvel nak pergi jalan mana2. memang tak tahu nak gelak ke apa masa tu. tengok la lain kali bila lapang...mungkin boleh jalan lagi~ =D

p.s. mohon adinda di semenanjung tak cemburu. =D
p.s...berkenalan la kamu dengan bermusafir bersama sahabatmu~nak bersahabat, berkenalanlah juga dengan keluarga sahabatmu. tak rugi apa pun.