Sunday, September 1, 2013

weekend tripping~sesi bermesra bersama adik2 baru

weekend kembali...dan untuk kesekian kali...persoalan yang akan timbul adalah apakah yang bakal dilakukan...

berbeza sedikit dengan sebelum ini...pagi sabtu ini dimulakan dengan tracking ke Astana Height. walaupun rasa agak awal, tapi jam 530 tak adalah gelap sangat. bila sampai di atas dapatlah tengok matahari mula bersinar dipermulaan hari. mungkin sebab pergi sendiri, sejam dah dapat complete 1 round. 

sunrise~

selesai exercise pagi, balik bersiap untuk exploration bersama adik-adik. hehe. itu pun sebab bapa bagi kebenaran untuk bawa. mulanya agak waswas nak bawa adik-adik tu, tapi dari buang masa tidur sepanjang hari...redah je la...lagipun bila lagi nak dapat peluang nak kenal dengan adik-adik tu.

jadi hari khamis dah minta kebenaran awal-awal dari bapa nak bawa adik sorang tu (hakim) untuk pergi jom heboh...tapi bila dapat tahu jalan ke bandar akan ditutup...dan keadaan sesak yang bakal berlaku di jom heboh...baik la pergi tempat lain. perangai adik sorang tu pun belum kenal lagi, dibuatnya terhilang kat dalam kesesakkan orang ramai tu tak pasal je. jadi plan ditukar untuk bawa hakim ke sepilok je. tapi bila jumpa bapa di ED (kebetulan bapa kena kerja pagi hari merdeka~) sebelum ambil hakim...katanya iyan nak ikut juga. pada awalnya memang dah berkira-kira, kalau bawa hakim, yang lain mesti la nak ikut juga. terutama iyan. so, kira menepati prediction la~ setakat bawa 2, boleh la. kalau lebih-lebih mau pengsan nanti...

selepas ambik azri (latest FRP) pergilah mengambil Hakim dan Iyan. sebelum bergerak jauh, breakfast di rimbawan~ kat sini dah nampak sangat hakim ni memang kuat makan. iyan punya nasi kuning pun dia boleh habiskan lepas dia sendiri habiskan sepinggan nasi kuning. dah habis sarapan baru la bergerak tuju sepilok~

perancangan asal nak tengok Sun Bear...tapi sebab tak tahu tempatnya, pergi la ke orang utan sepilok sanctuary. kebetulan jumpa dengan zulhilmi (FRP yang melapor diri tengah2 Ramadhan) 1 family. kebetulan sampai masa makan orang utan, jadi dapatla tengok orang utan dan monyet2. sebab ramai orang dan keadaan mula panas, jadi tak tunggu lama sangat. Hakim pun macam bosan duduk situ lama2. hehe...
introducing mohd raiyan hakim, mohd norziyan
introducing azri

sebab tak berapa sure apa nak pergi ke mana...plan sekadar nak berjalan ke RDC...sekali Hakim cadangkan ke Mini Zoo Gum Gum. fikir dalam lima minit.......setuju untuk ke dua-dua tempat. 

sampai di RDC Hakim dengan Iyan dah excited nak naik bot pusing tasik...maka round kawasan plant discovery garden sampai ke jambatan gantung merentas tasik je. 1 sebab nak isi masa sementara tunggu orang yang jaga bot tu siap. 2 sebab...kalau nak pusing kawasan canopy walk sampai ke sepilok giant tree tu jauh sangat...takut dua adik tu tak larat...lagipun masing2 pakai jeans, t-shirt dan kasut jalan/seliper...amat tak proper untuk hiking.
2 orang terlebih excited nak naik bot~

Hakim dengan Iyan excited teramat nak control bot...tapi memandangkan Iyan kecik sangat dan sebab malas...azri dengan hakim control boat.
kepenatan+kepanasan

lepas rehat, pergi la ke masjid gum gum untuk solat zuhur dulu. lepas solat makan sekejap di food court dekat bangunan mini zoo dan supermarket tu. peliknya Iyan tak nak makan...minum pun sikit je. hakim semua yang dioffer, licin bersih.hehe. bila hakim cakap iyan memang makan sikit, layan kan je~

dah masuk dalam, baru la tahu kenapa dua adik tu beriya nak datang sini...nak main dekat playground mini zoo tu. semangat sangat main sampai berpeluh-peluh macam marathon dua orang tu. puas main, tengok animal show sekejap. mula2 okay je...skali bila keluar ular sawa. iyan dah kejung semacam. tapi kejap je la. lepas ular tu kena simpan dia normal je balik. habis animal show baru la bergerak balik.
aktiviti memberi ikan makan di zoo...
keseronokan melampau...sampai bermandikan peluh adik2 ni

dalam perjalanan singgah sekejap di Survey, bagi peluang azri cari barang rumah. sambil tunggu azri sembang2 dengan hakim (tak dapat nak turun sebab iyan ketiduran, mungkin penat sangat main). dapat la kenal perangai sebenar dua orang ni.
kodok berkhidmat dengan jayanya...

sampai rumah dah dekat jam 530 lepas hantar semua kembali ke rumah masing2. 

walaupun penat juga la melayan dua orang tu...tapi atleast berbaloi la dapat ke tempat2 tu. tak ada 2 adik ni mungkin tak ada juga la nak explore tempat2 tu semua.

yang paling tak tahan adalah statement hakim masa tunggu azri... "bagitau saja sama bapa, dia okay juga tu kalau mahu jalan lagi." macam dia pula yang bagi approvel nak pergi jalan mana2. memang tak tahu nak gelak ke apa masa tu. tengok la lain kali bila lapang...mungkin boleh jalan lagi~ =D

p.s. mohon adinda di semenanjung tak cemburu. =D
p.s...berkenalan la kamu dengan bermusafir bersama sahabatmu~nak bersahabat, berkenalanlah juga dengan keluarga sahabatmu. tak rugi apa pun.