Percutian pertama bersama isteri, Zakiah dan bapa sekeluarga. Selepas hampir 1 tahun 8 bulan menghadap isu Covid-19 dan tidak pulang ke semenanjung. Isteri mencadangkan percutian di dalam Sandakan dan memilih Tanjung Pisau Beach Homestay.
Tanjung Pisau terletak di dalam kawasan Sungai Manila, Sandakan. Perjalanan dari batu 7 mengambil masa sekitar 40 minit untuk sampai ke Jeti Kampung Lalasun. Dari sana perlu menaiki rakit atau bot untuk menyeberang sungai dan meneruskan perjalanan sekitar 2 minit menggunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk sampai ke Homestay Tanjung Pisau.
![]() |
| Jeti Kampung Lalasun |
Perjalanan tergendala akibat kerosakkan kenderaan pacuan 4 roda yang kami naiki. Iyan mencadangkan untuk berjalan kaki menuju pantai, maka kami berdua berjalan sementara yang lain menunggu kenderaan di baiki. Dalam perjalana kami bertembung dengan kuburan, sekolah, sekumpulan monyet, perkampungan, gerai jualan. Kami diambil dalam perjalanan menuju pantai oleh kenderaan selepas dibaiki.
![]() |
| buat tempahan awal sebab juadah terhad |
![]() |
| Nurziyan: open map kita bang |
Terdapat 4 buah bilik penginapan di pantai, di luar setiap bilik terdapat tong air untuk tujuan mencuci. Setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil bujang, bilik air, kipas dan pemanas air. Sebuah bilik sesuai untuk 2 hingga 4 orang dewasa. Kelengkapan lain seperti piring, cawan, periuk untuk memasak perlu dibawa sendiri. Pengunjung boleh meminta tong gas dan dapur untuk memasak dengan pemilik. Keadaan bilik boleh diperbaiki untuk mempertingkat keselesaan pengunjung di masa hadapan.
Sewaktu kami sampai hampir jam 2 petang, pantai masih dipenuhi dengan pengunjung lain. Terdapat juga sekumpulan rider mengunjungi pantai. Hampir keseluruhan pengunjung pantai menggunakan perkhidmatan pacuan 4 roda yang sama dari jeti. Kawasan pantai bakau agak berlumpur semasa air surut. Selepas jam 4 hanya kami dan pengunjung bilik 1 sekeluarga sahaja di pantai tersebut.![]() |
| Sesuai untuk memancing |
![]() |
| Selain untuk memancing, kawasan ini juga sesuai untuk mengambil gambar bintang di waktu malam |
![]() |
| nyaman air kelapa pandan minum di pantai |
Pada sebelah pagi air agak tinggi dan berombak sesuai untuk mandi manda. Hakim dan Iyan turut menyertai acara mandi bersama wawa. Bagaimanapun cubaan Hakim dan Iyan untuk berkayak gagal akibat ombak kuat. Kami bersarapan nasi kuning ayam, nasi lemak ayam, kuih karipap dan kuih koci yang dipesan semalam. Keluarga yang menginap di bilik 1 turut membuat pesanan makanan sewaktu makanan kami sampai. Kami bergerak pulang sekitar jam 9 untuk memberi laluan kepada pengunjung lain. Perjalanan pulang kami lancar dan mengambil masa sekitar 2 minit menggunakan pacuan 4 roda.
Kawasan pantai juga sesuai untuk acara berkelah sekiranya tidak berminat untuk menginap dan bermalam. Menarik untuk dikunjungi semula pada masa akan datang kerana terdapat makluman bahawa akan dibina jambatan bagi memudahkan pengunjung di masa akan datang.













































