Sunday, September 24, 2017

EXPLORING KUNDASANG-RANAU

pada khamis malam bermula perjalanan yang percutian pendek kami...bertujuh

perhentian pertama adalah Pine Resort, Kundasang. kami tiba sekitar jam 12 tengah malam. sebaik masuk ke bilik terus pengsan...sementara Abang Jumat dan Fazil buat aktiviti sendiri

pagi jumaat yang berbahagia dimulakan dengan solat subuh dan berjalan sekitar kawasan tempat penginapan.
 
 
 
 
 
 
 
 
i usually only let loose when Bapa around...but this is exception
 
 
habis sarapan kami bergerak ke perhentian ke dua iaitu Desa Cattle Dairy Farm. selepas hanpir setahun, terdapat beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan...antara adalah laluan daripada pintu masuk hingga ke kompleks dan bangsal kini melalui laluan simen sepenuhnya. terdapat tempat letak kereta yang lebih tersusun berhampiran kompleks dan di siring laluan keluar masuk kompleks.

bahagian penjualan produk seperti susu dan aiskrim kini lebih kemas dan cantik...sayang kali ni tiada waffle...tapi dapat aiskrim yogurt dengan blueberry topping
terdapat juga beberapa kawasan dihias dengan bunga di laluan ke bangsal anak lembu dan kambing.
 
 
i love being a kid
hampir jam 1030 kami turun dari Desa Cattle Dairy Farm ke Pekan Kundasang untuk membeli untuk aktiviti di Hounun. antara hasil adalah lada putih, terung, cendawan dan ubi...habis membeli dan berjalan di tamu, kami 3 lelaki naik ke Masjid Kundasang untuk solat jumaat sementara 4 perempuan ke rumah Kak Sarah.

Masjid Kundasang lebih luas berbanding yang sebelum ini dengan penambahan ruang solat di bahagian luar sebelah kanan masjid. kini terdapat ruang letak kereta di bahagian bawah masjid dan di sebelah belakang masjid.

selepas berehat seketika di rumah kak sarah, kami mengambil bahan makan yang mahu dibakar dan mengisi minyak sebelum ke Hounun.

perjalanan ke Hounun dari Pekan Kundasang melalui Bundu Tuhan...laluan dikategorikan sebagai mencabar bagi mereka yang tinggal di bandar besar. ini kerana jalan masuk ke kampung himbaan curam dan sempit...terdapat beberapa bahagian jalan yang gravel dan berlubang...perjalanan agak lancar memandangkan hampir keseluruhan muatan di Vigo, saga dipandu oleh abang jumat ditemani oleh fazil. kami tiba sekitar jam 3 diperhentian ke tiga, Hounun Ridge Farmstay, Kampung Himbaan, Bundu Tuhan. 

aktiviti diteruskan dengan menyalakan bara api...untuk barbeku
he like to seat on my lap
tidur inda mau bangun
sayur lada, terung dan cendawan super pedas membangkitkan selera sesiapa yang mencuba. menu lain termasuk ubi rebus dan bakar, sayap, pedal dan buntut ayam, sosej dan jagung. 

Hounun menyediakan kemudahan tempat barbeku, tetapi pengunjung perlu menempah lebih awal. turut disediakan tempat memasak untuk kegunaan awam di bahagian bawah rumah. pengunjung juga boleh memesan makanan. 

habis makan dan mengemas, kami bersiar sekitar laman rumah. selain bilik penginapan berdua, dan dorm untuk 10 orang (dorm lelaki dan perempuan adalah berasingan), pengunjung juga boleh mendirikan khemah di laman rumah (khemas perlu dibawa sendiri).
they know how to spoil me from time to time
supporter-failed selfie
pagi sabtu dimulakan dengan bersiar-siar sekitar kawasan penginapan. suhu di Hounun tidaklah seberapa sejuk...21 darjah...tapi bayu sejuk akan memdorong pengunjung untuk menyarung baju sejuk. pemandangan subuh akan memukau pengunjung. dicadangkan pengunjung memilih musim kurang hujan dan bulan terang untuk berpeluang gunung kinabalu di waktu malam.

selepas meninggalkan Hounun, kami kembali ke Pekan Kundasang untuk membeli sedikit bekalan untuk perjalanan pulang.

perhentian kami yang ke empat adalah Rabbit Village, Kampung Kibbas. laluan masuk dari laluan utama sandakan-kundasang untuk ke Rabbit Village agak curam tetapi boleh dilalui dengan pemanduan berhemah. terdapat beberapa kawasan letak kereta disediakan yang diselia oleh mereka sendiri. sebahagian besar arnab dilepaskan, dan terdapat beberapa kawasan pengasingan kecil yang menempatkan sebahagian kecil arnab di sini. pengunjung bebas untuk memberi makan kepada arnab. makanan arnab dijual di pintu masuk, 1 pek seringgit.
 
 
 
 
Perhentian kami yang terakhir adalah Sabah Tea. laluan masuk ke Sabah Tea adalah disebelah Sungai Tagal, Kampung Luanti. restoran di Sabah Tea mempunyai beberapa menu menarik seperti pancake, ice cream, waffle dan scone perasa teh. kami hanya mencuba waffle dan aiskrim kali ini. untuk aiskrim rasa teh menarik, tetapi saya kurang minat bila dicampur dengan krim. waffle pula agak padat, seperti muffin banding dengan waffle biasa.
 
 
perjalanan kami lancar walaupun dirancang secara mengejut.

potential next trip: Tawau in December...

P.S. You don't have to spend all your time together, but utilize it to the fullest when you together. last trip was about 2 years ago, but it worth the wait...
sometime, you just need a break and let loose...be a kid...be what ever you want but always in moderation.
thank you guys for the trip.

Saturday, September 16, 2017

randomly random

Telah di rezeki kan pada ku kasih sayang dan cinta mereka
 Syukur itu lebih sukar untuk mereka yang memiliki
 
Berilah manfaat kepada mereka yang tanpa mengharapkan balasan
Teruskanlah perjuangan yang terdahulu dan berjuanglah untuk mereka yang kemudian