Perjalanan bermula sekitar jam 6 pagi dari sandakan. Objektif utama perjalanan kali ini adalah penghantaran bungkusan ke kampung. Perjalanan dimulakan awal pagi sebab nak elak kesesakan. Pemandangan berkabus awal pagi kali ini. Sekarang musim hujan.
Kami berhenti rehat dan sarapan di telupid sebelum meneruskan perjalanan.
| kuda di tambunan |
| bulatan keningau |
| jalan keningau-kimanis |
Di kk kami bermalam di hotel kinabalu. Harga untuk 1 bilik sekarang sekitar rm100. Tiada sudah harga bawah rm80. Kecewa disitu.
Pagi-pagi kami ke penampang untuk sarapan dan berjalan di mega long. Sebab masih awal pagi, kebanyakkan kedai baru memulakan operasi.
Sebelum meninggalkan kk, kami ke imago.
Dari kk, kami ditemani hujan sehingga ke kota belud.Di kota belud kami berhenti untuk makan tengahari dan berpusing sekitar bandar.
| jagung bakar jalan kota belud - kota marudu |
| abang drive~ |
Kami tiba sekitar jam 540. Suasana agak gelap dengan awan tebal.
Kami sarapan di rasa ria yang bagus terletak di bahagian bawah hotel.
Sebelum meninggalkan kudat, kami singgah di pantai bak bak.
Dari kudat, kami memilih laluan kota marudu - jalan marak parak - poring untuk ke ranau semula.
| roundabout jagung kudat-kota marudu-kota belud |
| liku-liku kehidupan |
sebelum ke luanti kami berhenti seketika dan membeli bekalan perjalanan.
| delima daripada tenom~ |
kami meninggalkan luanti sekitar jam 4 dan tiba di sandakan sekitar jam 7.
p.s. sila pastikan brek anda berfungsi dengan baik sebelum berjalan. pastikan juga tekanan angin tayar berada pada tahap optimum..dan sentiasa berhati hati dijalan raya.