1st time ikut medical camp pada 7-9/11/14 lalu di Kpg Inarad merupakan pengalaman yang menarik~
perjalanan ke Kpg.Inarad mengambil masa sekitar 7jam dengan 4wheel drive. kalau mau menyewa kenderaan untuk ke Kpg.Inarad dari Telupid, kosnya sekitar Rm500. penduduk terdiri dari keturunan murut dan kalau tak salah beragama kristian. ia terletak berhampiran dengan sungai yang difahamkan bersambung dengan Sg.Kinabatangan. perjalanan masuk ke Kpg.Inarad melalui jalan masuk ke Imbak Canyon yang mana merupakan salah satu dari 3 kawasan hutan terpelihara yang menjadi destinasi pelancongan. 2 lagi adalah Maliau Basin dan Lembah Danum.
tenaga elektrik dijana menggunakan solar panel dan penjana genset...sumber air paip pula merupakan sistem air graviti...jadi tenaga elektrik dan air yang dapat dibekalkan agak terhad.
di sana kami menginap berhampiran dengan kawasan sekolah. dinyatakan bahawa SK Inarad mempunyai 85 orang murid dan 8 orang guru.
memandangkan ini adalah trip pertama ke kawasan pedalaman, jadi mengambil pilihan selamat dengan menjadi penumpang dan tidak memandu sendiri...sebanyak 39 kenderaan 4wheel sukarelawan membawa hampir 100 orang staf hospital beserta barangan.
perjalanan dari hospital bermula pada sekitar jam8. hujan mengiringi perjalanan kami...membuatkan perjalanan agak mencabar. ketibaan di Kpg.Inarad lewat daripada jangkaan dimana yang paling awal tiba pada sekitar jam6 petang.
memandangkan ketibaan agak lewat, jadikan kesemua perancangan diubah. aktiviti bermula dengan makan malam dan tidur. penat seharian didalam kereta, tidur tak sedar apa...
-------
hari sabtu dimulakan dengan persediaan menerima pesakit...bermula sekitar jam8, penduduk mula datang untuk berurusan dengan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Pendaftaran. walaupun agak kelang kabut pada awalnya, kami akhirnya mendapat rentak yang stabil.
menjelang jam1, bilangan pesakit mula menurun. dan akhirnya jam430, kaunter ditutup.
dipenghujung hari, jumlah bilangan pesakit yang datang adalah sekitar 400 orang. daripada jumlah tersebut, hanya segelintir sahaja yang mengalami masalah kronik yang memerlukan rujukan ke hospital.
waktu petang dipenuhi dengan aktiviti bebas...kami penuhi dengan melawat kesekitar kawasan kampung.
![]() |
| perhatikan dengan teliti - ada 2 lee chon hong |
waktu malamnya mula kami mendapat jemputan ke majlis kesyukuran oleh penduduk. majlis dimeriahkan dengan nyanyian dan tarian disamping pelbagai jenis hidangan...tapi tak boleh nak makan sebab tak tau apa yang dihidangkan...
sebab penat, jadi tak duduk lama...
| bulan terang~ :) |
-------
perancangan asal untuk ke Imbak Canyon ditukarkan ke Sg Kunkun, Tambuyukon. sebab perjalanan ke Imbak mengambil masa yang lama dan dengan bilangan kereta yang banyak akan membuatkan ketibaan kami ke hospital lebih lewat dari yang dijangka~
sewaktu ketibaan di sungai, hujan turun dengan agak lebat, tapi ramai je yang turun ke air termasuk Dr.Paul. sebab lapar, jadi isi perut dulu sebelum berendam...itu pun tak lama, sebab sejuk~hehe
P.S...tak tahu sangat nak menulis, jadi ini lebih kepada perkongsian gambar~
