Thursday, November 29, 2018

Bongawan - Sandakan (Hari 9)

28 Nov
Pagi yang paling malas untuk bangun dari tidur. Sekitar jam 630, kami membawa mame wak ke Tamu Membakut untuk mengunjar lauk. Disamping mengunjar Kuih Cincin dan Kuih Kara untuk dibawa pulang ke Sandakan. Namun, kami hanya dapat Kuih Cincin sahaja. 

Kami meninggalkan kampung sekitar jam 900 pagi. 

Kami berhenti untuk rehat, solat dan makan di Kundasang sebelum meneruskan perjalanan ke Sandakan. Kami tiba di Sandakan sekitar jam 1730. 

Selepas menghantar abang jumat, saya pulang dan rehat seketika di rumah. Selepas maghrib, masa diluangkan di rumah bapa. Bapa kerja malam pula, maka sekali menghantar bekalan ke hospital sambil melapor diri dengan bapa.

Rumusan:
Anggaran penggunaan minyak: 240 L diesel.
Anggaran jarak perjalanan: 3357.6 KM
Anggaran waktu pemanduan setiap hari: 6-7 jam
Anggaran peruntukan: RM 2,500 untuk 2 orang 
Anggaran peruntukan merangkumi kos diesel, penginapan, makan dan belanja barangan. Peruntukan dipengaruhi oleh penginapan dan belanja barangan.

Bagi mereka yang bercadang untuk membeli Kek Lapis Sarawak dan Ikan Terubuk, dicadangkan untuk membawa polystyrene icebox, sebagai langkah berjaga-jaga. Ini bagi mengelakkan Kek Lapis dan Ikan Terubuk terdedah pada haba tinggi sekiranya di simpan di dalam kereta. Kami simpan tanpa ais, sekadar langkah berjaga-jaga. Kek Lapis disarankan untuk disimpan di dalam aisbox bagi memanjangkan jangka hayat, sekiranya di simpan pada suhu bilik, jangka hayat yang disarankan adalah sekitar 5 hari.

Disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat, kerana kita mungkin akan terlepas tempat menarik dengan hanya bergantung harap pada maklumat yang dicari di laman sesawang.


Miri - Bongawan (Hari 8)

27 Nov
Selepas mengambil sarapan di Resotan Nur Islam, kami bergerak menuju Sabah. Kami melintasi Stesen Sungai Tujoh (Sarawak), Stesen Sungai Tujoh, Kuala Belait (Brunei), Stesen Kuala Lurah, Stesen Tedungan, Stesen Pandaruan, Stesen Ujung Jalan, Stesen Labu dan Stesen Mengkalap sebelum masuk ke Sabah melalui Stesen Merapuk-Sindumin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami memutuskan untuk makan di Gerai Satay Siga-Siga, Sipitang Esplanade memandangkan sudah tengahari. Selesai solat di Masjid Imam Haji Hashim, perjalanan diteruskan ke Bongawan. Kami menghabiskan masa di rumah mame wak (mama bapa). Selesai membeli pesanan mama, kami berehat sahaja di rumah.
 
 
 
 

Sibu - Miri (Hari 7)

26 Nov
Kami sarapan di Liza Islamic Cafe sebelum meluangkan masa di Sibu Heritage Handicraft yang terletak di banggunan yang sama dengan Sibu Heritage Centre. Sayang sekali kami tidak dapat berkunjung ke Sibu Heritage Centre kerana tiba agak lewat kelmarin dan Isnin merupakan hari rehat mereka. Selesai membeli beberapa barangan, kami meninggalkan sibu menuju Miri. 
Kami tiba di Bintulu pada waktu zuhur, maka kami memutuskan untuk berhenti rehat di Masjid Darul Assyakirin. Kami kemudiannya makan di Restoran Sajian Mas.

Menghampiri Miri, kami memutuskan untuk meluangkan sedikit masa di Pantai Tusan.
Venice Inn menjadi penginapan kami di Miri. Abang Jumat memilih untuk berehat di penginapan, memberi peluang untuk berjalan sendiri di sekitar Miri. Saya mengambil peluang untuk berkunjung ke Kek Lapis Embun Citra untuk membeli beberapa Kek Lapis Sarawak.

Selepas maghrib, kami memutuskan untuk makan di The Fisherman Wharf sebelum tidur.