22 Nov
Kami mengambil angin pagi dengan berjalan sekitar Pasar Bintulu yang terletak berhampiran dengan tempat penginapan.
![]() |
| Bintulu Esplanade |
| Tua Pek Kong Temple, Bintulu |
Selepas mengambil sarapan di Restoran Tumis, kami mula bergerak menuju ke Sibu sekitar jam 800.
Kami tiba di Sibu sekitar jam 1200. Kami berhenti rehat di Masjid An-Nur dan makan di Gabriel's Recipe.
| Pokok Terbelah Lejen yang terletak bersebelahan dengan Masjid An Nur, Sibu |
Selepas makan kami melawat ke Lau King Howe Hospital Memorial Museum. DImaklumkan oleh penjaga disitu bahawa Hospital Lau King Howe yang dibina pada 1936 telah berkembang menjadi Hospital Sibu sebelum berpindah ke kawasan hospital yang baru pada tahun 1994. Museum tersebut mula beroperasi pada 1996. Mengikut makluman, banggunan yang digunakan sebagai museum merupakan banggunan asal yang menempatkan bahagian pesakit luar dan farmasi.
Hajat untuk melawat ke Sibu Heritage Centre di tunda kerana kawasan letak kereta yang terhad. Kami kemudiannya terus ke Sarikei.
![]() |
| Gigih Abang Basikal melintas Sungai Rajang |
Di Sarikei, kami menginap di Family Inn. Seperti malam sebelumnya, waktu malam hanya makan dan tidur. Sugar Bun adalah pilihan yang selamat sekiranya anda tidak pasti kedai mana yang ingin dipilih untuk menjamu selera.









No comments:
Post a Comment