Tuesday, November 20, 2018

Hidup - Prolog dan Kumpul semula

Ada masa kita kena hidup enjin dan jalan ja...lepas tu jalan tengah jalan macam anjing liar mencari tempat berteduh di bumi tuhan...

Kalau gila harta mesti nak duduk tempat upper level...boleh merasa hidup mewah untuk seketika...

tapi syukur dengan rezeki apa yang kita dapat...sekurang kurangnya yang ada cukup untuk meneruskan kehidupan hari ini...

Kita sentiasa perlu pemangkit semangat, untuk meneruskan kerja 2 dunia...sebab itu antara yang menentukan kehidupan kita di dunia...

Akan sampai masa kita melepaskan apa yang kita sayang secara fizikal, tapi kita simpan kenangan dalam hati dan jiwa...

prolog kepada perjalanan selepas ini...

15 okt:
mula melihat perjalanan cuti orang lain, sambil mencari waktu yang sesuai untuk bercuti...sambil merisik bapa untuk sebarang perancangan balik kampung. bapa bagitahu semua cuti sehingga disember telah kena tempah, tak dapat nak cuti.

risik ibu, tiada juga sebarang perancangan untuk november dan disember.

kesimpulan, sekiranya bercuti perlu ada perancangan sendiri sebab spihak berwajib tiada perancangan. maka buka semula peta borneo yang sudah lama tersimpan dan melihat semula semua perancangan sebelum ini.

16 okt:
memberi usul perancangan perjalanan cuti kepada bapa dan ibu. maklum balas dari ibu di semenanjung, perlu menghantar laporan harian sekiranya perancangan diteruskan. bapa tidak menolak atau menyokong serta merta, mencadangkan untuk penelitian perancangan.

IR: normal sane people won't normally do it
"RR: ok la, kau pun bukannya betul sangat" (2018)
IR: ok (checkmate)

18 okt:
bapa mencadangkan untuk mencari pasangan untuk menjayakan perancangan. Hakim ditolak sebab tidak menepati syarat. Abang Jumat menjadi calon tunggal untuk pasangan perancangan. permohonan cuti dan keluar pejabat telah dihantar.

20 okt:
pengesahan beberapa maklumat dengan bapa, pak cik nuar dan pak cik sam.

23 okt:
pengesahan kebenaran dari pihak berwajib. perbincangan dengan Hakim berkaitan perancangan. pengesahan jadual perancangan, anggaran peruntukan, pelan risiko dan tindakan pencegahan.

27 okt:
permulaan persediaan, tindakan pencegahan dan pengurangan risiko. penambahbaikan perancangan.

11 nov:
selesai urusan dokumen untuk perjalanan

18 nov:
selesai semua persediaan termasuk bekalan kecemasan. Pengesahan terakhir dengan pihak berkaitan.

20 nov:
pelaksanaan perancangan.....in sha Allah

P.S
kumpul semula laluan perjalanan di sabah setakat ini:

LALUAN BALIK KAMPUNG - Bapa dan Ahli
PERCUTIAN TAMBISAN 2018 - Ahli: Thines, Raihan, Farhana, Shikin
PERCUTIAN TAWAU 2017 - Pasangan: Aizudin
PERCUTIAN BRUNEI 2016 - Pasangan: Aizudin

PERCUTIAN KUDAT 2015 - Ahli: Aizudin, Brian, Humam, Su Yen, Elaine, Wan
PERCUTIAN 2015 -  Pasangan: Jumat
PERCUTIAN 2014 - Pasangan: Edward









No comments:

Post a Comment