Thursday, November 29, 2018

Bongawan - Sandakan (Hari 9)

28 Nov
Pagi yang paling malas untuk bangun dari tidur. Sekitar jam 630, kami membawa mame wak ke Tamu Membakut untuk mengunjar lauk. Disamping mengunjar Kuih Cincin dan Kuih Kara untuk dibawa pulang ke Sandakan. Namun, kami hanya dapat Kuih Cincin sahaja. 

Kami meninggalkan kampung sekitar jam 900 pagi. 

Kami berhenti untuk rehat, solat dan makan di Kundasang sebelum meneruskan perjalanan ke Sandakan. Kami tiba di Sandakan sekitar jam 1730. 

Selepas menghantar abang jumat, saya pulang dan rehat seketika di rumah. Selepas maghrib, masa diluangkan di rumah bapa. Bapa kerja malam pula, maka sekali menghantar bekalan ke hospital sambil melapor diri dengan bapa.

Rumusan:
Anggaran penggunaan minyak: 240 L diesel.
Anggaran jarak perjalanan: 3357.6 KM
Anggaran waktu pemanduan setiap hari: 6-7 jam
Anggaran peruntukan: RM 2,500 untuk 2 orang 
Anggaran peruntukan merangkumi kos diesel, penginapan, makan dan belanja barangan. Peruntukan dipengaruhi oleh penginapan dan belanja barangan.

Bagi mereka yang bercadang untuk membeli Kek Lapis Sarawak dan Ikan Terubuk, dicadangkan untuk membawa polystyrene icebox, sebagai langkah berjaga-jaga. Ini bagi mengelakkan Kek Lapis dan Ikan Terubuk terdedah pada haba tinggi sekiranya di simpan di dalam kereta. Kami simpan tanpa ais, sekadar langkah berjaga-jaga. Kek Lapis disarankan untuk disimpan di dalam aisbox bagi memanjangkan jangka hayat, sekiranya di simpan pada suhu bilik, jangka hayat yang disarankan adalah sekitar 5 hari.

Disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat, kerana kita mungkin akan terlepas tempat menarik dengan hanya bergantung harap pada maklumat yang dicari di laman sesawang.


No comments:

Post a Comment