20 Nov
Sekitar jam 700 mula bergerak meninggalkan Sandakan. Kami tiba di Ranau sekitar jam 11. Restoran Sri Hasanah menjadi pilihan untuk berehat dan menjamu selera. Hentian kedua kami merupakan Masjid Kampung Bayangan, Keningau dimana kami menjalankan solat dan berehat seketika. Dari Keningau, kami melintasi Tenom dan terus ke Sindumin.
Pos Immigration Sindumin-Merapuk merupakan stesen imigresin antara Sabah
dan Sarawak yang perlu kami lintasi untuk sampai ke destinasi utama
kami.
![]() |
| Pos Immigration Sindumin Sabah - Merapuk Sarawak |
Selepas pengesahan dokumen, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Lawas yang merupakan tempat bermalam kami untuk hari pertama.
Kami tiba di Bandar Lawas sekitar jam 1630, dan memutuskan untuk menginap di Borneo Hotel. selepas menguruskan penginapan kami mengambil angin di Lawas Waterfront. Disini kami mendapatkan beberapa maklumat berkaitan Bandar Lawas dan perancangan perjalanan daripada Abang Pancing Udang (tak ingat nama, hehe). Dimaklumkan, beliau pernah mendapat sehingga 40 ekor udang galah di sungai tersebut.
| Hasil petang |
| melihat kapal terbang melintas |
Beliau menyatakan bahawa perjalanan daripada Lawas ke Miri akan mengambil masa sekitar 4 ke 5 jam, bergantung kepada keadaan lalu lintas dan kaedah pemanduan.
Beliau memcadangkan kepada kami untuk makan malam di Anjung Sari, bagi memudahkan pemilihan. Ini bersempena dengan cuti maulud nabi, dimana kebanyakkan kedai muslim tutup untuk cuti. Beliau turut mencadangkan untuk mencuba lauk ikan Tahai.
Maka selepas maghrib, kami bergerak ke Anjung Sari dan memilih untuk makan di Anita Tomyam. menarik di gerai tersebut, pelayan akan menghantar menu, pen dan kertas. Cukup puas hati untuk makanan dan harga. Mungkin lapar turut mendorong untuk menaikkan selera, tapi pada saya cukup rasa.
![]() |
| Sup Tahai |
Maka, tamat untuk hari pertama...









No comments:
Post a Comment