Sunday, March 31, 2013

cuti2~

rabu,khamis; cuti ganti tahun baru cina. jumaat; cuti sempena good friday. sabtu,ahad; weekend.

berderet cuti 5 hari. tapi sebab tak balik semenanjung, habiskan di sini saja~
hari rabu rehat2 di rumah. khamis pula hantar a.jo ke airport, orang cuti lama la katakan. dan petang tu berlepas ke kota kinabalu bersama bang jib~ dan ngehehe... bang jib bag drive. WEEHOO. walaupun setakat sampai ranau je. okay la ada gak experience driving.

sampai kat kk dah hampir 1 pagi juga la. kira dlm 7 jam driving. Novice kan, so drive slow2 je. checkin hotel dan...tidooo...

jumaat dihabiskan di kk saja, jalan2 bandar. petang sekitar jam 5 baru bergerak ke kudat. Drive lagi~ yeah... (exited sebab dah lama tak drive) sampai kat kudat hampir jam10. cari2 hotel, banyak yang penuh. Alhamdulillah jumpa juga hotel untuk tido. siap2 mandi, makan, baru la tido...

sabtu bangun pagi dah siap2 nak ke tanjung simpang mengayau. sampai agak ketengahhari... tengok2 laut, celop2 kaki sikit...last2 satu badan masuk laut. yeah~ maka belajarlah berenang dengan bang jib pula. kat perak dulu, bang zahid ajar. along kir, angah mi dengan alang meen ajar kat thailand. ni bang jib pula ajar kat sabah. puas hati...air jernih. boleh nampak ikan berenang kat kaki. =D

siap mandi2, salin baju rehat2 pula kat resort berhampiran...

petang dihabiskan dikawasan bandar sebelum ke simpang mengayau sekali lagi untuk tengok sunset~

malam pula habiskan dekat esplanade sebab dah penat nak drive ke mana2 suda...

pagi2 bangun awal2 pagi terus bersiap nak balik. sebabnya perlu ambik orang di airport. tapi tak menghalang dari singgah sebentar di kundasang. sekejap je, setakat beli buah makan dalam kereta. =p

sampai je rumah, orang2 yang perlu dijemput pun tiba di airport. timing memang terbaik satu2.

sekarang bersantai2 seketika menanti isyak...

P.S...hopefully lepas ni punya tripping dah boleh drive sendiri. (^_^)
p.s...adik ain jangan marah ye dpt dengar bunyi ombak je... =p

Thursday, March 28, 2013

untuk dihuraikan oleh mereka yang lebih memahami~ part 2

"maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.(1) kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. sungguh, Allah mencintai orang bertawakal." Al-Imran; 159

(1) urusan peperangan dan hal-hal duniawi lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain.

"(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ad orang-orang mengatakan kepadanya, 'orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka,' ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, ' cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.'" Al-Imaran; 173

P.S: dalam dilema~

Saturday, March 23, 2013

Drug Information Service (DIS)

Drug Information Service (DIS) adalah unit farmasi yang berfungsi sebagai rujukan untuk unit farmasi yang lain, doktor dan unit2 lain hospital berkaitan dengan ubatan.

sepatutnya begitulah. tetapi di HDOK doktor dan jururawat akan merujuk pertanyaan mereka kepada wad farmasi ataupun satelit farmasi. untuk FKP, sebarang permasalahan dengan prescription akan diuruskan oleh pegawai tertentu yang telah di-assign untuk hari tersebut.

DIS di HDOK lebih kepada kerja-kerja dokumentasi. seperti penyediaan senarai ubatan yang terdapat di HDOK, PRP research (lebih kurang macam final year projek je), buat drug comparison, rekod kesan sampingan ubatan oleh pesakit.

p.s: tak ada idea nak cerita apa sebab tak tau nak explain department ni sangat~ ;p
p.s: baru habis minggu1, ada 3 minggu lagi~ (-_-|)

Tuesday, March 19, 2013

Exam law~

sebagai seorang PRP, untuk menjadi seorang FRP, adalah satu kewajiban untuk lulus exam law a.k.a forensic exam.

berbeza dengan exam law sem 8 kat UiTM yang setakat 30 mcq, 3-4 seq; kali ini perlu menjawab 50 mcq dalam masa 1jam30minit dan 5 seq dalam masa 2jam.

dalam masa nak menjawab tu ayat2 dalam buku law menjadi lagi susah nak faham dari pathway cerebral encephalitis of cirrhosis. haha, exaggerate melangit tinggi sungguh la. ditambah lagi dengan fakta bahawa 1 point bersamaan 1/2 markah. memang tak cukup nafas nak cari akta yang nak ditulis dan menulisnya. maka dengan segala kudrat yang ada, diusahakan sebaiknya menjawab soalan2 yang terbentang dihadapan mata tadi. dan mendoakan sebaiknya untuk diri sendiri dan rakan2 yang lain.

di sandakan, selain PRP dari HDOK, PRP dari Lahad Data (LD) turut datang untuk ambil exam di sini. tadi ada juga 1 orang persendirian. yang ni kalau ikut pemahaman, dia dah buat PRP kat oversea, tapi sebab nak practice kat Malaysia, kena la ambik exam law dulu sebelum boleh practice.

memandangkan exam law diadakan 3 kali setahun, march, jun, september; JANGAN HARAP LA nak mengulang. sekali pun dah cukup buat sesak nafas.

note to junior: kot sebelum exam tu belek2 la buku law tu, jangan esok nak exam malam ni baru nak belek, memang esok kau meroyan la nak cari akta2 tu. atleast kalau ada belek2 tu tau2 juga la mana nak cari akta2 yang sendiri tak berapa nak faham tu.~

p.s.: ibu message cakap atuk ros (atuk saudara) meninggal pagi tadi. Inna Lillah.~ atleast tak adalah dia duduk hospital lama sangat.

p.s.: HDOK ada PRP baru, dengarnya dari Aussie, Chinese, dengar tadi kak muz panggil Lam. tambah lagi sorang PRP perempuan. yang lakinya segitu juga la~ ;p

Sunday, March 17, 2013

jalan2 sandakan~ (bekam)

hari ni bangun agak awal, jam 4 dah terjaga. nak tidur balik tak boleh dah. jadi basuh la 1-2 pakaian yang ada. siap mandi2, masuk waktu subuh. solat, breakfast, main2 laptop sampai jam 7. tak lama lepas tu terlelap semua. bila bangun balik dah dekat jam 9...

A.Jo dah siap nak keluar main badminton. semalam ikut gak, tapi memang sayur la. tangan kalah konkrit. memandangkan nak keluar dengan bang jib, tak adalah mengikut ativiti sukan hari ni.

lepas bang jib ambil, makan dulu sebelum ke bandar. sampai tamu dah dekat tengah hari dalam jam 12 juga la. pusing2, tiba2 nampak ada banner bekam. soal2, bang jib pun: Jom~. maka: jom la~

makcik tu pun tunjuk la tempat beliau (pakcik) yang akan buat bekam tu. beliau yang buat bekam ni rupanya tukang urut. maka boleh la kalau nak berurut juga. siap bagi kad untuk contact bila2 nak. dia pesan bekam ni bukan boleh suka2, kena tengok dulu mana yang nak kena buat. sebabnya tempat yang nak dibekam adalah tempat yang ada darah beku/kotor. dia cakap juga sebenarnya lagi elok kalau berurut dulu sebelum bekam, bagi mudahkan darah keluar. dan lepas berbekam, minum air suam, nak elokkan balik aliran darah. kitorang pun follow je apa dia cakap.

dulu pernah gak la bekam, tapi tu pun dah 2 tahun lepas. so kira 2 orang pun first time. mula2 dia sapu minyak urut sikit, than baru letak bekasnya kat badan. tak lama lepas tu baru dia cucuk2 sikit bagi keluar darah. sakit juga la dia cucuk, tapi okay je. cumanya, lepas siap semua, dah sapu alcohol kat luka, urut2 belakang sikit... rasa cam hypo... pening yang rasa nak pengsan. maka baring la sekejap. dalam 5 minit baru okay. baru la jalan balik~

lepas bekam jalan2 lagi sekejap sebelum solat zuhur dekat masjid. rupanya dekat dengan kawasan tamu minggu tu ada masjid atas bukit. tersorok dari pandangan mata.

selesai solat, bang jib anta cuci kereta, baru la balik.

ni dah dekat nak maghrib. maka marilah bersiap untuk solat maghrib. :)

Sunday, March 10, 2013

galenikal dan pra-bungkus

galenikal dan pra-bungkus adalah stesen ke-4 dalam perjalanan sebagai seorang PRP.

galenikal, bahagian farmasi yang bertanggungjawab untuk menghasilkan ubatan. sebenarnya ubat tu dah ada, cuma fizikalnya diolah semua. contohnya ubat biji dikompaun menjadi syrup untuk diberi kepada kanak-kanak. ataupun ubat yang perlu dibancuh sendiri macam Chloral hydrate yang digunakan sebagai ubat tidur untuk kanak-kanak, sebabnya tarikh luputnya pendek. ataupun mengubat kekuatan ubatan, contohnya krim yang sedia ada mempunyai kekuatan 5% ditukar menjadi 1%.

pra-bungkus, bahagian farmasi yang bertanggungjawab untuk seperti namanya, bungkus semula ubatan. contohnya pack ubat biji kepada 30 biji 1 pack. ataupun bungkus alkohol 70% dari botol 50L kepada botol 120mL.

bahagiannya tak la busy macam FKP, FS1. tapi masih kritikal dimana ubat yang dihasilkan adalah untuk digunakan oleh pesakit. kebanyakkan ubatan yang dihasilkan adalah untuk pesakit kanak-kanak yang mana dos mereka adalah lebih rendah daripada mereka yang dewasa. selain itu, sesetengah bahan ubatan tidak sesuai untuk digunakan oleh mereka.

harapnya ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada mereka diluar sana akan tugas seorang ahli farmasi. ;)

p.s: update kali ni agak hambar sebab tak ada idea nak olah.

Sunday, March 3, 2013

Rainforest Discovery Centre~

supernight shift pada jumaat malam adalah penutup untuk sesi pertama di FKP. maka isnin akan berkhidmat di bahagian galanikel. (YEAH!!!!!)

hari sabtu satu hari badan buat system recovery. bahana supernight.... (-_-|)

hari ni (ahad) semua orang off, maka sekalian para kekanda bawa berjalan ke Rainforest Discovery Centre, Sepilok. sebetulnya dia orang pun tak sampai lagi, so first time untuk semua. turut menyertai, en. fauzi, kaunselor hospital.

kawasan dia agak pendalaman juga, tapi jalan okay je.

para kekanda's
kawasan dia memang hutan, tapi dah siap track jadi tak ada masalah untuk explore sendiri. antara menarik kat sini adalah kanopi walk, trail, bird watching. ada juga night walk, plant discovery garden.


fokus utama kami adalah kanopi walk dengan sepilok giant tree. mula2 masuk okay je, tapi bila dah masuk ke dalam, map dah tak berapa nak boleh pakai. last2 pakai lenjan je ikut sign. hampir2 menceroboh kawasan hutan dara, semua gara2 signboard air terjun. lain kali la beli permit masuk sana~

sepilok giant adalah pokok tertua dan tertinggi di Sabah.




trail dia memang senang nak follow and explore, tak adalah nak mencabar sangat macam maxwell trail.

ada juga jambatan gantung merentas tasik.

it was enjoyable and relaxing walk~ walaupun tak nampak banyak burung sangat, tapi ada juga la beberapa burung yang menarik kelihatan macam woodpecker dengan green pigeon. :)

memandangkan ashraf excited melangit bila dia tahu ada night walk, maka akan ada kemungkinan akan pergi untuk night walk pula~ tapi itu kemudian la.

that's for now~

p.s: gambar adalah hasil rompakan dari handphone faiz~