rabu,khamis; cuti ganti tahun baru cina. jumaat; cuti sempena good friday. sabtu,ahad; weekend.
berderet cuti 5 hari. tapi sebab tak balik semenanjung, habiskan di sini saja~
hari rabu rehat2 di rumah. khamis pula hantar a.jo ke airport, orang cuti lama la katakan. dan petang tu berlepas ke kota kinabalu bersama bang jib~ dan ngehehe... bang jib bag drive. WEEHOO. walaupun setakat sampai ranau je. okay la ada gak experience driving.
sampai kat kk dah hampir 1 pagi juga la. kira dlm 7 jam driving. Novice kan, so drive slow2 je. checkin hotel dan...tidooo...
jumaat dihabiskan di kk saja, jalan2 bandar. petang sekitar jam 5 baru bergerak ke kudat. Drive lagi~ yeah... (exited sebab dah lama tak drive) sampai kat kudat hampir jam10. cari2 hotel, banyak yang penuh. Alhamdulillah jumpa juga hotel untuk tido. siap2 mandi, makan, baru la tido...
sabtu bangun pagi dah siap2 nak ke tanjung simpang mengayau. sampai agak ketengahhari... tengok2 laut, celop2 kaki sikit...last2 satu badan masuk laut. yeah~ maka belajarlah berenang dengan bang jib pula. kat perak dulu, bang zahid ajar. along kir, angah mi dengan alang meen ajar kat thailand. ni bang jib pula ajar kat sabah. puas hati...air jernih. boleh nampak ikan berenang kat kaki. =D
siap mandi2, salin baju rehat2 pula kat resort berhampiran...
petang dihabiskan dikawasan bandar sebelum ke simpang mengayau sekali lagi untuk tengok sunset~
malam pula habiskan dekat esplanade sebab dah penat nak drive ke mana2 suda...
pagi2 bangun awal2 pagi terus bersiap nak balik. sebabnya perlu ambik orang di airport. tapi tak menghalang dari singgah sebentar di kundasang. sekejap je, setakat beli buah makan dalam kereta. =p
sampai je rumah, orang2 yang perlu dijemput pun tiba di airport. timing memang terbaik satu2.
sekarang bersantai2 seketika menanti isyak...
P.S...hopefully lepas ni punya tripping dah boleh drive sendiri. (^_^)
p.s...adik ain jangan marah ye dpt dengar bunyi ombak je... =p
No comments:
Post a Comment