sebagai seorang PRP, untuk menjadi seorang FRP, adalah satu kewajiban untuk lulus exam law a.k.a forensic exam.
berbeza dengan exam law sem 8 kat UiTM yang setakat 30 mcq, 3-4 seq; kali ini perlu menjawab 50 mcq dalam masa 1jam30minit dan 5 seq dalam masa 2jam.
dalam masa nak menjawab tu ayat2 dalam buku law menjadi lagi susah nak faham dari pathway cerebral encephalitis of cirrhosis. haha, exaggerate melangit tinggi sungguh la. ditambah lagi dengan fakta bahawa 1 point bersamaan 1/2 markah. memang tak cukup nafas nak cari akta yang nak ditulis dan menulisnya. maka dengan segala kudrat yang ada, diusahakan sebaiknya menjawab soalan2 yang terbentang dihadapan mata tadi. dan mendoakan sebaiknya untuk diri sendiri dan rakan2 yang lain.
di sandakan, selain PRP dari HDOK, PRP dari Lahad Data (LD) turut datang untuk ambil exam di sini. tadi ada juga 1 orang persendirian. yang ni kalau ikut pemahaman, dia dah buat PRP kat oversea, tapi sebab nak practice kat Malaysia, kena la ambik exam law dulu sebelum boleh practice.
memandangkan exam law diadakan 3 kali setahun, march, jun, september; JANGAN HARAP LA nak mengulang. sekali pun dah cukup buat sesak nafas.
note to junior: kot sebelum exam tu belek2 la buku law tu, jangan esok nak exam malam ni baru nak belek, memang esok kau meroyan la nak cari akta2 tu. atleast kalau ada belek2 tu tau2 juga la mana nak cari akta2 yang sendiri tak berapa nak faham tu.~
p.s.: ibu message cakap atuk ros (atuk saudara) meninggal pagi tadi. Inna Lillah.~ atleast tak adalah dia duduk hospital lama sangat.
p.s.: HDOK ada PRP baru, dengarnya dari Aussie, Chinese, dengar tadi kak muz panggil Lam. tambah lagi sorang PRP perempuan. yang lakinya segitu juga la~ ;p
No comments:
Post a Comment