pertamanya ingin mengucapkan...Alhamdulillah kerana kini sudah rasmi menjadi pegawai di HDOK~surat dapat jumaat lepas...
maka sebagai penutup kepada kehidupan PRP dan Floater...hari kelmarin pergilah ke Tawau...
asalnya macam ada yang nak teman...tapi seperti kebiasaan...kalau nak tunggu orang lain memang kena postpone 2,3,4,14 kali lah. hehe
maka dengan kebenaran dari "dua orang tua"ku....sekitar jam6 dipagi sabtu yang damai...bertolaklah menuju Tawau. dalam perjalanan, berhenti di kinabatangan untuk sarapan. sayangnya kedai yang bapa recommend tutup...nasib la sampai jam7 pagi, berapa je kedai yang dah buka. kebetulan pagi tu ada perhimpunan apatah di sana, ramai orang pakai baju melayu. maka aci redahlah ke kedai yang agak ramai orang berbaju melayu dipagi itu untuk sarapan. sebabnya malas nak fikir kedai mana yang best. habis sarapan, perjalanan diteruskan...
pitstop seterusnya merupakan menara kayangan~
pintu masuk ke menara kayangan bersebelahan saja dengan jalan besar lahad datu-tawau. jadi melainkan korang jenis yang drive tengok depan tak tengok kiri kanan...memang tak akan nampaklah pintu masuk dia yang kecik tu. simpang yang sama akan membawa kalian ke lembah danum. mula2 kena beli tiket dulu baru masuk.
jalan dia agak mencabar kalau tak biasa memandu di kawasan bukit. dalam perjalanan kalau bernasib baik boleh nampak hidupan macam monyet, burung2 dan ular.![]() |
| pemandangan dari kawasan rehat |
![]() |
| menara kayangan~ |
![]() |
| pemandangan dari puncak menara~ cuaca agak mendung dan berangin...sejuk dan nyaman suasana |
![]() |
| kodok pun nak bergambar juga~ |
![]() |
| tak ada dalam GPS? Bapa! tolong! abang sesat~ hee |
habis bergambar, perjalanan pun diteruskan...dan telah melakukan kesilapan teknikal dimana telah terlepas ke semporna...
kebetulan masa sampai di semporna, baru masuk waktu zuhur...maka maka singgah la ke masjid semporna yang berhampiran laut...usai solat, mencari makan tengahari sebelum melanjutkan perjalanan ke tawau~
bandar semporna ndalah besar, tapi tamunya banyak betul ikan2 dengan sotong2 besar~
kalau mahu menginap ada juga hotel terapung disini~
![]() |
| pemandangan laut semporna. |
demi mengelakkan kesesatan untuk kesekian kali, set checkpoint awal2 di GPS. maka checkpoint di tawau adalah... masjid raya...
usai solat asar baru la mencari tempat nak tidur malam...maka bertanyalah kepada beberapa penasihat...sudahnya menginap di Heritage Hotel...selepas mandi...beranikan diri berjalan kesekitar kawasan hotel...sebab banyak kedai makan, meriah juga la kawasan hotel tu~ maka nda adalah takut sangat nak menjelajah...habis jelajah sekitar hotel dan makan malam...pulanglah untuk berehat...
![]() |
| sinaran matahari pagi di tawau~ |
aktiviti pagi ahad bermula dengan pusing2 bandar~ sebab nak tengok tamu ahad tawau...lepas4,5,6,17 kali pusing/sesat/silap simpang...berhentilah di jalan kuhara~ tamu ahad dia lebih kurang tamu ahad sandakan juga...orang jual sayur, ikan, ayam, kucing, baju2,makanan...
oleh kerana keluar sebelum matahari terbit, perut pun lapar...maka beli la beberapa kuih sebagai alas perut sebelum kembali ke hotel untuk sarapan...maka berkenalanlah dengan broncong kelapa muda~wah! sedap makan panas2.
bancuhan di macam lempeng, rasa dia manis2 kelapa...tak manis sangat, sedap. 5 seringgit. makcik sebelah tunggu lebih 10 minit sebab nak beli sampai 5 ringgit...makan anak beranak kot...ramai juga yang menanti giliran membeli~
penat pusing tamu, kembali ke hotel untuk sarapan dan bersiap untuk pulang~
sebelum kembali ke sandakan, melencong ke...
jarak dia dalam 20 KM dari bandar Tawau...masuk jauh ke dalam kawasan felda. masa nak masuk kedalam...tiba2 penjaga kaunter tanya, "dari kesihatan?". maka dengan blurnya terus jawab, "dari hospital sandakan"...terus dia jawab, "tak ada dalam carta"...langsung semua gelak.
rupanya ada familyday unit kesihatan tawau. meriah juga la suasana.
didalam ada sungai dan beberapa air terjun~
ni dipanggil air terjun table...sekarang ni dilarang mandi sebab banyak kes. siap dipagar lagi tu.sungai dia cantik juga la~
![]() |
| Sg.tawau life guard~ |
![]() | |||
| kebun botani, pokok tropika, air terjun bt gelas, air panas (sulfur spring) boleh teroka sendiri. untuk naik gunung perlukan kebenaran serta guide~hehe...mari merancang ;D |
berpeluh juga nak sampaikan ke sini...lepas rehat dalam 5 minit barulah bergerak keluar semula...
dalam perjalanan keluar bertembung dengan pakcik dengan leaves-blower. maka dia dengan baik hatinya temankan keluar ke kawasan mandi semula.
siap bagi petunjuk ke amat mee tauhu lagi...
maka selepas keluar dari taman bukit tawau dan menjamu selera di amat mee tauhu...
pulanglah daku ke sandakan~
walaupun perjalanan kali ini agak pendek...sebab kena drive jauh...banyak yang dapat diterokai...sapa kata tawau tak ada tempat nak dituju~ ;p





















