Sunday, December 14, 2014

West Sabah Trip~

Alhamdulillah...atas segala urusan yang telah selesai~

28.11.14 telah dimasukkan ke wad sebab suspect leptospirosis (kencing tikus) dan telah keluar wad pada 2.12.14...walaupun dengan keputusan IgM positif, malas duduk wad lama2...lagipun memang dah minta cuti panjang. jadi perjalanan merentas negeri Sabah yang telah dirancang terpaksa diubah sebab:
1. kena tahan wad 5 hari
2. Ed kena urus hal2 tertentu

jadinya hari Khamis 4.12.14, balik la ke Bongawan dulu untuk sambung berehat~ walhal nak sampai ke Bongawan ambil masa 8 jam memandu dari Sandakan. tapi kurang2 ramai orang, dan tak duduk rumah sorang2. hehe...asalnya mau jalan awal sikit, tapi atas nasihat pihak berwajib, hari rabu bersantai2 ja di sandakan.

hari jumaat petang~ BBQ!!! dalam hujan...hehehe~
ahad, bapa dan yang lain semua balik Sandakan. maka mula la perjalanan yang tak ada perancangan LANGSUNG. sebab Ed masih di kawasan yang tak dapat nak dicapai, maka pergilah ke KK. sebab tak ada idea, wassap Along ajak tengok wayang. sambil tunggu ketibaan, pusing2 dalam Suria...at last tengok Big Hero 6. ok la cerita dia~ so,so.

isnin, jumpa Ed di CP~ HEAYH!!! secara rasminya, perjalanan bermula. dengan makan nasi ayam CP. sambil tu bincang rancang perjalanan. jadi destinasi pertama kami: Mahua
dari KK, kami lalu Penampang-Tambunan. dua-dua orang pun pertama kali lalu jalan tersebut walaupun Ed selalu juga ke Tambunan teman abahnya. perjalanan lancar mengambil masa sekitar 2jam lebih. dari penambang jalan mendaki. ada juga beberapa tempat menarik disepanjang perjalanan seperti Rafflesia Information Centre dan Kipandi Butterfly Park.
kami sampai di air terjun Mahua sekitar jam12.
punya sejuk keadaan dia, baru kena anginnya suda mau menggigil. sebab dah sampai jadi masuk juga la ke air. baru celup kaki, sudah rasa mau cramp. kena ja air di badan, terus rasa pening kepala sebab sejuk sangat. kena dengan anginnya lagi lepas keluar dari air, nda berhenti badan bergegar.
habis mandi...kami makan dan solat dulu di pekan Tambunan. kami kemudiannya ke Tenom melalui Keningau, untuk jumpa Muhaimin. tumpang tidur di Tenom.dari Tambunan ke Tenom mengambil masa sekitar 2jam. kami tiba di Tenom jam5, ngam2 waktu habis kerja.

selasa, bangun pagi dua2 pun macam blur~jadi bagi mewaraskan minda, kami jalan2 dulu sekitar Tenom~
selepas sarapan, kami kemudiannya ke Sipitang. dari Tenom, perjalanan Tenom-Sipitang mengambil masa sekitar 2jam. kami tiba di Sipitang sekitar jam10.
dari Sipitang, kami teruskan perjalanan ke Menumbok...untuk ke LABUAN! hehe. kami melalui Beaufort, terus ke simpang Kuala Penyu...sampai ke Menumbok. sampai di terminal feri Menumbok ke Labuan...krik, krik.....tak tahu cara membawa kereta ke Labuan. nasib baik juga la kami dapat tiket jam1. heee~
perjalanan dengan feri dari Menumbok ke Labuan mengambil masa sekitar 1jam setengah. tambang untuk kereta berharga RM50. kemudiannya ada lagi cukai pelabuhan RM16 (Hanya di Menumbok). untuk penumpang tambang feri RM2.50. ada juga bot laju, tapi tak pasti harganya. untuk pemandu, tiket dikira sekali dengan kereta.
Ujana Kewangan - kompleks bebas cukai
check peta dulu~
sampai di Labuan, sudah jam3 lebih. jadi kami solat, makan......dan cari peta sebab tak tahu hala tuju. termasuklah book hotel~hehe. dah dapat peta dari pusat informasi pelancongan, kami bergerak ke Chimney...tapi sesat...hehe...ada map dengan gps pun melencong juga. ;p
padahnya membuta tuli, kami melintas ke war memorial, terus ke kem tentera. malu je~ selepas semak peta dan set gps, kami tiba di Chimney. semasa kami sampai sudah jam5, jadi tak dapat masuk ke musium Chimney. kami sekadar bergambar diluar sahaja.

Chimney merupakan menara bersegi empat...tujuan pembinaanya tidak dapat dipastikan. kemungkinan terbesar adalah sebagai menara api atau menara loceng~ berketinggian 32.5m dan diperbuat daripada batu-bata merah...
 
 
selepas mengambil gambar di Chimney~kami kemudiannya menyusuri persisir pantai bermula dari Pantai Batu Manikar terus ke Pantai Sungai Labu. ada juga beberapa tempat cantik untuk mengambil gambar tapi tak sempat nak berhenti sebab asyik terlepas simpang...hehe~ Pantai Sungai Labu berhadapan dengan UMSKAL~ 
jadi kami mengambil masa sekitar 2jam untuk mengelilingi keseluruhan pulau.
waktu malam kami berjalan sekitar bandar. mencaari makan di pasar malam, berhadapan dengan labuan Square.
pemandangan sekitar Labuan Square~
Restoran Terapung
Rabu~bangun pagi terus fikir mencari tiket balik...cadangan kepada mereka yang nak membawa kereta, sila beli tiket awal...awal pagi sudah panjang barisan orang membeli tiket...dan kesemuanya membeli tiket untuk beberapa hari kemudiannya. untuk keselamatan daripada terkandas tak dapat balik, terutamanya kalau mahu datang hujung minggu, cuba la beli tiket pergi balik.
kemudiannya kami berjalan sekitar Ujana Kewangan...pandangan Ed untuk UK, macam CP di KK...hehe~disebabkan keduanya bukannya mau membeli belah, jadi okay juga la. banyak merayau ja didalam tu. :)
jam 2 kami naik feri untuk ke Menumbok semula~
Ed~
turun dari feri, Hassan menyeru suruh ke rumah di Membakut. merentas Kuala Penyu terus ke Menumbok, kami memandu sekitar 1jam.
di Membakut, kami sekadar memandu sekitar pekan~
dikatakan Hassan sebagai sayap ayam terbaik di Membakut~kedai Anjung 1
Bro > Ed > Hassan > Rahim

Khamis di habiskan di CP, KK...sekadar berjalan mengisi masa bersama...sekitar jam3 abah Ed mengambilnya di CP. malamnya kembali ke Membakut bermalam di rumah Hassan~

Jumaat, kembali ke Bongawan~ cadangnya mau berehat...tapi petangnya ke Pantai Pimping.
Hakim > Hassan > Ezham > Rahim
sabtu, kembali ke Sandakan...maka dengan rasminya berakhirlah tripping kali ini.

P.S...kepada mereka yang nak berjalan tu...kadang2 hanya perlu partner yang sekepala, dan bukannya jadual perancangan untuk setiap saat~
...Kamarulhaziq, sila cemburu sebab kena tinggal :p