Monday, June 24, 2013

Weekend trip~Practice~Bola~Beluran~Thallasemia

weekend after 1st wad attachment~ weee..... Female medical ward was scary and stressful~ tak tahu macam mana Yeo Yee Ling bertahan, mungkin sebab dah hari2.

berita gemburi adalah, weekend ni dapat rehat sikit sebab perpindahan antara wad. yang kurang best sikit adalah semua ada aktiviti sendiri... tak dapat nak travel jauh sikit untuk practice drive... Titan adalah jentera yang memerlukan skill pemanduan yang mantap, tapi sebab dah lama tak drive (manual pula tu), kena brush up balik sebelum berani nak travel long distance. huuu

tapi... bila di jumaat pagi bapa tanya kot nak pergi Beluran...weee...terus agree. Beluran pun dah dalam 70-80 km dari bandar, dan diluar kawasan bandar. so okay juga la nak practice. walaupun tahu hakikat nanti bila mereka dah turun ke padang tu akan mati kutu tak reti nak buat apa, dan memeang jarang tengok bola, maka akan ke'blur'an pasal segala foul, free kick, penalti segala. tapi okay je, sebab tak pernah nak sampai Beluran...kot ada apa menarik, sapa tahu~

jadi di pagi sabtu, seawal jam6 dah bergerak. sebab game start jam 730. travel pagi agak tenang, tak banyak kereta, tapi lori sngt slow dipagi hari. tapi sebab bapa adalah local people, maka segala tempat yang boleh speeding, take over, slow, jalan tak rata/gravel dah dihafalnya, maka agak lancar juga la pemanduan. sampai kat Beluran dah jam 715. tengok semua macam tak siap lagi, jadi breakfast dulu. siap, mereka terus pergi warm up sebab game dah nak start. tengok kick off, tak lama lepas tu dah blur nak buat apa.

Abu kemudian message cakap ada event dekat dewan seberang jalan dengan padang. sebab agak redup, maka test drive tengok kawasan, dan baru tahu rupanya dekat Beluran ada sungai. pekan dia kecik je, macam gopeng je. so tak adalah nak round2 sangat. Hospital beluran pun tak adalah besar sangat, rasanya Hospital Sungai Siput Utara besar lagi~

Thallasemia event di dewan agak happening juga, ada pertandingan bercerita sekolah lagi. sekali dengan thallasemia screening.

bila datang balik padang, 1st game dah habis...dan bapa injured...hamstring...ngeee.....so 2nd game jam 1130 bapa just duduk luar padang je. a.jo je masuk padang lagi. habis game dah tengahari... dan time tu dah panas nak terbakar~

Abu kemudian bawa makan dekat kedai yang ada nasi ayam penyet yang BEST. tapi dia ada limited plate per day. habis makan solat dulu rumah Abu, sebab dah agak lewat...sebelum bergerak balik.

ahad pergi lewat sikit sebab HDOK main untuk 2nd game jam9. tapi ahad cuaca terik banding dengan sabtu. dah bawah khemah pun rasa macam kena jemur. perasaan orang yang main memang tak boleh nak bayang la, dengan panasnya, silaunya, dengan nak berkejarnya.

habis game rehat rumah abu lagi. sebab kesilapan informasi datang awal ke padang...ingatkan game jam2, rupannya game petang yang ke2. haru je~

habis last game, HDOK seri 4 game berturut termasuk la dengan Team Kinabatangan yang menang 3 game sebelum tu. dengan 4point, HDOK dapat 3rd dari 5 team yang datang. sekali dengan fairplay (yang ni xtau anugerah apa, rasanya sebab main clean xde nak berentam kot).

maka terisi la weekend dengan aktiviti...

TEAM BOLA SEPAK HDOK 2013
 p.s...isnin kembali ke ward, mohon children ward memberi pencahayaan agung untuk terus berusaha melaksanakan tanggungjawab~

Thursday, June 20, 2013

white knight

species - 2.5G White
genus - Hilux
family - Toyota
Official name - SS 8591 T


p.s. mari memandu kembali~

Monday, June 10, 2013

FS2 >>> WAD

jumaat adalah penutup kepada attachment di Farmasi Satelit~weee......tapi logbook tak sign lagi sebab Mr.Jo tak nak viva lagi~mohon jangan lambat sangat, nanti lupa.

isnin adalah pembukaan kepada Wad Attachment...bermula dengan Female Medical Wad. menghadap Yoe Yee Ling di pagi isnin...ini turut bermakna, boleh menyemak di FS1 sekali lagi. YEAH! cam lama dah tinggal FS1 (walhal weekend lepas masuk je FS1). hopefully akan dapat improve communication skill dengan warga wad. walaupun FS ada interaksi dengan warga wad, tapi limited kepada beberapa doc dan nurses  dari wad tertentu sahaja...ni hari2 akan hadap kumpulan orang yang sama...

pagi2 masuk dengan kebluran yang memang blur tahap Yee Ling rasa nak baham~ dengan wad dah la sesak, kepadatan penduduk...dengan tak pernah nak isi CP1...dengan tak pernah nak follow round...tapi diampunkan sebab 1st day...hopefully esok dah boleh familirize dengan workflow...hopefully juga esok dah boleh start membantu instead of menaik anginkan Yee Ling.

antara faktor penyumbang kepada kebluran mungkin sebab weekend terlampau memikirkan presentation research dihadapan dr.liau dan mr.jerry, wakil dari HQE yang memang terkenal dengan research. tapi sekurang-kurangnya, walaupun ditembak dengan hebat, tak kurang juga hebatnya cadangan penambahbaikan yang dibagi. hopefully research dapat dijalankan dengan jayanya~

minggu ni dan depan buat wad check juga. okay la dah dapat tangkap flow nak wad check dengan berkesan. harap boleh buat wad check dengan cepat dan berkesan~

banyak nak kena belajar dan recall semula~ teguhlah wahai hati, kembalilah kepada lillahi ta`ala. =D

Wednesday, June 5, 2013

ORENTASI HDOK~

isnin, selasa, rabu....3 hari tak masuk FS2 kerana menghadiri orentasi peringkat hospital. nge... well atleast attend dengan syahril, jumat, kak yana, tikah, kak muni, kaka anum, yun ping dan lam~ kalau attend sorang memang syahdu la~

haru nye la kena attend ceramah pengenalan yang panjang...ngantuk!!! tapi kerana duduk front row, memang mohon kena katok la kot kalau tido~ mata rasa nak tutup je tiap kali briefing panjang berjela-jela mula...


atleast grouping dapat khairi~ atleast ada la juga geng laki nak bercakap....kot dapat perempuan semua...mau bisu 3hari...

pagi penuh dengan briefing pelbagai aneka topik yang amat mengundang mengantuk...atleast ada juga la diselipkan beberapa game untuk menghilangkan rasa mengantuk antara briefing...petang pula...pukul4 ada senamrobik...nasib baik memang ada pack extra t-shirt dengan tracksuit dalam beg. idak, mau bersenam robik dengan kemeja...

jumat (baju coklat) diteman jejaka sambil dikelilingi bunga (hehehe)

petang tadi pula, sebagai aktiviti penutup...explorace...pusing la 1 hospital...tapi okay je...tak ada lah penat mana pun...habis explorace tunggu majlis penutup...keputusan sketsa hari kelmarin diumum...haru je dapat first place...idea spontaneous tak hingat punya. dengan khairi buat stun pusing2 bagi direction pakai kaki la, dengan lawak tak jadinya...boleh la pula dapat 1st....dah tu, organizer minta lakon semula...memang tak dapat hasil sama la dah segala benda semalam tu spontaneous on the dot...tapi masih berjaya juga la lakon semula.....sebab penat, khairi tak buat dah dia punya stunt pusing2, tapi masih ada lagi stunt tunjuk direction guna kaki...



main teka gaya simpulan bahasa


orentasi ni seronok juga, sebab mostly adalah nurses...ada juga la few dari lab, pengurusan, akaun, physio....lupa dah apa lagi yang join, yang pasti HO tada. =p
mostly pun sporting, layan je buat segala aktiviti. walaupun kena senamrobik dengan kasut kulit, tapi okay je. semua pun enjoy, tak ada nak bangkang2, escapella dari briefing~ so seronok je... =D

P.S...gambar hasil ehsan pihak penganjur...rembat je~

Monday, June 3, 2013

untuk dihuraikan oleh mereka yang lebih memahami~ part 7

"barangsiapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik, nescaya dia akanmmeperoleh bahagian dari (pahala)nya. dan barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang buruk, nescaya dia akan memikul bahagian dari (dosa)nya. Allah mahakuasa atas segala sesuatu" 4:85

"dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh, Allah memperhitungkan segala sesuatu." 4:86