Monday, May 27, 2013

KK~Wesak day~1Borneo~FF6~

jumaat lepas adalah hari wesak...(buat sapa yang tak tahu~)...holiday~

maka dipagi jumaat, berangkat dengan faiz ke Kota kinabalu...lebih kepada dekat tengah hari sebab masa tu dah 930...sampai ke telupid dah 12lebih, kitorang pun berhenti solat jumaat...awal2 tak ada orang pun dekat masjid tu...elok masuk waktu, terus penuh. peace ,,v

lepas tu terus ke masjid likas...awalnya gara2 lupa nak jamak...tapi bila tiba kat sana, ada pula program bersama ustaz haslin. dekat perkarangan masjid siap ada booth2 jualan. memandangkan faiz pun tak tahu nak buat apa sebenarnya masa nak gi KK.....kitorang stay la untuk majlis bersama ustaz haslin lepas solat isyak~ walaupun tak berapa nak ikut sangat apa yang di cakap sebab mengantuk, tapi dapat juga la hasil walaupun sikit... habis majlis, tuju airport hotel. alhamdulillah, ada bilik kosong~

sabtu keluar hotel dah agak ke tengah hari juga la.....terus ke d'lengkuas dekat dengan hotel yahoo untuk makan...lepas makan tuju plaza wawasan sebab bapa message kata ada sale dekat parkson sana...dari tak ada motif...selamat dapat beg baru...dan sehelai baju....chip and dale sungguh~ =p

sebab ke tak tahuan nak buat apa, pergi la ke suria...sampai2...rupanya segala benda pun tengah sale~ sebab jumaat wesak dan minggu depan khamis jumaat keamaatan.....cuti lagi...tambah lagi dengan school holiday.....memang segala tempat buat sale...dari tak ada nak apa2 langsung dapat tracksuit baru...

lepas suria, pergi one borneo pula...makanya~ ARCHERY! Round 2! 
habis archery, faiz ajar pool ke snooker...entahla, tak tahu beza...
dah habis main, lapar...dan sushi king di tuju...okay, ni bukan orang yang reti makan sushi, so lebih kepada baham apa yang faiz letak depan mata. =D
program hari sabtu diakhiri dengan fast and furious 6. walaupun best, tapi sebab ada beberapa aplikasi logik yang memang tak logik, ada buat rasa nak gelak juga la. tapi diperakui, best~

hari ahad dihabiskan dengan tunggu abu, sebab nak balik~ dan siap nak balik, TIBA2...
faiz: aku tak nak balik la.
nasib baik la ada sabar, kalau dulu, dah ditapak kasut budak itu~maka balik la dengan abu...tapi sebab abu nak balik beluran, terpaksa la ayah sorang tu ambik dekat checkpoint~dan rupanya flight ashraf delay...maka kelewatan la mereka sekalian sampai.

pengajaran daripada trip kali ini:
1) sila beringat dalam berbelanja. kalau ikut nafsu boleh jatuh bankrap dalam sekelip mata. 
2) sila beringat dalam berjalan. walaupun tak ada perancangan terperinci, atleast kena ada basic idea apa nak buat.
3) ...jangan lupa inform orang kawasan nak masuk tanah jajahan...nanti kena marah...(ampun along, sebab tak inform awal)

minggu ni cuti dari khamis, 4hari...mungkin bergolek2 sahaja untuk sekarang...orang lain semua baik, so tak ada la plan nak ke mana2...(kot) =D

p.s....kereta tak dapat lagi sebab terlepas shipment dari kl untuk bulan lepas....kepada segala makhluk yang tak sabar tu...SABAR LA...hehe. nanti dah dapat akan diupdate kemudian...haish...orang lain terlebih excited dari tuan punya~

Tuesday, May 21, 2013

untuk dihurai oleh mereka yang lebih memahami~part 6

"setiap yang bernyawa akan merasakan mati. dan hanya pada hari akhirat sajalah diberikan dengan sempurna balsanmu. barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, dia memperoleh kemenangan. kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang2 yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang2 musyrik. jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan yang (patut) diutamakan" 3:185-186

"dan dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. dan barang siapa bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan-NYA. Sunguh, ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." 65:3

Sunday, May 19, 2013

weekend...A&E...Lawn bowling...Tamu....

weekend yang agak hambar sebab duduk rumah sorang2...maka di pagi sabtu yang dah tak tahu nak buat apa...breakfast bersama2 dengan orang yang kerja di A&E. atleast ada la juga orang untuk bercakap dan aktiviti nak dibuat, kot duduk rumah memang bantai tidur tak ingat dunia la.

lepas maghrib faiz message ajak main lawn bowl...so...sama2 la meleret bola di atas padang dengan fauzi, faizal, mel, nazan, aidil dan hafiz...(2 yang last tu macam salah je eja nama diorang...ampun...). menarik juga lawn bowl...bola dia tak gerak lurus, leret macam mana pun dia akan curve juga. mula2 memang bertebaran serata tempat bola. tapi masuk 3rd round dah boleh dah nak target elok sikit.

LAWN BOWL!!! main atas padang, lebih kepada mat la sebenarnya. rasa macam futsal punya court pun ada la skit2 tapi dia rata je. matlamat utama adalah meleret bola2 sehampir yang boleh dengan jack. jack ini adalah bola putih saiz macam bola golf la. bola yang lain semua warna hitam, jadi kitorang tanda2 la bola untuk identifi bola mana untuk team mana. sebab ada 8 orang, pecah 4 pair. kebetulan pair dengan fauzi yang biasa main, so dapat tangkap gak la cara main.

dah last2 baru tau aidil wakil team mana tah...padan la segala rule dia tau. kira markah la bagai. pemarkahan adalah berdasarkan bola yang paling hampir. kalau ada lebih dari 1 bola dari team yang sama yang dekat dengan jack, maka akan dapat berdasarkan jumlah bola yang hampir. tak silap dia cakap antara 25 point atau 2jam play time. tengok mana dapat dulu.

menarik la lawn bowl ni sebenarnya compare dengan bowling 10pin.

pagi ahad breakfast kat A&E lagi....(bahana tak reti nak buat apa kat rumah)...tengah melangot dekat A&E bapak cakap ada tamu (bundle atau tak ingat dah bendanya dalam slange sabah) depan tembok yang jual segala macam baju, seluar, kasut. berbeza dengan tamu ahad yang tengah bandar yang jual segala macam benda dari makanan ke pokok dan juga servis mengurut/bekam, yang ni jual pakaian sahaja. memandangkan masa tu tak memang tak reti nak buat apa...terus pecut pergi tamu... =D

sebab dah agak panas (pukul 10 kat sini matahari dah tegak atas kepala), tamu tak adalah ramai sangat orang. barang pun dah tak berapa nak banyak. tapi okay juga la. tengok yang datang pun pakai semua lawa2 je. yang ni pula datang uniform biasa, tracksuit+tshirt round neck...silap pakai shadde speks...so masa nak nego kedai yang first tak dapat kurang sangat...tapi masa pergi yang 2nd dapat murah. peace u'll... barang2 pun okay je, cuma adalah beberapa yang memang nampak lusuh, lain2 macam jeans semua elok je. lain kali mungkin datang lagi untuk cari baju2 lepas ni. peace~

memandangkan esok kerja, jadi sebelah petang dengan malam hari ni berehat2 sahaja...

P.S...semalam ada plan nak pergi tryout golf, tapi kemalasan jadi cancel... =p

Monday, May 13, 2013

In Patient Pharmacy~ FS2

syif 2-9 ahad merupakan penutup kepada sesi ke-2 FKP~ weee.....sebab lepas ni ofis hour. tak ada dah berjaga malam untuk supernight. tak ada dah menggelupur cari jawapan query syif 2-9. dan tak perlu nak runsing bila mana kena kerja time orang holiday.....woo......sebab lepas ni tak ada kat fkp. susah skit nak mengarut dengan bapa. sarapan ramai2 kat pantry. dan kemeriahan suasana FKP. ala bulan 9 nanti masuk fkp juga lagi.....

hari ni memulakan sesi ke-2 in patient di Farmasi Satelit 2 (FS2) di tingkat 5 bangunan baru. berbeza sedikit dengan FS1. FS2 melibatkan wad2 bedah, tulang, kanak2, ICU dan psychiatric. sekali dengan dewan bedah. lagi penggunaan ubatan berbeza sekali dengan FS1 yang melibatkan wad2 medical, O&G dan segala yang melibatkan ibu mengandung/bersalin.

selain itu, FS2 merupakan pengendali kepada Parenteral Nutrition (PN) dan Cytototic Drug (Ubat kanser). bagaimanapun, HDOk masih belum ada compounding facility. hanya sekadar supply medication sahaja. Psychotropic drug di FS2 pun tinggal ubat biji sahaja, segala ubat suntik di FS1. bahagia sikit la disitu dalam menguruskan Psy substance.

kalau FS1 banyak interaksi dengan Yoe Yee Ling dan Irwinder, FS2 akan berinteraksi banyak dengan Phua, Raihan dan Mr Kent. atleast, nanti time kena attach wad tak adalah nak menggelupur sangat kot sebab dah attach satelit ni.

sebab masa kat DIS pernah rescue FS2, tak adalah kalut sangat pasal arrangement ubat dalam FS2. ditambah dengan segala lawatan bahana night syif, so kira familiar juga la dengan FS2 (masa TDM dulu pun banyak melangut kat FS2 pun).

cumanya sekarang, FRP di FS2 Umie sorang~dulu ada juga kak Mus, tapi kak Mus dah transfer ke FKP. PPF pun dah tukar, sekarang kak siti dengan kak sarah.

FS2 akan dilalui selama 4 minggu. dengan ini, logbook untuk In patient akan dapat dilengkapkan. mohon mr.jo tak mengada nak viva hujung2 prp nanti. lebih sanggup mengulang viva dari nak recall segala  perkara yang dah lupa.

apa pun, marilah bertugas dengan jayanya.

P.S. rasa macam makin lama kat HDOK ni makin samseng jadinya. delusion much?

Wednesday, May 8, 2013

new year~

minggu ni mula attachment di bahagian bekalan wad, kat HDOK ada 2 bahagian; farmasi satelit 1 (FS1) dan farmasi satelit 2 (FS2). sekarang ni kat FS1. berbeza dengan TDM yang membuatkan diri berlari keseluruh hospital...FS1 hanya membuatkan diri berlari dalam bilik tu je, tapi boleh pengsan juga la penatnya...since ni first week, banyak juga la error. hopefully akan improve sepanjang 5 minggu di FS1.

cuti new year tahun ni di isi dengan gotong royong di unit farmasi kecemasan HDOK. memandangkan unit ni baru di buka, jadi banyak nak kena setup. lama juga la bertapa kat hospital 1st of jan, 9pagi-6ptg. nasib baik ada han siang, kalau naik basikal memang dah tido hospital dah~

masuk bulan januari dah tak tumpang han siang lagi untuk pergi-balik hospital. sekarang naik kereta sapu (bang jib cakap kat kota marudu panggil pirate). sekarang 730 ben datang ambik kitorang kat rumah dan 515 anta balik lagi. pergi sekali dengan seorang nurse yang duduk blok D depan ni. untuk RM60 seorang consider okay la. kak yana cakap yang kalau dia naik ben pun kena RM70 seorang, tak ada la mahal sangat.

cuti weekend ni hanya di Sandakan. sabtu join gotong-royong mengemas Farmasi Klinik Pakar (FKP). sampai 930, rasa macam datang lewat je sebab banyak barang dah pindah masuk ke FKP. rupanya ada lagi yang lebih lewat dari kami. kemas2 sampai la tengahari, han siang cakap dia nak balik tolong yee ling dengan kawan dia pindah rumah. tengok dah banyak siap, kitorang pun masing2 punchout. sekali rupanya banyak lagi nak susun. han siang je la yang balik tolong orang pindah rumah. lepas solat kemas2 lagi sampai pukul 5. lepas siap semua, pergi rumah bang jib and geng...semua sebab khabar angin ashraf nak belanja pizza...sekali bayar sendiri... ;P
lepas makan balik solat isyak, pastu keluar balik dengan bang jib pergi tengok The Hobbit. Okay la, cuma mungkin sebab mata tak cukup rehat, ada scene yang manpak agak blur skit. terutama scene yang banyak gila objek2 bergerak, serabut tul~ dekat pukul1 baru sampai rumah...terus tido...

dah hari ini ahad, hanya berehat di rumah....


SPA Package

SPA Package adalah yang pertama dari 3 benda yang menjadikan seorang graduan tu layak menjadi PRP. Package ni terima sebulan selepas Uni keluarkan result final exam yang berlabel 'Tamat Pengajian'. masa dapat benda ni semua exited tahap tak hingat~ macam dapat surat posting dah je meriahnya masa tu.

Package SPA datang dalam sampul putih 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA'. jadi tak ada hal kalau tak ada orang kat rumah pun. posman letak je dalam mailbox je.

dalam package tu ada:
1. 1 salinan surat lantikan SPA
2. 2 salinan surat setuju terima lantikan
3. 1 salinan surat akuan sumpah
4. 1 dokumen medical check up

dah terima, kena la respond. macam mana nak respond?

mula2 sekali, pergi ke mana2 hospital kerajaan (ini amat digalakkan). kot rasa susah, klinik kesihatan pun boleh. kot rasa duit tu banyak tak tau nak bagi kat sapa dah memandangkan semua tabung derma dah isi, pergi la hospital swasta. kalau korang rasa yang kerajaan ni lambat, malas nak tunggu pun boleh la ke swasta.

dah ke tempat pilihan, buat la medical check up seperti yang tertakluk dalam dokumen. hospital kerajaan biasanya akan ambik masa 2-4 minggu. ni gara2 nak tunggu lab result untuk urine drug test. yang lain2, x-ray, physical tu sekejap je. kot buat kat swasta boleh la siap hari yang sama. ini berdasarkan mereka yang ke swasta.

sambil tu, cari la suruhanjaya sumpah berdekatan dengan rumah sekali. ini untuk melengkapkan surat akuan sumpah. benda tu kejap je. pergi, dia sign, bayar dalam RM5, balik. selesai la urusan tu. kot ada family member yang lawyer, lagi senang...serah  je. macam diri ni, free of charge...

surat setuju terima lantikan ni tricky skit. untuk batch '11, mereka DIARAHKAN untuk pos semula 1 salinan ke SPA. untuk batch '12, TIADA arahan sebegitu. maka, kami2 ni bawa je la segala benda yang dapat ke JKN masa lapor diri satgi.

selesai semua, maka habislah urusan untuk package SPA. maka sambung penantian untuk Package seterusnya...

LFM Package

Package LFM adalah yang kedua akan tiba semasa penantian dari seorang graduan kepada seorang PRP. Package ni sampai selang 2 minggu lepas package SPA. masa yang ni sampai pun meriah gak. gamat segala network. untuk yang ni, dia datang dalam sampul berdaftar. makanya, perlulah ada seseorang untuk menerimanya semasa ia tiba. kot tak ada orang kat umah masa benda ni sampai, perlulah ke pejabat pos untuk mengambilnya.

maka didalam Package ni terdapatlah:
1. 1 salinan surat rujukan LFM
2. 1 salinan sijil pendaftaran bersyarat
3. 1 salinan surat pengesahan penerimaan sijil pendaftaran bersyarat
4. 1 salinan cadangan jadual latihan PRP

untuk Package ni, tak perlu nak respond apa2, cuma perlu simpan elok2. dapat panggilan untuk lapor diri, bawa segala yang ada tu pergi melapor diri.

dah dapat package LFM, sambung penantian untuk surat panggilan daripada KKM/JKN.

reason for the title~

dulu masa kat U12, alang min selalu tanya, kena Fikkir tu Along? kenapa Azrai tu Ayah? Kalau mengikut logiknya akal, mengikut aturan yang sebetulnya, Amin yang paling berusia dalam 8 orang... dan ini adalah jawapannya

bila tengok balik hubungan dengan mereka2 yang dipanggil abang2, ayah, abah, bapa dan sebilangan kecil yang dipanggil kakak dan adik... mereka ini adalah orang2 yang telah bersabar melayan perangai mengarut budak sorang ni. dengan penuh kesabaran mereka ini melayan bila datang masa nak mengedik, nak luah persoalan di hati, dan bertanya soalan2 yang pelik2 dan kadang2 tu agak mengarut dan ada masanya mereka sendiri tak tahu apa jawapannya.

mereka bukanlah menggantikan abang/ayah, mereka sekadar sabahat baik yang mengajar tentang kehidupan. membimbing dalam membuat keputusan dalam sebilangan permasalahan. dan memperjelaskan penyelesaian kepada beberapa persoalan. baik soal agama, mahupun emosi. =D
kadang respond lambat, kadang respond tak seberapa, dan kadang tu tak respond pun. tapi kesudian mereka mendengar tu sudah mencukupi.

mereka ni tidaklah dipanggil abang2 dan sebagainya, melainkan mereka telah teruji sabarnya. ni hakikat. Ada masanya Azrai sampai cakap; "Bro penat ni, jangan kacau.", fikkir; "Bro, jangan kacau, banyak kerja ni.". tetapi mereka masih sabar melayan, bila demam, migraine... lapar yang tak terkawal dipagi hari... mereka sabar melayan... 

sebilangannya dikenali dikenali untuk tempoh yang singkat, sekadar 2-4 bulan, tapi terus berhubung melalui pelbagai saluran. ada yang dikenal untuk tempoh yang lebih lama, hampir 3 tahun. isi hati dikenali, didalami melalui pelbagai medium...menjelajah ke sebahagian kawasan bumi bersama, makan bersama, tidur bersama, menghabiskan sebahagian waktu siang/malam mendalami ilmu bersama...dan sebagainya.

dan semuanya hanyalah selepas satu tempoh waktu...Azrai dipanggil ayah, hampir selepas setahun kenal. fikkir dipanggil along pun begitu. abang kimie la yang paling awal dapat title bapa, rasa tak sampai 4 bulan pun lagi ni. =!

setiap mereka memainkan peranan yang pelbagai dalam hidup ini. ada yang menjadi pencetus kepada sesuatu yang baru, dan ada yang memberi panduan dalam mendalami suatu perkara. dan setiap dari mereka, walaupun rapatnya sekejap, dan setelah datang jarak dan waktu merenggangkan hubungan...apa yang di ilhamkan oleh setiap dari mereka tidaklah sia-sia.

p.s...ni kalau nak buat family tree untuk diorang ni pening ni....ngehehe

Wednesday, May 1, 2013

untuk dihurai oleh mereka yang lebih memahami~part 5

“Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim).

"ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang rasul (Muhammad) yang berada diantara (kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), kerana itu ALLAH menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan*, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. dan ALLAH maha teliti apa yang kamu kerjakan" (3:153)

*kesedihan kaum muslimin disebabkan mereka tidak mentaati perintah rasul yang mengakibatkan kekalahan bagi mereka.

P.S. entry bersempena PRU13~