Wednesday, May 8, 2013

SPA Package

SPA Package adalah yang pertama dari 3 benda yang menjadikan seorang graduan tu layak menjadi PRP. Package ni terima sebulan selepas Uni keluarkan result final exam yang berlabel 'Tamat Pengajian'. masa dapat benda ni semua exited tahap tak hingat~ macam dapat surat posting dah je meriahnya masa tu.

Package SPA datang dalam sampul putih 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA'. jadi tak ada hal kalau tak ada orang kat rumah pun. posman letak je dalam mailbox je.

dalam package tu ada:
1. 1 salinan surat lantikan SPA
2. 2 salinan surat setuju terima lantikan
3. 1 salinan surat akuan sumpah
4. 1 dokumen medical check up

dah terima, kena la respond. macam mana nak respond?

mula2 sekali, pergi ke mana2 hospital kerajaan (ini amat digalakkan). kot rasa susah, klinik kesihatan pun boleh. kot rasa duit tu banyak tak tau nak bagi kat sapa dah memandangkan semua tabung derma dah isi, pergi la hospital swasta. kalau korang rasa yang kerajaan ni lambat, malas nak tunggu pun boleh la ke swasta.

dah ke tempat pilihan, buat la medical check up seperti yang tertakluk dalam dokumen. hospital kerajaan biasanya akan ambik masa 2-4 minggu. ni gara2 nak tunggu lab result untuk urine drug test. yang lain2, x-ray, physical tu sekejap je. kot buat kat swasta boleh la siap hari yang sama. ini berdasarkan mereka yang ke swasta.

sambil tu, cari la suruhanjaya sumpah berdekatan dengan rumah sekali. ini untuk melengkapkan surat akuan sumpah. benda tu kejap je. pergi, dia sign, bayar dalam RM5, balik. selesai la urusan tu. kot ada family member yang lawyer, lagi senang...serah  je. macam diri ni, free of charge...

surat setuju terima lantikan ni tricky skit. untuk batch '11, mereka DIARAHKAN untuk pos semula 1 salinan ke SPA. untuk batch '12, TIADA arahan sebegitu. maka, kami2 ni bawa je la segala benda yang dapat ke JKN masa lapor diri satgi.

selesai semua, maka habislah urusan untuk package SPA. maka sambung penantian untuk Package seterusnya...

No comments:

Post a Comment