Package LFM adalah yang kedua akan tiba semasa penantian dari seorang graduan kepada seorang PRP. Package ni sampai selang 2 minggu lepas package SPA. masa yang ni sampai pun meriah gak. gamat segala network. untuk yang ni, dia datang dalam sampul berdaftar. makanya, perlulah ada seseorang untuk menerimanya semasa ia tiba. kot tak ada orang kat umah masa benda ni sampai, perlulah ke pejabat pos untuk mengambilnya.
maka didalam Package ni terdapatlah:
1. 1 salinan surat rujukan LFM
2. 1 salinan sijil pendaftaran bersyarat
3. 1 salinan surat pengesahan penerimaan sijil pendaftaran bersyarat
4. 1 salinan cadangan jadual latihan PRP
untuk Package ni, tak perlu nak respond apa2, cuma perlu simpan elok2. dapat panggilan untuk lapor diri, bawa segala yang ada tu pergi melapor diri.
dah dapat package LFM, sambung penantian untuk surat panggilan daripada KKM/JKN.
No comments:
Post a Comment