weekend yang agak hambar sebab duduk rumah sorang2...maka di pagi sabtu yang dah tak tahu nak buat apa...breakfast bersama2 dengan orang yang kerja di A&E. atleast ada la juga orang untuk bercakap dan aktiviti nak dibuat, kot duduk rumah memang bantai tidur tak ingat dunia la.
lepas maghrib faiz message ajak main lawn bowl...so...sama2 la meleret bola di atas padang dengan fauzi, faizal, mel, nazan, aidil dan hafiz...(2 yang last tu macam salah je eja nama diorang...ampun...). menarik juga lawn bowl...bola dia tak gerak lurus, leret macam mana pun dia akan curve juga. mula2 memang bertebaran serata tempat bola. tapi masuk 3rd round dah boleh dah nak target elok sikit.
LAWN BOWL!!! main atas padang, lebih kepada mat la sebenarnya. rasa macam futsal punya court pun ada la skit2 tapi dia rata je. matlamat utama adalah meleret bola2 sehampir yang boleh dengan jack. jack ini adalah bola putih saiz macam bola golf la. bola yang lain semua warna hitam, jadi kitorang tanda2 la bola untuk identifi bola mana untuk team mana. sebab ada 8 orang, pecah 4 pair. kebetulan pair dengan fauzi yang biasa main, so dapat tangkap gak la cara main.
dah last2 baru tau aidil wakil team mana tah...padan la segala rule dia tau. kira markah la bagai. pemarkahan adalah berdasarkan bola yang paling hampir. kalau ada lebih dari 1 bola dari team yang sama yang dekat dengan jack, maka akan dapat berdasarkan jumlah bola yang hampir. tak silap dia cakap antara 25 point atau 2jam play time. tengok mana dapat dulu.
menarik la lawn bowl ni sebenarnya compare dengan bowling 10pin.
pagi ahad breakfast kat A&E lagi....(bahana tak reti nak buat apa kat rumah)...tengah melangot dekat A&E bapak cakap ada tamu (bundle atau tak ingat dah bendanya dalam slange sabah) depan tembok yang jual segala macam baju, seluar, kasut. berbeza dengan tamu ahad yang tengah bandar yang jual segala macam benda dari makanan ke pokok dan juga servis mengurut/bekam, yang ni jual pakaian sahaja. memandangkan masa tu tak memang tak reti nak buat apa...terus pecut pergi tamu... =D
sebab dah agak panas (pukul 10 kat sini matahari dah tegak atas kepala), tamu tak adalah ramai sangat orang. barang pun dah tak berapa nak banyak. tapi okay juga la. tengok yang datang pun pakai semua lawa2 je. yang ni pula datang uniform biasa, tracksuit+tshirt round neck...silap pakai shadde speks...so masa nak nego kedai yang first tak dapat kurang sangat...tapi masa pergi yang 2nd dapat murah. peace u'll... barang2 pun okay je, cuma adalah beberapa yang memang nampak lusuh, lain2 macam jeans semua elok je. lain kali mungkin datang lagi untuk cari baju2 lepas ni. peace~
memandangkan esok kerja, jadi sebelah petang dengan malam hari ni berehat2 sahaja...
P.S...semalam ada plan nak pergi tryout golf, tapi kemalasan jadi cancel... =p
memandangkan esok kerja, jadi sebelah petang dengan malam hari ni berehat2 sahaja...
P.S...semalam ada plan nak pergi tryout golf, tapi kemalasan jadi cancel... =p
No comments:
Post a Comment