Wednesday, May 8, 2013

reason for the title~

dulu masa kat U12, alang min selalu tanya, kena Fikkir tu Along? kenapa Azrai tu Ayah? Kalau mengikut logiknya akal, mengikut aturan yang sebetulnya, Amin yang paling berusia dalam 8 orang... dan ini adalah jawapannya

bila tengok balik hubungan dengan mereka2 yang dipanggil abang2, ayah, abah, bapa dan sebilangan kecil yang dipanggil kakak dan adik... mereka ini adalah orang2 yang telah bersabar melayan perangai mengarut budak sorang ni. dengan penuh kesabaran mereka ini melayan bila datang masa nak mengedik, nak luah persoalan di hati, dan bertanya soalan2 yang pelik2 dan kadang2 tu agak mengarut dan ada masanya mereka sendiri tak tahu apa jawapannya.

mereka bukanlah menggantikan abang/ayah, mereka sekadar sabahat baik yang mengajar tentang kehidupan. membimbing dalam membuat keputusan dalam sebilangan permasalahan. dan memperjelaskan penyelesaian kepada beberapa persoalan. baik soal agama, mahupun emosi. =D
kadang respond lambat, kadang respond tak seberapa, dan kadang tu tak respond pun. tapi kesudian mereka mendengar tu sudah mencukupi.

mereka ni tidaklah dipanggil abang2 dan sebagainya, melainkan mereka telah teruji sabarnya. ni hakikat. Ada masanya Azrai sampai cakap; "Bro penat ni, jangan kacau.", fikkir; "Bro, jangan kacau, banyak kerja ni.". tetapi mereka masih sabar melayan, bila demam, migraine... lapar yang tak terkawal dipagi hari... mereka sabar melayan... 

sebilangannya dikenali dikenali untuk tempoh yang singkat, sekadar 2-4 bulan, tapi terus berhubung melalui pelbagai saluran. ada yang dikenal untuk tempoh yang lebih lama, hampir 3 tahun. isi hati dikenali, didalami melalui pelbagai medium...menjelajah ke sebahagian kawasan bumi bersama, makan bersama, tidur bersama, menghabiskan sebahagian waktu siang/malam mendalami ilmu bersama...dan sebagainya.

dan semuanya hanyalah selepas satu tempoh waktu...Azrai dipanggil ayah, hampir selepas setahun kenal. fikkir dipanggil along pun begitu. abang kimie la yang paling awal dapat title bapa, rasa tak sampai 4 bulan pun lagi ni. =!

setiap mereka memainkan peranan yang pelbagai dalam hidup ini. ada yang menjadi pencetus kepada sesuatu yang baru, dan ada yang memberi panduan dalam mendalami suatu perkara. dan setiap dari mereka, walaupun rapatnya sekejap, dan setelah datang jarak dan waktu merenggangkan hubungan...apa yang di ilhamkan oleh setiap dari mereka tidaklah sia-sia.

p.s...ni kalau nak buat family tree untuk diorang ni pening ni....ngehehe

No comments:

Post a Comment