syif 2-9 ahad merupakan penutup kepada sesi ke-2 FKP~ weee.....sebab lepas ni ofis hour. tak ada dah berjaga malam untuk supernight. tak ada dah menggelupur cari jawapan query syif 2-9. dan tak perlu nak runsing bila mana kena kerja time orang holiday.....woo......sebab lepas ni tak ada kat fkp. susah skit nak mengarut dengan bapa. sarapan ramai2 kat pantry. dan kemeriahan suasana FKP. ala bulan 9 nanti masuk fkp juga lagi.....
hari ni memulakan sesi ke-2 in patient di Farmasi Satelit 2 (FS2) di tingkat 5 bangunan baru. berbeza sedikit dengan FS1. FS2 melibatkan wad2 bedah, tulang, kanak2, ICU dan psychiatric. sekali dengan dewan bedah. lagi penggunaan ubatan berbeza sekali dengan FS1 yang melibatkan wad2 medical, O&G dan segala yang melibatkan ibu mengandung/bersalin.
selain itu, FS2 merupakan pengendali kepada Parenteral Nutrition (PN) dan Cytototic Drug (Ubat kanser). bagaimanapun, HDOk masih belum ada compounding facility. hanya sekadar supply medication sahaja. Psychotropic drug di FS2 pun tinggal ubat biji sahaja, segala ubat suntik di FS1. bahagia sikit la disitu dalam menguruskan Psy substance.
kalau FS1 banyak interaksi dengan Yoe Yee Ling dan Irwinder, FS2 akan berinteraksi banyak dengan Phua, Raihan dan Mr Kent. atleast, nanti time kena attach wad tak adalah nak menggelupur sangat kot sebab dah attach satelit ni.
sebab masa kat DIS pernah rescue FS2, tak adalah kalut sangat pasal arrangement ubat dalam FS2. ditambah dengan segala lawatan bahana night syif, so kira familiar juga la dengan FS2 (masa TDM dulu pun banyak melangut kat FS2 pun).
cumanya sekarang, FRP di FS2 Umie sorang~dulu ada juga kak Mus, tapi kak Mus dah transfer ke FKP. PPF pun dah tukar, sekarang kak siti dengan kak sarah.
FS2 akan dilalui selama 4 minggu. dengan ini, logbook untuk In patient akan dapat dilengkapkan. mohon mr.jo tak mengada nak viva hujung2 prp nanti. lebih sanggup mengulang viva dari nak recall segala perkara yang dah lupa.
apa pun, marilah bertugas dengan jayanya.
P.S. rasa macam makin lama kat HDOK ni makin samseng jadinya. delusion much?
No comments:
Post a Comment