Sunday, January 19, 2020

Farmasi Pesakit Dalam

2015 - 2019 farmasi satelit 2 + galenikal, farmasi galenikal, farmasi satelit 1. 5 tahun yang penuh kisah berkhidmat di bawah farmasi pesakit dalam. bermula 2019, farmasi galenikal HDoK dipindahkan daripada farmasi pesakit dalam ke farmasi pengeluaran.

farmasi pesakit dalam terlibat dengan aktiviti :
1. pembekalan ubat untuk kegunaan pesakit yang masuk ke wad, 
2. pembekalan ubat kepada wad dan unit penguna untuk kegunaan pesakit di dalam wad dan pesakit yang mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan dan klinik pakar, 
3. pengawalan stok ubatan bagi memastikan ubat sentiasa mencukupi
4. pemeriksaan ubatan yang disimpan oleh wad dan unit pengguna

selain daripada yang tersebut diatas, kami turut menjalankan aktiviti pembekalan ubat untuk pesakit yang keluar daripada wad, sesi kaunseling dan pembelajaran untuk pesakit didalam wad seperti penggunaan pen insulin, alat suntikan, ubat sedut jenis pam bermeter dan sebagainya. ini kebiasaannya melibatkan wad yang tidak dijaga oleh pegawai farmasi wad.

semasa pembekalan ubat kepada pesakit di dalam wad, pegawai farmasi perlu berhubung dengan pegawai perubatan yang merawat di dalam wad bagi memastikan ubatan yang dibekalkan adalah selamat untuk kegunaan pesakit. ini juga bagi memastikan ubatan digunakan secara optimum dan memastikan pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya.

selain itu hubungan dengan jururawat juga penting bagi memastikan ubat yang diberikan kepada pesakit dengan cara dan kaedah yang betul dan selamat. ini juga bagi memastikan ubatan yang dibekalkan disimpan dengan baik dan betul semasa di dalam wad. kaedah pemberian ubat berbeza bergantung kepada keadaan pesakit dan sesetengah pesakit memerlukan lebih perhatian berbanding lain. 

hubungan dengan pegawai farmasi di dalam wad juga penting bagi memastikan maklumat ubatan yang betul dapat disampaikan kepada pegawai perubatan yang merawat di dalam wad. pegawai farmasi wad yang menjaga pesakit di wad memerlukan maklumat seperti kuantiti penggunaan ubatan, kuota pesakit untuk ubatan, baki simpanan ubat dan perubahan jenama. ini bagi memastikan ubat yang disarankan kepada pegawai perubatan dapat membantu mereka dalam memastikan rawatan yang berikan adalah optimum.

hubungan dengan pegawai farmasi logistik yang menguruskan perolehan dan pengagihan stok hospital juga penting bagi memastikan bekalan ubat sentiasa ditahap optimum bagi memastikan kelangsungan rawatan pesakit. ini memastikan pengawalan stok yang baik dan mengelakkan pembaziran dengan penyimpanan ubat secara berlebihan.

bagi saya di HDoK, anggota unit farmasi satelit memerlukan semangat kerjasama dan toleransi yang tinggi sesama anggota unit. mereka menjadi penghubung antara pelbagai pengamal kesihatan baik daripada jabatan yang sama mahu pun daripada jabatan yang berbeza. kadangkala mereka turut berhubung dengan anggota daripada fasiliti berbeza bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang sepatutnya. selain daripada itu mereka terlibat dengan pelbagai tugasan, bermula daripada mendapatkan bekalan ubat sehingga ubatan diberikan kepada pesakit.

antara cabaran terbesar sebagai anggota farmasi pesakit dalam adalah memastikan pesakit mendapat bekalan ubat pada masa yang sepatutnya, baik ubatan yang perlu diberikan serta-merta dan ubatan bekalan harian. selain itu mereka perlu memastikan bekalan ubatan mencukupi untuk kegunaan pesakit. mereka juga perlu memastikan terdapat penggantian ubatan sekiranya terdapat masalah dengan ubatan asal yang disarankan kepada pesakit; seperti gangguan bekalan ubatan kerana masalah pembekalan atau masalah penarikan semula ubatan oleh pengilang, ubatan tidak sesuai dengan pesakit kerana masalah alergi, kesan sampingan ataupun masalah organ dalaman. cabaran lain anggota pesakit dalam adalah memastikan mempunyai pengetahuan yang mencukupi terhadap cara penyimpanan dan pemberian ubatan kepada pesakit.

farmasi pesakit dalam memberi peluang untuk mendapatkan pengalaman dalam pelbagai aspek pengurusan.

masa untuk perubahan, baik untuk saya dan untuk unit farmasi. diharap Farmasi Pesakit Luar dapat memberi pengalaman dan perubahan yang baik untuk saya.