Saturday, January 25, 2014

SANDAKAN WAR MEMORIAL PARK.....



hujan turun berhari-hari,
hari ini baru nampak matahari...

petang ni nyaman sekali,
mengeluarkan peluh dengan berlari....

memorial park tempat dipergi,
tempat berlari terapi diri,

kadang berlari bersama ayahanda,
turut serta adinda berdua~

petang ini seorang diri,
mengharap diri sihat kembali,
demam tolong jangan kembali,
sakit kepala tolonglah pergi~


Sunday, January 5, 2014

cuti2 disember~part2

cuti xmas jatuh hari rabu (25/12)...baje dengan cholihin datang KK hari rabu~
bapa ajak pergi kenduri hari sabtu (21/12)...hehe...mari bercuti seminggu lagi~mementang2 dah floating...asyik nak cuti je kerjanya~
tapi bila sampai hari rabu dapat berita kurang best...bapa cancel trip ke Kota Belud...heee...tapi sebab cuti dah approve, agak membazir la kalau nak biar je...maka tukar plan untuk round Sabah dengan ke Tawau dan kemudiannya ke KK lalu jalan Kalabakan...tapi bila sampai rumah petang jumaat...dapat SMS kata jadi pula~ huru hara jadinya bersiap2 ke KK malam tu~

jam8 malam bergerak ke KK...macam sebelum ni bawa Hakim dengan Iyan, kali ni tambah sepupu mereka Apip...dah la balik kerja terus berkejar siap barang...tak rehat tak apa terus jalan...sampai KK jam2 dah separa sedar je jadinya...

bangun pagi sabtu bersiap untuk ke KB...rumah kenduri masuk ke dalam Kampung Tamau...jauh juga la...nasib baik la bawa hilux, walaupun jalan ok, ada juga la part yg kureng skit...
 
 
selesai melangut tak reti nak buat apa...kembali ke KK semula dan kemudiannya ke Bongawan...sampai Bongawan dah lewat isyak sebab ada baik jalan sebelum nak sampai ke simpang Keningau/Bongawan...sebab seharian dah drive maka bila sampai rumah dah ingat nak tidur je...tapi kemudiannya teringat Muhaimin baru lapor diri di Tenom, maka terus buka request ke Tenom untuk esok sebab isnin Muhaimin kerja~

bangun pagi terus siap2, pergi sekali dengan Hakim dan Apip...Iyan berjaya ditinggalkan...yeah~
Bongawan dengan Tenom ada dalam 2jam lebih perjalanan...jalan dia cantik je, cuma bukit yang curam...memang berhabis tekan minyak masa nak sampai ke Keningau...sampai di Tenom terus cari Muhaimin yang tinggal sementara dengan Pirun~ kemudiannya kami ke Taman Pertanian Tenom.
 
kawasan dia tak adalah besar sangat...tapi penat juga la nak menapak...sebab bukan musim buah, jadi tak dapatlah nak merasa buah2 yang ada...

lepas makan tengahari melepak sekejap sebelum bergerak balik bongawan...kebetulan sampai rumah hujan lebat sampai ke pagi...sebab dah penat, malam tu memang pengsan sampai ke pagi~
 
pemandangan dari puncak laluan kimanis menuju keningau
hari isnin dengan blur2 pergi hantar kereta cuti sebab dah mula bertukar warna...walaupun tak adalah sampai jadi warna teh ais, tapi sebab dah merata jalan...baik la cuci dulu sebelum nak berjalan lagi~

sampai rumah, bapa dah siap nak ke KK...maka pergilah ke KK skali dengan Cik Nuar dan Babu Melly...sampai KK...sesak...semua sibuk shopping nak xmas dengan buka sekolah...memang gigit stereng la masa tu...balik pula malam, sampai rumah hampir jam9...nyaris lelap atas sofa, nasib baik la Hakim sanggup seret masuk bilik...

selasa pagi bangun dah rasa tak lalu nak bergerak dah...macam nak demam pun ada...dah terlelap atas sofa ,tetiba Hakim cakap nak jalan...sebab jarang2 bercuti...maka kuatkan la diri nak berjalan...asalnya nak ikut bapa je, tapi sebab arahan tak lengkap...kami terlepas ke Pantai Sawangan, Kuala Penyu...
masa nak sampai semula ke Bongawan dapat sms dari bapa suruh ke KK. kitorang pun pergilah ke KK lagi, kali ni ke rumah Babu Dayang di Tuaran. Lepas asar semua pun bergerak ke Gayang untuk makan malam...

malam tu kami sampai dah jam10...dan malam tu Hakim pula yang kena seret masuk bilik, sebab sebelum Papar lagi dia dah tak sedarkan diri. hari tu memang semua pun tidur dengan aman sampai ke pagi sebab kepenatan~

pagi rabu yang mana patutnya semua balik Sandakan, tolak abang sorang ni sebab nak ke KK untuk bercuti dengan Baje dan Shol...semua pun bangun lambat. gaya macam tak ada nak balik Sandakan pun ada. last2 semua pun keluar rumah hampir jam10. baje dan Shol sampai KK tepat jam230, nasib baik la masa tu terlelap di masjid negeri, kalau kat Bongawan mau diorang kena bertapa sejam kat KKIA-T2. lepas ambik terus ke hotel dulu...lepas maghrib baru keluar semula untuk makan di Restoran Kampung Nelayan...ikan kat situ memang hidup berenang-renang, tapi harga...boleh jatuh bankrupt~ nasib baik la orang belanja...Thank You Baje~

hari khamis pagi2 dah siap nak ke pulau...sebab tu je yang diorang plan. maka jam9 dah sampai ke jeti untuk ke Manukan dengan Sapi. sebab malas nak berbasah. maka melepak je la kat tepi pantai menjaga barang sambil tengok orang lain berendam.
Pantai Manukan
Pulau Manukan
Pantai Pulau Sapi
balik dari pulau, kami kemudiannya bersiap ke Kundasang. sebab shol nak tengok puncak Kinabalu, tapi sebab hujan...nampak kabus/awan je la~sebab esoknya merancang nak ke kampung luanti, maka tukar plan dari bermalam di Kundasang menjadi bermalam di Ranau.

maka di pagi jumaat kami ke kampung luanti untuk ke tagal Sg.Moroli~ 
kami kemudiannya ke ladang teh sabah...laluan masuk di sebelah je kepada sungai tagal, tapi kena meredah 1km laluan off-road.
 kat sabah tea tak ada buat apa pun...setakat beli teh sabah yang belum dapat nak jumpa kat shoppingmall. sebab agak awal, kami singgah ke dairy farm. sebab nak hujan, atas tu memang berkabus tebal. kami kemudian turun semula ke Kundasang untuk solat jumaat sebelum balik semula ke KK.
hari sabtu sebelum balik semua pun shopping dulu di pasar filipina. siap shopping baru hantar mereka ke KKIA-T2 untuk flight balik. jam11 dah bergerak balik ke Sandakan...tapi sebab hujan/kabus sepanjang Kundasang-Ranau, maka bawa la kereta dengan penuh sopan santun. tu pun sampai simpang Sapi Nangoh je. Nak sampai ke simpang Beluran memang Speeding tahap tak ingat la...semua gara2 nak buang mengantuk. hehehe. mohon ampun kepada pihak bersabit sebab speeding tak ingat dunia.

hari ahad sekadar duduk rumah berehat sebab dah penat sangat seminggu berjalan terhenti...

p.s...habis suda cerita 2013 ;D

Saturday, January 4, 2014

cuti2 disember~part1

setelah setahun tak bercuti...raya tak kira sebab memang kena cuti kalau tak cuti memang akan kena sambar kilat sebab menderhaka~

maka sebelum mula floating...telah bercuti balik kampung~bezanya dengan balik raya...kali ni balik 2 kampung...kampung sabah dan kampung semenanjung....

asalnya tak ada plan pun nak ke mana2...tapi sebab tengah cuti sekolah...bapa ajak ikut balik kampung di Bongawan...sebab 1st time...maka rasa agak pelik la kalau nak stay lama2 kat Bongawan...dah la nak cuti sampai seminggu...tu belum consider ketakpuashatian pihak2 berwajib bila bercuti panjang tapi tak balik rumah...maka tercetuslah idea percutian 2 kampung...maka untuk pertama kalinya...beli tiket flight sendiri...wooo...kredit to kekanda zul sebab tolong adinda yang tak reti nak beli tiket sendiri ;p

hari sabtu awal2 pagi dah pergi rumah bapa...siap masuk barang atas kereta dah dekat jam 8...maka jalan la...sebab gerak 2 kereta maka hilux bawa semua lelaki...tolak bapa sebab dia drive exora...selamat tiba di bongawan menjelang maghrib jam6...dah kat Bongawan baru terasa gap waktu solat KK dengan Sandakan...
laman depan tangga
rumah penginapan di Bongawan
sebab tak ada perancangan apa2...hari ahad tu asalnya nak tido semata...tapi macam tak seronok pula nak tido seharian...maka paginya pergilah ke tamu minggu di pekan Bongawan...sebab yang pergi semua lelaki kecuali mama wak...maka semua soalan mama wak pun dijawab dengan: ikut la...hadoi...parah bila yang pergi tamu tak tahu nak buat apa kat tamu~

lepas ke tamu berehat2 dirumah...lewat petang pergi melawat pantai kenangan...sebab para adinda mengajak nak pergi pantai seharian dari pagi~
asalnya sekadar nak tengok pantai...tapi tengah seronok celup kaki dalam air laut...boleh pula qisya terjatuh...dah qisya jatuh...iyan pula jatuh...hakim pun saja2 la terjatuh...akhirnya dengan abang dia sekali masuk laut...weee...mandi laut...nasib baik la ada bapa, yang drive hilux balik rumah...sebab tak plan nak mandi maka semua pun kena duduk belakang hilux dalam basah2...dah la hujan turun tiba2...mandi laut+hujan...memang sampai rumah basah kuyup...

hari isnin awal2 pagi semua bersiap nak ke KK...sambil anta diri ni balik...sambil jalan KK...sebab nak elak jam...bapa hantar awal ke airport...molek juga la sebab time check in ada masalah sebab tak book seat masa beli tiket...nak jadi cerita sebab musim hujan...flight delay...hargh...nasib baik sempat bagitau ibu...time landing ibu baru sampai LCCT, kalau tunggu lama kesian juga la...

hari selasa...1st day di banting... aunty ajak dinner sekali...sebab ibu busy pergi la sorang...masa tu memang super annoyed dengan keadaan jam di KL...sedangkan jam KK yang secoet pun dah runsing ini kan yang KL berkali ganda dari KK...huargh!!!

tapi sebab dapat jumpa aunty dengan mek su~ berbaloi la meredah jam dan sesat di tengah KL...
hari rabu drive ibu ke UIA...rasa macam dah berkurun tak jadi driver walhal hari2 pun drive sendiri. malamnya ambil adinda ceconet (ain nazirah) dari asrama...tak paham betul perundangan sekolah ni...habis SPM petang...malam mesti dah balik rumah...kot rumah macam kitorang okay lagi setakat 30 minit...kot rumah kau kat lahad datu/sipitang...tak ke satu hal nak fly balik KK pastu ambil transit flight/bus ke rumah...kot rumah kat grik sana...dah ke 1 hal nak drive ke Banting awal2 pagi pastu nak drive balik ke sana lewat malam...nak duduk hotel dah 1 hal lain lagi...

hari khamis...pergi melawat adinda yang tak dapat balik sebab banyak kelas (siti nadirah)...lepas tu pergi makan malam dengan atam dan su~ yang kali ni dengan hujannya lagi...memang rasa nak gigit stereng time drive tengah2 KL nak ke sogo...

pagi jumaat...bersiap2 untuk balik bongawan semula...sampai di KK semula dah hampir jam 330...burn zuhur...dah la jumaat...haish...last2 jamak masa dalam perjalanan ke Bongawan...sampai di Bongawan sudah maghrib...

hari sabtu keluar beramai2 ke Sipitang~sebab nak cari durian...ada la dalam 2 jam perjalanan pergi Sipitang. tengok2 durian...terjumpa bambangan...tapi tak beli pun bambangan~ beli durian je...siap beli durian pergi makan sate sebelum balik ke Bongawan...
bambangan
Sipitang~

sudahnya hari tu...sampai ke malam menelan durian...memang haru la seharian makan durian...

hari ahad bangun awal untuk balik sandakan~ T_T habis sudah seminggu cuti~

P.S: belajar perkataan baru, limpang = baring
ini cerita bulan lalu~ ;p

end of life...as a prp

floating ; not settled in definitive place: not secure in place : unattached : inclined to be move or be moved about...............

sejak penghantaran segala borang pendaftaran penuh, borang petempatan dan 9 "logbook" untuk segala aktiviti setahun sebagai 'PRP'...

yang bestnya minggu akhir sebagai 'PRP' telah melarikan diri dengan bercuti di kampung...best sungguh...asalnya malas nak pergi ke mana2...tapi bila bapa ajak balik kampung...terus terasa nak balik kampung...makanya teruslah membeli tiket kapal terbang untuk balik Banting...tapi bukannya balik Banting terus...sebab balik kampung di sabah dulu...weeee....maka berkenalanlah dengan Bongawan~tapi tu akan diceritakan dalam entry yang lain.

kebiasaannya PRP akan float di stesen terakhir mereka semasa PRP...dan kebiasaannya diantara FKP ataupun MTAC...ataupun mana sahaja department yang kekurangan tenaga kerja..so sepatutnya...diri ni float di MTAC...tapi diri ni telah pun terapung di FKP selama hampir sebulan...sebab 1st week terapung di galenikal sebagai komputer tech untuk setup program menggunakan excel...tp sudahnya nda tau diguna atau nda...hehehe...

kebetulan pertengahan disember ada pertandingan KIK (tak silap maksudnya kumpulan inovative and kreatif)...yang melibatkan ahli2 di FS1...maka sebelah pagi kerja di FKP...petang di FS1...woyooo...pening woo masa tu....pagi hadap patient yang nak refill ubat...petang hadap patient dalam wad yang pelbagai keadaan...tapi Alhamdulillah...banyak yang dipelajari sepanjang minggu itu...tapi seminggu je...nasib baik juga la~

minggu akhir disember pun bercuti lagi...setahun tahan cuti...dah float memang kerjanya nak cuti semedang...hehehe...

sekarang kembali berkhidmat di FKP sehingga seruan petempatan sebagai FRP sampai...yang mungkin sekali akan tiba bulan ini...harapnya dapat tempat yang dihajati...tapi kalau kena transfer pun...terima je la...berkhidmat untuk orang juga...well, asal tak kena transfer balik okay je...

p.s; kalau kena muleh semenanjung mungkin akan buat rayuan untuk stay.....waaa....belum nak balik...lain tahun la~ :p