Sunday, January 5, 2014

cuti2 disember~part2

cuti xmas jatuh hari rabu (25/12)...baje dengan cholihin datang KK hari rabu~
bapa ajak pergi kenduri hari sabtu (21/12)...hehe...mari bercuti seminggu lagi~mementang2 dah floating...asyik nak cuti je kerjanya~
tapi bila sampai hari rabu dapat berita kurang best...bapa cancel trip ke Kota Belud...heee...tapi sebab cuti dah approve, agak membazir la kalau nak biar je...maka tukar plan untuk round Sabah dengan ke Tawau dan kemudiannya ke KK lalu jalan Kalabakan...tapi bila sampai rumah petang jumaat...dapat SMS kata jadi pula~ huru hara jadinya bersiap2 ke KK malam tu~

jam8 malam bergerak ke KK...macam sebelum ni bawa Hakim dengan Iyan, kali ni tambah sepupu mereka Apip...dah la balik kerja terus berkejar siap barang...tak rehat tak apa terus jalan...sampai KK jam2 dah separa sedar je jadinya...

bangun pagi sabtu bersiap untuk ke KB...rumah kenduri masuk ke dalam Kampung Tamau...jauh juga la...nasib baik la bawa hilux, walaupun jalan ok, ada juga la part yg kureng skit...
 
 
selesai melangut tak reti nak buat apa...kembali ke KK semula dan kemudiannya ke Bongawan...sampai Bongawan dah lewat isyak sebab ada baik jalan sebelum nak sampai ke simpang Keningau/Bongawan...sebab seharian dah drive maka bila sampai rumah dah ingat nak tidur je...tapi kemudiannya teringat Muhaimin baru lapor diri di Tenom, maka terus buka request ke Tenom untuk esok sebab isnin Muhaimin kerja~

bangun pagi terus siap2, pergi sekali dengan Hakim dan Apip...Iyan berjaya ditinggalkan...yeah~
Bongawan dengan Tenom ada dalam 2jam lebih perjalanan...jalan dia cantik je, cuma bukit yang curam...memang berhabis tekan minyak masa nak sampai ke Keningau...sampai di Tenom terus cari Muhaimin yang tinggal sementara dengan Pirun~ kemudiannya kami ke Taman Pertanian Tenom.
 
kawasan dia tak adalah besar sangat...tapi penat juga la nak menapak...sebab bukan musim buah, jadi tak dapatlah nak merasa buah2 yang ada...

lepas makan tengahari melepak sekejap sebelum bergerak balik bongawan...kebetulan sampai rumah hujan lebat sampai ke pagi...sebab dah penat, malam tu memang pengsan sampai ke pagi~
 
pemandangan dari puncak laluan kimanis menuju keningau
hari isnin dengan blur2 pergi hantar kereta cuti sebab dah mula bertukar warna...walaupun tak adalah sampai jadi warna teh ais, tapi sebab dah merata jalan...baik la cuci dulu sebelum nak berjalan lagi~

sampai rumah, bapa dah siap nak ke KK...maka pergilah ke KK skali dengan Cik Nuar dan Babu Melly...sampai KK...sesak...semua sibuk shopping nak xmas dengan buka sekolah...memang gigit stereng la masa tu...balik pula malam, sampai rumah hampir jam9...nyaris lelap atas sofa, nasib baik la Hakim sanggup seret masuk bilik...

selasa pagi bangun dah rasa tak lalu nak bergerak dah...macam nak demam pun ada...dah terlelap atas sofa ,tetiba Hakim cakap nak jalan...sebab jarang2 bercuti...maka kuatkan la diri nak berjalan...asalnya nak ikut bapa je, tapi sebab arahan tak lengkap...kami terlepas ke Pantai Sawangan, Kuala Penyu...
masa nak sampai semula ke Bongawan dapat sms dari bapa suruh ke KK. kitorang pun pergilah ke KK lagi, kali ni ke rumah Babu Dayang di Tuaran. Lepas asar semua pun bergerak ke Gayang untuk makan malam...

malam tu kami sampai dah jam10...dan malam tu Hakim pula yang kena seret masuk bilik, sebab sebelum Papar lagi dia dah tak sedarkan diri. hari tu memang semua pun tidur dengan aman sampai ke pagi sebab kepenatan~

pagi rabu yang mana patutnya semua balik Sandakan, tolak abang sorang ni sebab nak ke KK untuk bercuti dengan Baje dan Shol...semua pun bangun lambat. gaya macam tak ada nak balik Sandakan pun ada. last2 semua pun keluar rumah hampir jam10. baje dan Shol sampai KK tepat jam230, nasib baik la masa tu terlelap di masjid negeri, kalau kat Bongawan mau diorang kena bertapa sejam kat KKIA-T2. lepas ambik terus ke hotel dulu...lepas maghrib baru keluar semula untuk makan di Restoran Kampung Nelayan...ikan kat situ memang hidup berenang-renang, tapi harga...boleh jatuh bankrupt~ nasib baik la orang belanja...Thank You Baje~

hari khamis pagi2 dah siap nak ke pulau...sebab tu je yang diorang plan. maka jam9 dah sampai ke jeti untuk ke Manukan dengan Sapi. sebab malas nak berbasah. maka melepak je la kat tepi pantai menjaga barang sambil tengok orang lain berendam.
Pantai Manukan
Pulau Manukan
Pantai Pulau Sapi
balik dari pulau, kami kemudiannya bersiap ke Kundasang. sebab shol nak tengok puncak Kinabalu, tapi sebab hujan...nampak kabus/awan je la~sebab esoknya merancang nak ke kampung luanti, maka tukar plan dari bermalam di Kundasang menjadi bermalam di Ranau.

maka di pagi jumaat kami ke kampung luanti untuk ke tagal Sg.Moroli~ 
kami kemudiannya ke ladang teh sabah...laluan masuk di sebelah je kepada sungai tagal, tapi kena meredah 1km laluan off-road.
 kat sabah tea tak ada buat apa pun...setakat beli teh sabah yang belum dapat nak jumpa kat shoppingmall. sebab agak awal, kami singgah ke dairy farm. sebab nak hujan, atas tu memang berkabus tebal. kami kemudian turun semula ke Kundasang untuk solat jumaat sebelum balik semula ke KK.
hari sabtu sebelum balik semua pun shopping dulu di pasar filipina. siap shopping baru hantar mereka ke KKIA-T2 untuk flight balik. jam11 dah bergerak balik ke Sandakan...tapi sebab hujan/kabus sepanjang Kundasang-Ranau, maka bawa la kereta dengan penuh sopan santun. tu pun sampai simpang Sapi Nangoh je. Nak sampai ke simpang Beluran memang Speeding tahap tak ingat la...semua gara2 nak buang mengantuk. hehehe. mohon ampun kepada pihak bersabit sebab speeding tak ingat dunia.

hari ahad sekadar duduk rumah berehat sebab dah penat sangat seminggu berjalan terhenti...

p.s...habis suda cerita 2013 ;D

No comments:

Post a Comment