Thursday, February 21, 2013

jiranku~

disatu petang yang damai, saat tengah golek2 nak tido...sayup2 dengar orang bagi salam. jenguk keluar, tak ada. tak lama lepas tu dengar lagi orang bagi salam, keluar ke balkoni, rupanya makcik banggunan sebelah. jemput datang rumah lepas isyak untuk tahlil arwah. sebab dia jemput, pergilah...

maka selepas solat isyak, dlm 745 bergeraklah ke rumah jiranku. banggunan sebelah je pun, lot6. turun naik tangga, sampai la kerumahnya. tengok2 tak ada yang sampai lagi. terawal la pula. sambil tunggu orang lain, kenal2 dengan cik zul. adik cik zul kerja hospital juga, bahagian pengurusan. ada la nampak juga masa lapor diri aritu. rupanya dia selalu pergi Bangi, kerja dengan bank. selalu juga dia pergi alamanda katanya. siap pesan, kalau nak buat personal loan, inform je dia. nanti dia boleh tolong adjustkan.

lama, dalam pukul 830 orang2 masjid tiba. rupanya dari masjid daerah yang dekat sim-sim tu ha. padan la lama.  rumah yang mana pun diorang tak sure rupanya. dlm pukul 9 baru la imam tiba, rupanya ambik isteri kat hospital dulu. isterinya.....nurse, padan la pun.

kat sini sempoi je. tetammu datang terus hidang air, kuih. makan2 borak2 dulu. pastu baru start tahlil. habis tahlil, makan. pastu lepak2 lagi. tengok jam dah pukul 10 tapi semua selamba je. at last dlm 1030 baru la beransur...

sini segalanya sempoi dan relax je.  tak ada lah nak grand2.

masa nak ambik makan tu adalah pula anak gadis dia. bahaya pandang lama2. ;p
padan la cik zul cakap ramai orang semenanjung kawin orang sabah lepas tu tak balik dah selain raya.
apapun, tujuan datang kenduri untuk kenal jiran terlaksana. atleast kenal la juga yang tinggal sebelah sana tu ha. :)



Saturday, February 16, 2013

untuk dihuraikan oleh mereka yang lebih memahami~

apabila diberikan pada kamu satu amanah, hendaklah kamu memenuhinya. kerna setiap yang kamu tanggung itu, akan kamu jawab. setiap yang datang pada kamu itu, tidaklah melebihi apa yang mampu kamu pikul.

setiap tindakan kamu itu tidaklah hanya pada kamu, tetapi sebaliknya merangkumi setiap dari insan disekeliling kamu. setiap yang kamu lakukan akan terkesan pada kamu dan yang sekeliling kamu, kerna hidup satu insan itu terikat dengan insan lain dikelilingnya. 'human lives are far more intertwined than we all realized '. setiap insan yang datang dalam hidup kamu itu tidaklah untuk sia-sia. setiapnya membentuk diri kamu, secara langsung dan tidak.

untuk setiap yang kamu lakukan, tidaklah semuanya datang secara langsung. sebahagiannya datang kemudiannya. setiap kerja yang kamu lakukan, ada hasilnya. jika ia tidak datang sekarang, kemudian. 'every action have a reaction'.

tidaklah salah untuk mengharap pada sesuatu, tapi apa yang ada itu sudah harapan kita. untuk syukur pada apa yang sudah ada itu kadang kala lebih baik daripada redha harapan yang tidak kesampaian. kerna tidaklah mudah untuk individu mensyukuri satu-satu nikmat sehingga ianya ditarik darinya.

tidaklah seorang itu melihat lebih jauh dari dirinya, sehingga dia mengalami kesulitan. kesulitan mengajar insan susah, payah, duka. bila seorang itu mengalami kesulitan, dia mencari jalan keluar. disaat itu dia akan kembali kepada tuhan. disaat itu, dia akan merenung kembali asal kejadian. dan saat itu dia akan dapat melihat apa yang sebelum ini dia tidak dapat lihat. bila seorang itu melihat satu yang dia tidak melihat sebelum ini, dia akan dapat faham (comprehend), apa yang dia tidak faham sebelum ini.

kebahagiaan hidup itu tidaklah pada harta yang dimiliki, mahupun pada pangkat yang dipegang. kebahagiaan seorang itu adalah pada orang itu sendiri. mungkin sekali orang itu hanya cukup makan, hanya kerja tukang sapu, tapi dia hidup tenang dengan keluarganya. itu kebahagiaan untuknya. mungkin sekali orang itu makan mewah, kerja pegawai, tapi hidupnya dikelilingi tekanan kerja. mungkin sekali dia mengeluh untuk setiap yang dia hadapi, maka dia tidaklah lebih bahagia dari orang tadi. tidaklah setiap insan itu bebas dari ujian, bezanya adalah antara mereka ikhlas menghadapi setiap yang datang, ataupun mengeluh pada setiap yang datang.

tidaklah diri ini sempurna,
kadangkala mengeluh pada ujian,
kadangkala berdukacita pada perkara yang tidak tercapai,
kadangkala tergelincir bila diuji,
maka perlulah akan peringatan agar kembali kepada yang satu,
maka perlunya insan untuk mengingatkan diri.

Sunday, February 3, 2013

kota kinabalu~

petang jumaat, habis kerja biasanya rehat2, fikir nak masak apa malam, fikir esok nak tido 1 hari~
tapi, pada minggu ini, kami ke kota kinabalu. bang jib, faiz, ashraf, a.jo, maka 5 dalam 1 kereta.

balik kerja sampai rumah jam 530, gerak ke KK jam 630. berhenti di bandar checkpoint jam 730 untuk solat jamak.

sampai kat beluran, abu (prp HDOK yang kini di hosp. Beluran) join in. so split, 3-3. sampai kat KK masa tu dah dekat 2 pagi. check-in hotel dan semua collapse~

bangun pagi2,, bersiap untuk sarapan bersama ladies (kawan2 ashraf di KK). habis sarapan, kami ke karamunsing sebab a.jo nak cari laptop. kebetulan juga kak sarah minta belikan external harddisk. agak terkejut bila tengok harga 500gb hanya rm185, 1tb rm275. siap membeli barangan, kami bergerak 1 borneo.

kat 1 borneo ada Star Archery. tapi sebab dah tengahhari, kami solat dan makan dulu. best gak archery, tapi sebab 1st timer, tangan kiri hampir kejang nak hold bow. lepas archery, jalan2, rupanya ada sale. tapi hanya tengok2 je, sebab seperti kebiasaan, semua saiz kecil dah habis, kalau ada pun tak menarik minat.

selesai solat jamak maghrib isyak, maka bergerak pulang ke sandakan. sampai rumah dah jam 2 pagi. masuk rumah, terus sambung tido...   ;p