Thursday, February 21, 2013

jiranku~

disatu petang yang damai, saat tengah golek2 nak tido...sayup2 dengar orang bagi salam. jenguk keluar, tak ada. tak lama lepas tu dengar lagi orang bagi salam, keluar ke balkoni, rupanya makcik banggunan sebelah. jemput datang rumah lepas isyak untuk tahlil arwah. sebab dia jemput, pergilah...

maka selepas solat isyak, dlm 745 bergeraklah ke rumah jiranku. banggunan sebelah je pun, lot6. turun naik tangga, sampai la kerumahnya. tengok2 tak ada yang sampai lagi. terawal la pula. sambil tunggu orang lain, kenal2 dengan cik zul. adik cik zul kerja hospital juga, bahagian pengurusan. ada la nampak juga masa lapor diri aritu. rupanya dia selalu pergi Bangi, kerja dengan bank. selalu juga dia pergi alamanda katanya. siap pesan, kalau nak buat personal loan, inform je dia. nanti dia boleh tolong adjustkan.

lama, dalam pukul 830 orang2 masjid tiba. rupanya dari masjid daerah yang dekat sim-sim tu ha. padan la lama.  rumah yang mana pun diorang tak sure rupanya. dlm pukul 9 baru la imam tiba, rupanya ambik isteri kat hospital dulu. isterinya.....nurse, padan la pun.

kat sini sempoi je. tetammu datang terus hidang air, kuih. makan2 borak2 dulu. pastu baru start tahlil. habis tahlil, makan. pastu lepak2 lagi. tengok jam dah pukul 10 tapi semua selamba je. at last dlm 1030 baru la beransur...

sini segalanya sempoi dan relax je.  tak ada lah nak grand2.

masa nak ambik makan tu adalah pula anak gadis dia. bahaya pandang lama2. ;p
padan la cik zul cakap ramai orang semenanjung kawin orang sabah lepas tu tak balik dah selain raya.
apapun, tujuan datang kenduri untuk kenal jiran terlaksana. atleast kenal la juga yang tinggal sebelah sana tu ha. :)



No comments:

Post a Comment