kita selalu dengar orang minta, walhal mereka tak tahu kenapa mereka minta.
kita selalu dengar orang nak, walhal mereka tidak tahu untuk apa perkara yang mereka nak.
kita selalu dengar orang mengeluh dengan kerja, walhal itu memang tanggungjawab mereka untuk dipenuhi.
kita selalu dengar orang mengeluh bila mereka tak ada apa yang mereka nak.
kita selalu dengar orang mengata kekurangan atas satu2 perkara.
saya selalu dengar : 'tak sabarnya nak kerja', 'rindunya zaman study', 'cepatlah, nak holiday', 'lambatnya gaji, nak shopping', 'alamak gaji dah habis', 'banyaknyalah kerja, penatlah macam ni'...ini antara yang sering diutarakan.
ada pelbagai benda, perkara didunia ini yang berlaku, tapi orang selalu hanya bicara apa yang pada mereka penting. 'macam mana la ManU menang semalam', 'bestnya boleh holiday kat oversea'...
kenapa ini berlaku? sebab kita manusia. manusia punya hati, punya nafsu, punya akal. dengan itu, mereka sering mengharapkan untuk sesuatu.
tak salah mengharapkan pada sesuatu, tapi bak kata seorang ilmuan, "apa yang ada ini sudah harapan kita. bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada."
seorang ilmuan mengajar saya, jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang tak pasti. gunakan apa yang kamu ada sebaiknya. akal itu diberi untuk kamu berfikir. maka berfikirlah, gunakan sebaiknya apa yang kamu telah ada. kalau kamu cuma ada 2 helai baju, pakailah satu, basuhlah satu. kalau kamu ada 2 ringgit, gunalah seringgit, simpan seringgit. kalau kamu hanya ada duit belanja seringgit sehari, ingatlah, ada orang yang tidak makan satu hari. andai kamu sakit kaki, ada orang yang tiada kaki. andai kamu kesempitan wang, ada orang yang langusng tidak berwang.
orang selalu tengok apa yang orang lain lebih dari dia. dengan ini, mereka akan selalu mengharap kepada perkara2 tersebut. andai mereka melihat apa yang mereka ada lebih dari orang lain, MUNGKIN, mereka akan lebih mensyukuri apa yang mereka ada.
orang selalu memikirkan apa yang mereka hilang, hingga mereka lupa apa yang mereka masih ada. seorang yang kematian ahli keluarga akan memikirkan si mati; apa yang mungkin dia lakukan, betapa baiknya andai dia masih ada, apa yang telah dilakukan olehnya. mereka mengetepikan apa yang masih ada. yang masih hidup. mereka sering memegang pada kenangan, mereka sering mengetepikan realiti. HAKIKATNYA; si mati kini menanti hari kebangkitan, kita yang hidup ini menuju kematian yang kemudiannya akan dibangkitkan. oleh yang demikian, sepatutnya, kita memenuhkan saat kehidupan ini dengan perkara yang memberi manfaat kepada kita, yang mana mungkin juga memberi manfaat kepada si mati.
orang selalu tengok apa yang tak ada. 'sini tak ada mall', 'sini tak ada wayang', 'sini tak ada gardenia'...mereka terlepas apa yang ada disini. 'sini ada laut yang biru, ikan yang segar', 'sini punya kedai makan yang pelbagai'. ada kalanya, apa yang tidak ada itu, lebih baik dari ada. sini tak banyak kedai makan fastfood, tapi punya restoran yang pelbagai. sini punya pasar yang bersih dan kemas.
saya bukanlah seorang ilmuan. saya bukanlah seorang yang berfikir. saya hanyalah seorang yang memerhati. saya hanyalah seorang yang mendengar.
seorang itu akan lebih sabar, sekiranya dia sedar bahawa dia sendiri tidak punya apa.
seorang itu akan lebih syukur, sekiranya dia sedar bahawa ada yang lebih kurang dari dia.
seorang itu akan lebih bahagia, sekiranya dia kongsi apa yang dilebih dengan orang yang kurang.
seorang itu akan lebih tenang, sekiranya dia sedar bahawa dia akhirnya akan pulang pada ilahi.
saya masih belajar. saya masih kurang ilmu. saya masih kurang.
maka tambahlah apa yang ada rasa perlu. agak saya dapat tambah apa yang kurang, dapat isi apa yang kosong.
