bila dah dapat gaji ni semua sibuk buat wishlist benda2 nak beli. beg, baju, kereta, handphone, jam, belanja orang serata alam. macam2 la. macam orang lain, diri ni pun ada juga perkara dihajati untuk dibeli. tapi rasanya wishlist ni extreme kalau compare dengan orang lain. rasanya kalau nak minta sponsor pun orang tak nak tolong.
1. hilux
2. via ferrata~
3. smartphone
4. jam
2 yang first rasanya hanya akan tercapai dalam masa 1/2 tahun (kot cukup duit). yang 2 last tu normal je.
tapi perlu diingat, dengan gaji yang diberi itu, kerja yang dilaksanakan perlulah setimpal. gaji itu diberi sebanyak itu, kerana kerja yang perlu dilaksanakan setimpal dengannya. kalau tengok rata2 bila dapat first gaji: "tak rugi belajar penat2 dulu.". kalau tengok sekarang ramai sambung belajar bukan sebab nak belajar, tapi sebab nak kejar pangkat dengan gaji. maka terhasillah ramai pegawai jawatan tinggi yang tak tahu apa~ sebabnya masa sambung belajar tu bukannya study pun, assignment semua jual ke orang. tak ada hasil sambung belajar. jawatan yang diberi itu, sepatutnya disandang dengan sebaiknya. terutama yang melibatkan pengurusan orang2 bawahan. mereka2 itu bukanlah hamba abdi yang tak ada hak. mereka punya hati dan perasaan, punya hak. maka uruslah mereka sebaiknya. sekarang ni walaupun baru lagi mula, tapi situasi banyak mengajar cara berurusan dengan pelbagai lapis orang. ALHAMDULILLAH, diharap ini mengajar diri untuk tidak melakukan ketidakadilan dimasa mendatang~
selain itu kena la beringat juga untuk menyimpan bagi masa mendatang. tak perlu nak extreme sangat dalam menyimpan. yang penting ada sebahagian yang disimpan untuk kecemasan. you never know when it will rain cat and dog.
gaji itu memang la dibayar untuk kerja yang dilaksanakan. tapi jangan lupa kepada orang yang berhak kepada sebahagian darinya. zakat, sedekah kalau rasa perlu, cukup, keluarkanlah sebahagian gaji itu ke arah itu.
ini pesanan untuk diri sendiri~ juga kepada sesiapa yang sudi membaca~
No comments:
Post a Comment