Sunday, April 28, 2013

untuk dihurai oleh mereka yang lebih memahami~part 4

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi, Memberi makan pada hari pertama adalah wajib [wajib diadakan dan wajib dihadiri], menberi makan pada hari kedua adalah sunnah [suatu yang tidak ditegah,dan hukum menghadirinya adalah sunnah], dan memberi makan pada hari ketiga adalah sum'ah [riya serta menunjuk-nunjuk].

Saidina Umar r.a " Anda tidak akan kenal sahabat anda selagi anda tidak bermusafir bersama, makan bersama, tidur bersama".

Tidak dinamakan insan melainkan karena sifat lupanya, dan dinamakan hati qalbu karena ia berubah-ubah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan Taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan)* di antara kamu. kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikianitu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." 4:59

*selama pemegang kekuasaan berpegang kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul.

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah" 33:21

P.S: entry sempena menghadiri kursus kahwin

Thursday, April 25, 2013

3 bersubahat~intro

kenapa 3 bersubahat? sebab tak ada idea nak bagi nama apa...
3 bersubahat adalah:
Jo 
Anox
Bro (me)

triplet combo ni rasanya official masa study week sem 5. during the horrifying pharmacognosy era~
sebelum2 tu dia swap tagteam je, jo-anox, jo-me, anox-me. tagteam Jo-Anox memang famous sejak dorang diploma, so the addition of me to the pair just bring out more color (kot). tu pun masa sem 3 baru start nak tagteam. semua sebab statistic...the one thing Jo afraid more than chemistry and probably DDS. masa sem 3 banyak tagteam dengan Jo untuk statistic, tagteam dengan anox untuk lab report and presentation. and during this time i found out that the two maybe not the most functional people in lectures and note taking, but when it come to getting the job done, the are reliable enough. sebab masa 2nd year duduk kolej dengan geng U12, makanya kurang sikit berinteraksi dengan mereka2 yang lain. tapi biasa je berhijrah ke rumah mereka sekalian... dan hasil kerja boleh tahan ganas juga la. reference attach semua nak gempak, CPG, journal. masa tu agak mengagumkan la sebab tak reti lagi nak refer benda2 tu. tapi dah final sem biasa je. ;p

sem 4 masih banyak tagteam je, tapi mula gak la triplet combo. Analytical chem is much more scary than what i predicted. especially now after i forget about it.

masuk 3rd year 8 bersaudara keluar menjadi Non-resident kolej and menjadi Resident 12,Azzaharah 10/6. dah duduk luar mula la malas nak masuk ke fakulti yang jauh nun... tapi disebabkan diri ni lemah bila study kat rumah, duk asyik nak tido semedang, makanya pergi juga la ke fakulti time study week untuk membaca. asalnya sorang, kemudian tagteam dengan jo, dan kemudiannya sampai kepenghujung triplet. with the additional members from other team from time to time. walaupun tujuan hati untuk study. it never stop us from doing others things like downloading, watching movie, when to jeram for dinner and many more. Ngehehe.

Asalanya pergi study dekat fakulti masa tu sebab, bila study kat rumah tu asyik nak tido je bila time tengahari dengan petang. couch can be very confortable especially when there are notes in your hand. so alternative terbaik adalah meneruskan tradisi sejak sem2, iaitu study di fakulti. bila sorang okay je study kat RGV tu. kot datang hulubalang yang lain...tu kena buat adjustment skit la.

than Jo start join in sebab nak study DDS kot ke nogsy entah. than, Anox pun join in sekali.


masa sem 7 punya study week, banyak juga la selewengnya. ngehehe. masa tu sebelum pergi fakulti sarapana dulu. tengahari makan lagi, kadang tu siap keluar pergi beli McD (ni masa zaman tak dapat pencerahan lagi dan itu adalah benda paling senang nak capai). lepas asar balik rumah rehat2, maghrib masuk lagi sambung study sampai lewat.

pernah gak la kena sergah dengan pak guard. ;p

sekarang kurang sikit la nak seleweng bersama2 sebab 2 kat seberang laut. lagipun sorang tu dah jadi bapa orang...

p.s: ni la akibat ketandusan idea nak menulis.

Wednesday, April 17, 2013

untuk dihuraikan oleh mereka yang lebih memahami~ part 3

maka ingatlah kepada Ku, aku pun akan ingat kepadamu.* bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamuingkar kepada Ku. 2:152

*Aku limpahkan rahmat dan ampunan kepadamu.

wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. 2:153

dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. 2:186


Friday, April 12, 2013

end of DIS, start of FKP (round2), mengundi~

alhamdulillah, selesai sudah 3 station; TDM, galenikal, DIS. tapi baru 2 logbook lengkap. habis research baru boleh sign logbook DIS. harapnya boleh capai target selesai research by raya. =p

DIS not bad la. banyak juga buat query (tapi tak rekod, padan muka sendiri la logbook kosong). last week di DIS lebih banyak rescue FKP dari duduk bilik DIS. alhamdulillah assignment DIS semua sudah selesai. ada sikit je lagi nak handle. article pun dah start just nak editting.

so minggu depan akan start FKP round 2. and it started with supernight shift (SSN). ngahaha... syoknya dapat supernight 4 malam terus, thanks to loges sebab tukar shift. wehoo... harapnya baki 2 minggu di FKP dah tak ada super night dah. tapi impossible la mr.jo (quah jo lee) tak bagi SSN. tapi apa pun hopefully jadual bagi 2 minggu nanti dapat weeekend free, weekend last FKP nak berehat sebelum ke satelit 2...

orang ramai bising sudah nak balik mengundi 5 mei, tapi diri ni macam tak ada rasa nak balik. dah kalau semua balik sapa nak kerja. hospital bukannya tutup pun. nak mengundi pos pula tak layak. sungguh pun mengundi itu satu tanggungjawab dimana kita memilih pemimpin, tapi tugas itu pun satu tanggungjawab. jadi disini persoalannya yang mana perlu lebih diperutamakan (ayat baku sungguh)? harga tiket pula mahal dah (budget lari la gamaknya)... tu ramai pula yang nak balik mengundi (short staf la gamaknya)... nak balik semata untuk mengundi je rasa amatla tak patut (dah la susah nak balik, balik setakat 1hari memang mohon sepakan ain nazirah la gamaknya)...

seperti kebiasaan, dah tak tau nak buat kata putus...maka bersidang dengan rescue sekalian...ada yang suggest tak payah balik sebab tugas di hospital lebih penting...ada yang suruh balik mengundi memandangkan ini kali pertama...tak kurang juga dengan yang tak pasti nak respond macam mana...bila rescue pun tak membantu...tawakal je la dengan pilihan asal, bertugas disini saja pada hari mengundi nanti.

p.s...berpegang pada 3:159

Monday, April 8, 2013

tawai~

air terjun tawai terletak di hutan simpan tawai yang terletak berhampiran dengan telupid...



story begin bila faiz ajak pergi tawai awal minggu lepas... fikir2... tak lama pun sebenarnya fikir, 30 saat dah ada jawapan dah... JOM~

so dipagi ahad yang hening faiz datang ambik sekali dengan ashraf yang kemamaian (bahana night shift) dan abu. gather rumah fauzi, ada tambahan en.syauki (tak sure ejaan nama dia). memandangkan tak cukup space, gather pula dengan irwinder, loges dan jason di hameed~ habis breakfast transfer masuk ke kereta irwinder...masa tu dekat jam9 suda...

drive to telupid...dalam jam11 baru tiba di tempat yang dituju...entrance to hutan simpan tawai...sekali dengan Dr.izma, mel dan nazan (tak sure nama sorang2). adalah sekali sesat juga sebelum sampai tu. dari entrance berjalan masuk dalam 3jam. nak pengsan rasa pun ada. dah la tak bawa air ke apa. harap belas ehsan para kekanda sekalian je. ngehehe, agak keji gak la aku sebagai adik.





bila sampai air terjun...dah tak fikir apa dah. menung je tengok atas bawah. kebetulan matahari cerah, ada la nampak pelangi. solat sekejap dan kemudian masing2 pun masuk air...sejuk, nyaman je dalam air. tapi bila keluar dari air getar macam telefon vibrate. ;p



dari kanan: ashraf, faiz, fauzi, dr.izma
rehat bersama fauzi~

siap mandi tracking keluar semula. kalau masa masuk tunggu yang ketinggalan untuk sampai sekali ramai2, tapi keluar tidak. lambat tinggal. sungguh la tak tahu berapa jauh tinggalkan orang yang belakang tu. tau2 sampai dah kereta sekali dengan fauzi dan abu. pecut tak ingat punya. gara2 nak tukar baju cepat. sekali faiz yang pegang kunci kereta pula ketinggalan. tak ada function sungguh la~ at last faiz sampai lepas dalam 5 minit sekali dengan ashraf. masing2 pun tukar baju secepatnya. (malu kot nak tukar baju depan ladies~)

dalam 30 minit lepas tu semua pun sampai. ambik gambar sikit, dan kemudian pulang la ke sandakan...

the whole trip members~

on the way ke sandakan... sebelum simpang beluran...

tayar irwinder bocor langgar lubang. tukar tayar spare...tak ada angin...maka...call the calvary...fauzi and geng yang dah terlepas ke ulu dusun pun datang la balik untuk rescue... =D

sampai rumah dah dekat pukul12...tak boleh nak fikir apa...waalaikumsalam...tido le kita~

Saturday, April 6, 2013

bond of life~

wuhuu...Fahmi in Sandakan~
ni bukan angah, fahmi musa... tapi yang datang melawat kawasan adalah muhamad fahmi, senior uitm batch bang jib. PRP di HDOK sebelum berpindah ke KK Shah Alam. setahun juga la dah dia tinggalkan sandakan...
still, connection dengan orang2 disini masih lagi kekal.
bapak (abang kimi naik takhta jadi bapak, sapa suruh gatal pekena orang tak tentu masa, langsung dapat anak baru) hari jumaat dah excited ajak faiz dengan faizal main futsal sebab tau fahmi nak datang.
tengah hari, tengah sedap merehatkan mata...ashraf call ajak makan...turun, tengok kiri-kanan...tak nampak kereta sesapa...sekali semua naik inspira fahmi yang dia nak jual kat KK. luas juga rupanya inspira dia, boleh 4 orang kat belakang (walaupun semua yang belakang tu kecil, tapi susah kot nak jumpa yang muat 4 sekarang ni).


makan tengahhari di kedai tomyam depan harbor mall...memandangkan situ je yang agak best di bandar, dah kedai lain semua tak explore lagi (lebih kepada malas/takut nak explore). habis makan pergi la masuk harbor mall (tak ada motif langsung)...sebab tak tau nak buat apa, keluar balik. ;p
lepas solat asar kat masjid daerah (di simsim).....jejejeng...hotel sabah...karok...hahaha, memang setakat teman masuk penuhkan ruang je la. ;p
sebab masing2 tak tau nak pilih lagu...pakai ikut dan je la apa yang menarik depan mata masa tu. antara yang terpilih: hambamu; mawi, akhil hayy, imam muda.


habis karok, pergi masjid untuk solat maghrib pula...kemudian rehat seketika di rumah para kekanda. antara sebabnya adalah ashraf kerja super night shift.
fahmi sampai sudah ajak main futsal...nak marking bola memang impossible la. kalau setakat nak marking orang tu tak ada hal. (^_^)*angkat kening double jerk. siap call semua2 termasuklah bapak. last2 dapat kumpul orang nak main. sebelum pergi main, makan dulu...bukan pergi makan pun, setakat minum air je kat hameed batu7 tu.
sebab dah agak lewat untuk main futsal, bang jib antarkan balik rumah.

bukan nak cerita sangat pasal daily activity pun kat sini...it more on the fact that bond forge last a long time even when people are separated by space. fahmi tinggal sandakan lama juga kot, tapi bila dia datang, disambut meriah.
abu pun, dah pindah beluran, bila datang HDOK, masih macam dia kerja situ lagi.
semua pun masih mesra, bahagia. menunjukkan hubungan yang ada tu dihargai.

p.s...rindu ibu, adik2 dan 8bersaudara dikala hujan malam di Sandakan...