Friday, April 12, 2013

end of DIS, start of FKP (round2), mengundi~

alhamdulillah, selesai sudah 3 station; TDM, galenikal, DIS. tapi baru 2 logbook lengkap. habis research baru boleh sign logbook DIS. harapnya boleh capai target selesai research by raya. =p

DIS not bad la. banyak juga buat query (tapi tak rekod, padan muka sendiri la logbook kosong). last week di DIS lebih banyak rescue FKP dari duduk bilik DIS. alhamdulillah assignment DIS semua sudah selesai. ada sikit je lagi nak handle. article pun dah start just nak editting.

so minggu depan akan start FKP round 2. and it started with supernight shift (SSN). ngahaha... syoknya dapat supernight 4 malam terus, thanks to loges sebab tukar shift. wehoo... harapnya baki 2 minggu di FKP dah tak ada super night dah. tapi impossible la mr.jo (quah jo lee) tak bagi SSN. tapi apa pun hopefully jadual bagi 2 minggu nanti dapat weeekend free, weekend last FKP nak berehat sebelum ke satelit 2...

orang ramai bising sudah nak balik mengundi 5 mei, tapi diri ni macam tak ada rasa nak balik. dah kalau semua balik sapa nak kerja. hospital bukannya tutup pun. nak mengundi pos pula tak layak. sungguh pun mengundi itu satu tanggungjawab dimana kita memilih pemimpin, tapi tugas itu pun satu tanggungjawab. jadi disini persoalannya yang mana perlu lebih diperutamakan (ayat baku sungguh)? harga tiket pula mahal dah (budget lari la gamaknya)... tu ramai pula yang nak balik mengundi (short staf la gamaknya)... nak balik semata untuk mengundi je rasa amatla tak patut (dah la susah nak balik, balik setakat 1hari memang mohon sepakan ain nazirah la gamaknya)...

seperti kebiasaan, dah tak tau nak buat kata putus...maka bersidang dengan rescue sekalian...ada yang suggest tak payah balik sebab tugas di hospital lebih penting...ada yang suruh balik mengundi memandangkan ini kali pertama...tak kurang juga dengan yang tak pasti nak respond macam mana...bila rescue pun tak membantu...tawakal je la dengan pilihan asal, bertugas disini saja pada hari mengundi nanti.

p.s...berpegang pada 3:159

1 comment: