wuhuu...Fahmi in Sandakan~
ni bukan angah, fahmi musa... tapi yang datang melawat kawasan adalah muhamad fahmi, senior uitm batch bang jib. PRP di HDOK sebelum berpindah ke KK Shah Alam. setahun juga la dah dia tinggalkan sandakan...
still, connection dengan orang2 disini masih lagi kekal.
bapak (abang kimi naik takhta jadi bapak, sapa suruh gatal pekena orang tak tentu masa, langsung dapat anak baru) hari jumaat dah excited ajak faiz dengan faizal main futsal sebab tau fahmi nak datang.
tengah hari, tengah sedap merehatkan mata...ashraf call ajak makan...turun, tengok kiri-kanan...tak nampak kereta sesapa...sekali semua naik inspira fahmi yang dia nak jual kat KK. luas juga rupanya inspira dia, boleh 4 orang kat belakang (walaupun semua yang belakang tu kecil, tapi susah kot nak jumpa yang muat 4 sekarang ni).
makan tengahhari di kedai tomyam depan harbor mall...memandangkan situ je yang agak best di bandar, dah kedai lain semua tak explore lagi (lebih kepada malas/takut nak explore). habis makan pergi la masuk harbor mall (tak ada motif langsung)...sebab tak tau nak buat apa, keluar balik. ;p
lepas solat asar kat masjid daerah (di simsim).....jejejeng...hotel sabah...karok...hahaha, memang setakat teman masuk penuhkan ruang je la. ;p
sebab masing2 tak tau nak pilih lagu...pakai ikut dan je la apa yang menarik depan mata masa tu. antara yang terpilih: hambamu; mawi, akhil hayy, imam muda.
habis karok, pergi masjid untuk solat maghrib pula...kemudian rehat seketika di rumah para kekanda. antara sebabnya adalah ashraf kerja super night shift.
fahmi sampai sudah ajak main futsal...nak marking bola memang impossible la. kalau setakat nak marking orang tu tak ada hal. (^_^)*angkat kening double jerk. siap call semua2 termasuklah bapak. last2 dapat kumpul orang nak main. sebelum pergi main, makan dulu...bukan pergi makan pun, setakat minum air je kat hameed batu7 tu.
sebab dah agak lewat untuk main futsal, bang jib antarkan balik rumah.
bukan nak cerita sangat pasal daily activity pun kat sini...it more on the fact that bond forge last a long time even when people are separated by space. fahmi tinggal sandakan lama juga kot, tapi bila dia datang, disambut meriah.
abu pun, dah pindah beluran, bila datang HDOK, masih macam dia kerja situ lagi.
semua pun masih mesra, bahagia. menunjukkan hubungan yang ada tu dihargai.
p.s...rindu ibu, adik2 dan 8bersaudara dikala hujan malam di Sandakan...


No comments:
Post a Comment