selepas makan malam bersama di rumah bapa tadi...pulanglah penguatkuasa dari ibu pejabat semenanjung yang datang melawat sejak jumaat lalu...pegawai tersebut bernama ain nazirah binti rosli~ ;p
dipagi jumaat yang hening sebaik habisnya night shift ke-2 minggu lalu...tibalah seorang budak nakal bernama ain nazirah pada jam9 pagi...sebab baru habis nightshift, maka lepas ambik terus balik tidur sambil biarkan dia melayan movie yang tersedia dalam laptop...hahaha
dalam jam11 baru bangun dan bersiap untuk berjalan. destinasi pertama...kundasang. semua yang sampai pun pergi kundasang. ;p
sampai di kundasang sudah lewat asar...usai solat dimasjid kundasang, singgah makan di restoran intan dan tapau sikit untuk makan di hotel kemudiannya...sebab malas nak fikir, maka check in di fairview hotel yang dah beberapa kali menginap sebelum ni~
yang bestnya...sebaik check in bilik...hujan lebat...terus berselubung...siap solat isyak, terus pengsan tak sedarkan diri~ ;)
bangun pagi golek2...sebelum bersiap untuk berjalan...destinasi pertama untuk hari itu~ dairy farm
sebab masih awal pagi jadi tak ramai pelawat lagi...maka boleh la drive slow2 sambil menikmati view yang berkabus~
sebab lapar...maka breakfast di cafe dengan waffle, susu coklat (sebab natural habis) dan sosej~
kebetulan juga jumpa senior uitm (wak) bersama family~ sorry takde gambar...
| excited sangat dengan view~ |
rancangan asal nak ke ranau untuk cuba paragliding di kompleks sukan ranau...tapi ada kejohanan badminton...sebab dah sampai ranau...maka ubah rancangan untuk ke kota kinabalu sahaja melalui jalan ranau-tambunan dan jalan tambunan-penampang. sampai di KK pun hampir lewat petang, maka sekadar berjalan dalam kereta sahaja sebelum bermalam...
pagi ahad dimulakan dengan meneroka pasar filipine...itu pun sekadar mencuci mata sahaja...sebab dua orang yang pergi bukan jenis bershopping tak tentu hala.. ;p
sebab tak berapa nak merancang...maka telah sampailah kami ke...taman buaya tuaran...
exciting juga sebab selain buaya ada juga ikan2, rusa, kambing dan taman kupu-kupu/rama-rama.
seterusnya singgah makan lokan bakar dengan jeli kelapa...dah macam tak ada benda lain nak makan. ;p
dalam perjalanan balik, singgah pula ke rumah terbalik di tamparuli...berapa kali nak pergi asyik postpone je...
sampai semula di sandakan dah lewat...maka tundalah plan nak east meet west...
sebab tak sure dengan hotel2 di sandakan, ditambah dengan pertama kali adik sorang ni berjalan, maka checkin di kengsinton sebab tu je yang pernah duduk. nak hantar ke swiss in di bandar macam jauh pula~hehe
pagi isnin dimulakan dengan melawat sekitar sandakan. agnes keith house, tamu sandakan dan sekitar bandar. habis melawat bandar, melawat ke labuk bay~
mengikut kata ain...proboscis=pinochio
puas ambik gambar lotong dengan proboscis, melawat sun bear di sepilok pula~
menarik juga tengok sunbear yang diperkenalkan semula kepada hutan liar~ puas dengar penerangan oleh pegawai di sana...balik semula ke sandakan...sebab dah melawat war memorial kundasang, lengkapkanlah perjalanan dengan melawat sandakan memorial park~
selepas solat maghrib, singgah ke rumah bapa untuk makan malam sebelum ain naik kapal terbang...kejap je pun sebab takut terlepas flight...orang tak biasa naik flight, ditambah dengan perubahann jadual flight airasia...agak memecut juga la...siap kena complain melanggar bonggol dengan sengaja...amatla tak beretika. ;p
maka habislah lawatan singkat oleh penguatkuasa dari ibu pejabat semenanjung. sorry tak dapat nak berjalan sangat sebab sendiri tak tahu kemana nak ditujui~ beberapa tempat yang pergi kali ni pun sebenarnya kali pertama sampai. :)
p.s. akhirnya ada juga east meet west...maka kenallah adik seberang sana dengan seberang sini~ :) family besar...macam ni la...hehe
p.s.s. ain nazirah sila upload gambar badge yang telah siap dijahit~
