Sunday, December 30, 2012

le tour de kota marudu

minggu last di TDM, isnin dah start di farmasi satelit 1, bahagian pesakit dalam.

weekend ni patutnya prep case presentation, but instead pergi tripping ke kota marudu. maka dipagi sabtu yang agak hening, 4 orang teruna memulakan perjalanan mereka.

bang jib driver, ashraf co, belakang a.jo dengan saya. adat perjalanan, berhenti di pekan checkpoint untuk isi minyak sebelum bergerak ke kawasan seterusnya. sebab nak berjalan2, bang jib bawa lalu Ranau.

sebelum sampai ranau kitorang berhenti sekejap di Tagal, Sg. Moroli. kat sini ada fish spa. kitorang just beli tiket untuk bagi makan ikan je. ikan dia jinak, main dekat kaki. tangan sakit gak la kena cium dengan ikan time bagi makan. best je ikan2 dia.

Ranau di kawasan bukit berhampiran dengan gunung kinabalu. di ranau berhenti sekali lagi untuk isi minyak. sebabnya, selepas pekan checkpoint, boleh jumpa petronas/shell kat ranau sebelum sampai kota kinabalu.

selepas ranau, singgah di Kundasang sekejap. tengok2 sayur, sebab dah ada dapur, beli la sikit nak buat makan kat rumah. lepas siap beli barang sikit2, singgah masjid kundasang untuk solat jamak zuhur/asar. kemudiannya kami singgah makan pula. pekan kundasang kecil je, lagi kecil dari pekan sungai siput. suasana dia sejuk, kalah cameron.

dari kundasang boleh nampak puncak kinabalu, tapi sebab berawan tak nampak la puncak. on the way bang jib tunjuk la tempat nak daki gunung kinabalu. masa lalu kawasan bukit ni siap lalu kawasan berawan. putih je keliling.

seterusnya melintas kota belud. drive punya drive, sampai kat persimpangan tetiba bang jib stop. rupanya dia dah tak sure jalan. haru je. nasib baik ada kereta lalu, so kitorang pun tanya jalan ke kota marudu. lucky, jalan kitorang tu dah betul. Alhamdulillah. on the way, kitorang berhenti sekejap beli jagung dan ada orang beli tongkat ali (pure dari hutan, unprocess). jangan tanya dorang naik buat pe beli benda tu. sebab sendiri xtau. :p

but instead straight to marudu, detour ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat untuk tengok sunset. view memang top dari situ. kitorang sampai dalam 1/2 jam nak sunset. lepas je sunset, bang jib buat sengih plan pelik dia. ingat nak buat pe, rupanya ajak solat kat situ. so dengan berwudu' kan air laut, kami solat jamak maghrib/isyak di atas batu. kiblat memang tak ada hal la sebab direct ke matahari tenggelam.

selesai di situ, kami bergerak menuju Kota Marudu. time tu dah gelap gak la. bang jib buat detour tunjuk kudat laluan ke pekan kudat, tapi tak sampai pekan dia pun...

sampai di Marudu, kami ke rumah lama bang jib untuk ambik barang2 dia. borak2 kejap dengan penyewa baru. lepas tu jumpa kawan lama bang jib, cc amir. dia yg incharge untuk petugas2 di hospital. borak2, makan2 skit. baru la kemudiannya kami ke check in hotel. masuk je bilik terus pengsan.....

bangun bagi solat subuh, pengsan lagi...bangun balik dah pukul 730. mandi dan lepak tengok tv je. pukul 11 camtu baru la turun untuk checkout. lepas checkout kitorang gi makan dan solat jamak zuhur/asar sebelum bergerak balik. untuk balik kami lalu pitas. kalau semalam tengok view gunung-ganang, hari ni tengok view laut. sebab cakap lepas ni nak gi hospital daerah, bang jib dengan semangatnya promote segala hospital daerah yang ada, kota marudu, pitas, kinabatangan dan kundasang. tengok la next year ke mana....

sampai semula di pekan checkpoint dah agak malam. isi minyak lagi dan terus ke sandakan. on the way berhenti sekejap untuk makan dan solat jamak maghrib/isyak.

ni dah sampai rumah terus on, update...sebab kalau tak nanti mesti dah lupa2 sikit2.

p.s: tak ada gambar nak upload sebab xde kamera. nanti dah ada kamera/smartphone baru boleh upload gambar2 menarik~

Friday, December 28, 2012

SUKAU~

Weekend baru ni pergi Sukau. Kat mana? Kat Kinabatangan je… tapi nak sampai ke situ…ngaaa… tengah hutan. Respect la bang jib boleh bawa saga dia redah jalan yang amat mencabar tu.

Hari sabtu bangun dengan semangatnya nak ke Sukau. Sekali  selak langsir, HUJAN! Selebat-lebatnya. Masa tu rasa agak kecewa gak la, tapi bila bang jib message cakap depart lewat sikit. Fuh, hati berbunga gak la. First time kot nak explore kawasan luar bandar. Jumpa orang2 lain yang di Sabah. Dalam 12 lebih bang jib dating ambik kat rumah. On the way, dia tunjuk area2 yang tak pernah sampai lagi.

Sampai ke bandar checkpoint, rehat kejap. Makan tengahhari. Bandar checkpoint ni central untuk Sandakan-Tawau-Kinabalu. Banyak kereta dengan lori bawa kelapa sawit. Masa kat checkpoint dapat call dari sorang senior hospital. Masa tu cuak gak la kot ada kes apa2 nak kena buat. Rupanya dia nak minta tolong sikit kalau free. Memandangkan dah kat checkpoint, dia contact orang lain. Selamat. Masa tu gelabah gak la kot ada buat salah pape…Alhamdulillah semua okay je. Siap makan gerak ke Kinabatangan.

Kinabatangan tuju masjid dulu. Selesai solat, group dari tawau sampai. Bang shawn, khan, apis, aidil dengan GF dia. Rehat2 kejap sambil tunggu diorang siap solat. Selesai semua, bincang2 semua, depart ke Sukau.

Mula2 jalan okay la…di penghujung…mangai, macam kena langgar meteor.

Sampai kat Sukau dalam jam 4. Round2 cari homestay. Rupanya tempat yang bang khan pergi dulu tu anak dia kawin pula esok. So fully book. Maka pergi la cari tempat lain. Cari punya cari, dapat bilik dekat RB homestay. 40 sebilik, 2 katil. 15 untuk dinner, seorang. 30 untuk river cruise, seorang. Kitorang pun accept sebab tempat lain semua dah penuh.

Malam tu masuk je bilik pukul 10 terus pengsan. Buka mata balik dah 530, gelabah gak la solat subuh. Sekali buka pintu, HUJAN! Ngaaa…tapi sebab tak lebat mana, redah je la. Sambil duduk minum, owner cakap hujan pagi biasa kejap je…menjelang 630 dah reda… so kitorang pun gerak la.

Tengah2 river cruise tu teringat scene anaconda yang bot jatuh dari tebing tu. Ngaaa… seram wei. Tapi cool je la. Dah turun baru cite kat dorang. Bang jib pakat gelak je. Masa river cruise tu dapat la tengok long tail. Tapi sebab long tail dah selalu tengok masa kat rumah, tak de la excite mana. Masuk area dalam sikit, nampak probicus monkey.  Lepas tu nampak pula burung hornbill, putih melepak.

Selesai river cruise, mula rintik2 balik. Masa tengah2 makan sarapan, hujan turun selebatnya. Masa tu rasa bersyukur sangat dah selamat sampai. Sambil tunggu hujan reda nak masuk bila, bincang2 apa nak buat lepas ni. Last decide gua gomantong tak boleh nak pergi sebab hujan lebat, tanah licin, takut jatuh. Bang khan cakap nanti dapat 4wheel la baru plan balik. Lama lagi kot nak beli 4wheel.

Tengah2 hujan tu, sempat juga la lari masuk bilik. Borak2 dengan bang shawn, hafis…last2 semua tido kot. Sebab rasanya dorang jaga je lagi time nak pengsan tu. Bangun balik dah dekat pukul 12. Masing2 pun siap nak check out dengan pegi kenduri kahwin. Sebab dah kena jemput, bang jib cakap kena pergi. So semua pun sergah je la. Sampai, salam dengan tuan rumah, pengantin…pastu ambik makanan. Time nak ambik tu dengar la dia offer sate payau. Masa tu cam pelik la, tapi ambik je. Tengok rupa macam daging masak kuah kacang. Bang shawn pun explain, payau=rusa. Sini senang dapat daging rusa. Excite gak la makan. Sedap wei~ udang sambal, ayam kicap, daging kari, sate payau… kot muka tak malu memang rasa nak tambah je~

Bang jib cerita kat sini memang jenis tak kisah. Sapa2 pun boleh je datang kenduri. Bila dia jemput, dia memang expect kita datang dan bawa kawan. Majlis pun simple je. Jemputan dating, makan2. Pastu ada ucapan tuan rumah, biras…tarian sikit…dan bila dah start sesi karaoke, boleh la nak beransur balik. So kitoragn pun escapelle la lepas habis ucapan.

Sampai di Kinabatangan solat dulu sebelum menuju destinasi masing2.

Sebelum balik rumah singgah makan dulu, sebab tiba di bandar indah pun dah lewat hampir jam 6. Tetiba bang jib cakap nak tengok rise of the guardian. Nga…nak ikut. On the spot cakap. Akhirnya ambik kata putus balik rumah saya je dulu, mandi, solat semua baru keluar balik tengok movie, sebab movie jam 715. Habis tengok movie tu baru la balik~ dan sekarang tido time… ;p

p.s: post nie pun delay sebab baru pasang tenet.

1st week di rumah (sewa) sendiri

Ahad, 15/12/12 adalah tarikh dimana dengan rasminya pindah masuk ke tingkat 3, lot 7, blok E, apartment sentosa. Wohoo~ terima kasih pada para senior yang bagi menumpang rumah selama 2 minggu.

Rumah ni ada perabot tapi tak semua la. Yang ada sofa, almari, meja, dapur, peti ais, katil. Cik jib dengan faiz suggest beli mesin basuh, tv, pasang astro dan macam2 la. Ngehehe… mesin basuh tu macam nak juga, tapi tak sure lagi bila nak belinya. Mungkin kena tunggu bapaku jo sampai dulu kot. Line internet pun xde lagi… tunggu cik jib transfer dia punya line dari kota marudu.

So kat rumah ni, movie je la penghiburnya. Gila syahdu bunyi~

First night tido rumah sendiri, macam cuak gak la sebab sorang kan. Tapi tawakal je, dan Alhamdulillah semuanya okay je. Masih boleh bangun awal pagi sendiri. Kat sini ada 1 major kelemahan iaitu, tak dengar azan. So kena pandai sendiri untuk cari reminder waktu solat. :S

Tapi overall okay. Sini walaupun Chinese community, semua mesra je. Dan dapat tahu blok A ada PRP lain juga, Han Siang. Duduk dengan kakak dia yang sorang Health officer (HO) dan sorang nurse.

Isnin pergi kerja naik basikal, sampai kat hospital dan berpeluh2 dah. Rasa nak pengsan pun ada. Sebabnya, jalan keluar masuk rumah tu bukit, dan kawasan hospital pun berbukit juga. Tapi best la keluar pagi rasa angin pagi (walaupun pukul 7 tu rasa panas dah sebenarnya). Monday start another pack TDM session. Nga haru… balik rumah dah dekat senja. sampai rumah rehat2 kejap, mandi, dah solat maghrib.

Sebab rumah ni ada dapur, tapi tak beli kuali dan barang masak lagi… operasi menapau makanan la dari kantin hospital sebelum balik. Sebab nak jimatkan sikkit belanja, recycle Tupperware. Kat hospital dia tak bungkus polisterine, semua guna Tupperware dan discharge. Maka nak save bawa la Tupperware sendiri.

Routine so far, pagi bangun, solat, mandi, sarapan. Balik petang rehat, mandi, solat, baca2 apa yang patut, tengok movie, tido. Wargh~ sendiri ngantuk dengan routine yang amatla cantik ni.

Berita mengejutkan… GAJI dah masuk! Kalah pecutan graviti punya laju dia orang ni proses dokumen. Semua orang cakap bulan ke2 baru masuk, maka  bila orang yang berkait message kata gaji dah masuk rasa cam reluctant juga la nak percaya. Tapi bila dia orang insist kata dah masuk, percaya juga la. DAN… apabila dah tengok slip gaji sendiri… PENGSAN… IGI BUYA!!! Tak pernah pernah dapat duit dengan nombor sebegini.

Maka dengan adanya duit sendiri, kena la pandai manage sendiri. Kalau tak kang bankurp sendiri.

Cik jib ajak ke Kusau weekend~ weehoo… tak tau apa menari disana. Memandangkan dah kat sini, dan ada orang nak bawa (sementara tak ada kereta sendiri lagi), marilah kita explore bersama senior~ 

p.s: post ni delay sebab tenet baru ada

Tuesday, December 11, 2012

the journey so far~

the reason i'm not a DOCTOR is...

attach di TDM department ni rasa macam attach kat wad NICU. hari2 akan pergi sana. kesian tengok bayi yang kecil2 dirawat kat situ. dan sah la tak layak nak jadi doktor...tadi masa ke wad untuk buat appointment TDM, doktor tanya pasal 1 bayi lain nak buat TDM. bincang2, doktor cakap nak cepat...maka doktor pun ambik la sample darah...DEPAN MATA, LIVE, NO FILTER. time doktor nak ambik darah bayi tu dah mula rasa nak nangis dah. memang rasa nak pengsan je masa tu. tapi doktor tu okay je dia mabik darah bayi tu, tak nangis pun bayi tu... memang pergh.....mau pengsan. siap ambik darah,terus cepat2 keluar dari wad pergi run sample...

tapi sungguh la TAK NAK jadi doktor...hati ni tak kuat nak handle bayi yang kecik2 ni...kalau dewasa,elderly okay la.

Masuk child wad pun rasa kesian je tengok semua yang kat dalam tu. semua ditemani ibu2. tak kurang dengan ayah2 yang datang lepas waktu kerja.

dot kuning kecik tu lokasi apartment rumah sewa...yang kat tgh lautan pokok tu. nak jelas lagi sila la google sendiri
side story, rumah dah confirm. akan ambik kunci sabtu ni dan pindah masuk. misi seterusnya...basikal. cik hamzah cakap kat bandar kim fung ada kedai basikal, staf kat wad pun cakap kat bandar kim fung banyak kedai. rumah tu dengan kim fung pun bukan jauh mana. 

jadi, misi hari sabtu adalah pindah masuk rumah dan beli basikal. oh ya, tak lupa barang untuk rumah juga...mungkin besin nak basuh baju, extension plug, penyapu, mop, baldi, gayung, kain lap, stok makanan. oh, mungkin perlu beli kasut baru juga sebab tapak kasut hampir tercabut...tp tengok dulu duitnya. sebab masih ada kasut sukan dalam beg tak keluar lagi... guna apa yang ada dulu. nanti dah ada duit sendiri...beli la apa yang patut.

kalau selesai semua, ahad cadang nak round2 naik basikal. inshaALLAH terlaksana.

p.s: lepas pindah masuk rumah akan offline sementara nak sambung internet...jadi update seterusnya mungkin lewat sedikit...


Friday, December 7, 2012

1st week

1 station is Therapeutic Drug Monitoring (TDM) Department. mula2, okay... antara subject fav masa kat uni. should be okay la.

Kat HDOK TDM pharmacist base, jadi pegawai akan handle sample darah, analisis, hantar result, set appointment. so masuk2 preceptor TDM, Angie introduce pada mesin analisis dengan segala dokumen. lepas tu bawa ke wad untuk ambil sample dan set appointment. jadi pharmacist TDM memerlukan stamina, sebab akan bergerak ke mana sahaja yang diperlukan. interaksi dengan jururawat dan doktor pun perlu jaga sebab banyak memerlukan kerjasama mereka untuk pastikan kesejahteraan pesakit.

1st day amat la cuak. kalau masuk wad tu ikut je belakang Angie macam bayang. nak comment pun tanya Angie ulang2 kali sebab takut sangat buat silap.tapi Angie ulang2 kali tanya nak buat apa. rasa macam dapat prof mansur tapi versi yang amat lemah lembut.

with experience, gain confidence. selepas kena push untuk make up decision sendiri, baru la mula yakin sikit untuk buat keputusan sendiri. tu pun masih lagi minta pendapat dia dulu sebelum nak komen apa pun. she's very supporting. sekarang dah berani sikit. boleh dah turun wad sendiri. tapi ICU, NICU tak berani lagi nak turun sorang.

this few days, rasa amat la tak layak nak sandang jawatan ni. confidence level amat la rendah dalam nak buat keputusan. lagi dengan ilmu yang sekadar setapak tangan. dengan tengok keadaan patient, lagi2 bila masuk ke Neonate Intensive Care Unit (NICU), Children Ward dan ICU. terasa amat la kasihan. rasa takut sangat nak buat keputusan apa2, sebab mereka yang akan terima kesannya.

bila cakap ke ayah, dia reply; ...you already have the knowledge, its just experience come a lil bit short...it just a matter of time, in a mean while learn what books can't offer from the experienced FRP... rasa jiwa ni tenang sikit...sekarang masa untuk belajar, maka belajarlah sebanyaknya. tak apa kalau ilmu tak cukup, yang penting sedar ilmu tu tak cukup. maka belajarlah.

DAN TADI, apabila ditelefon oleh doktor masa tengah belek fail nak isi logbook yang baru dapat... menggelupur tahap tak hingat dah. cuak gila ingat apa la yang silap buat ni. rupanya dia nak confirmation je... tapi dah siap confirm kat telefon pun tetap juga berlari ke wad nak double check. memang cuak tak hingat. logbook pun bawa masuk wad tadi. but everything was okay, she was nice, maybe also new like me. nice experiences. hopefully boleh improve skill and confidence in the near future.

dan bila duduk jauh ni, mula rasa risau dekat orang2 disemenanjung. tiba2 teringat ayat tuan haji zamri masa lapor diri: saya kat sini baru 24 tahun. orang negeri, isteri pun sama. kita disini mengikut arahan, berjuang di tempat orang, bukan nak suka2. berkhidmat sebaiknya. tak apa tinggal family.

hati ni kalau ikut memang la rasa nak balik je...tapi pernah terdengar, setiap perkara itu ada kepentingannya, kalau bukan untuk diri, mungkin untuk orang lain. kadang tu kita ni dipertemukan untuk baikan diri, kadang tu untuk baikan orang. sentiasa tawakal dan redha. apa yang berlaku ada hikmahnya, walaupun mungkin bukan untuk kita. maka harapnya hati ini akan redha dengan setiapnya. tak apa jauh sekejap, orang pun pesan, kalau sayang tinggal tinggalkan. jadi tak apalah jauh sekejap. nanti sampai masa balik semula ke sana. inshaALLAH...

latest news, more frp and prp are coming to Sandakan. hopefully there are some guys coming, so that i can have people to share a house to rent. 

Tuesday, December 4, 2012

1st day

dengan rasminya kini saya adalah Provisional Registered Pharmacist (PRP) di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

datang hospital pagi2 kitorang terus tuju ke bahagian farmasi pakar. rupanya untuk lapor diri, pertamanya perlu ke unit pengurusan. nasib baik la tahu juga tempat tu di mana. sampai di unit pengurusan, jumpa dengan kak Nisa. molek orangnya. tekun je tolong selesaikan semua dokumen yang diperlukan.

sambil2 isi borang, ada sorang MO lelaki datang lapor diri juga. Syazrin, orang melaka. tapi lupa nak tanya dari uni mana. MO orentaasi dahulu, dan baru dapat tahu hospital mana mereka akan buat housemen. kiranya dia awal2 dah tahu akan ke sini. dah siap cari rumah semua. yang diri ni, menumpang ihsan para senior. 

siap isi borang, kami jumpa timbalan pengarah hospital. pengarah hospital keluar atas urusan. dapat briefing pasal tiket, claim, cuti dan macam2 lagi. ramai rupanya orang semenanjung disini. 

selepas dapat punch kad, kami dibawa jumpa KPF, Pn. Masturah di farmasi satelit 1. dapat briefing lagi pasal working senario pula. selesai, kemudiannya kami di brief pasal farmasi satelit 1 oleh Pn.Tham. 

kemudiannya dibawa melihat sekitar hospital oleh PRP, Yin Ling. sambil tu kami singgah ke bahagian akaun untuk ambil borang claim. kami kemudiannya kembali berjumpa Pn.Masturah untuk melengkapkan beberapa lagi dokumen. kami kemudiannya mendapatkann pelepasan untuk mencari tempat tinggal. 

pihak perempuan akhirnya mendapat tempat tinggal yang sesuai. diri ni pula masih menumpang di rumah senior. rupanya...diri ni je lelaki yang dapat HDOK. lain2 yang masuk sebelum ni baik pembantu pegawai farmasi (PPF) ataupun PRP semuanya perempuan. nak sewa rumah seorang diri tak mampu, sewa disini mahal, sekitar 1.3-1.5k sebuah, full furnish. kalau ber2 atau ber3 boleh la nak sewa rumah. lagipun kebanyakkannya agak jauh dari hospital. tapi cik azie (timbalan pengarah hospital) bagitahu kat sini banyak kereta sewa dan prebet sapu, boleh atur untuk pengangkutan pergi balik. jadi jarak bukanlah satu masalah besar sebenarnya.

bila dah malam dapat massage dari pak teh, bagi nombor kawannya dekat sini. ayah zam pun call tanya pasal rumah macam mana. lepas tu dapat tahu ada flat kosong di Yen Seng, tapi kosong habis la. sewa 500. harapnya dapat kurangkan sewa kalau duduk sorang...

inshaALLAH esok akan mula berkhidmat. 1st staton TDM. kak yana di Satelit 1. Kak Muni dan Atikah di OPD klinik pakar.

Sunday, December 2, 2012

1st day in Sandakan

today is officially our first day in Sandakan.

so early morning we have a walk to find house to stay. we still not adapt with the new atmosphere, so 7pm here is like 9 in peninsular. we end up with renting a car for the day to move around. and advise for those from peninsular, DO NOT DRIVE if you're NOT CONFIDENCE WITH YOU SKILL. because the driver here is no jokes. the are far more extreme that those in peninsular.

the town here are very close between one another. we don't really explore each one, but we manage to found ourselves Bank Islam and a number of different bank (unfortunately we can't locate Maybank, odd), Giant, a number of flats and police station. here you will found numerous school and strangely church. since most of the people we found are Chinese spoken, i assume there will be many tokong.

we also took a little tour at Hospital Duchess of Kent since we're going tomorrow. the staffs' are very nice and friendly. they helps us contact a person that know about vacant house in the area. he turn out to be a very friendly and chatty.

lucky we found a house for the ladies. walking distance form the hospital. but the price was, ARGH! semi-D, 1,500. but it's a big house. i mean, 8 bersaudara tak ada masalah nak duduk rumah tu. bilik gedabak, nak main sepak terajang pun boleh. but since it has been vacant for sometime, the house condition is not very welcoming. the handler give us a week to decide whether we want to stay or go for another house since he know a few option available.

he offer me a house at Sentosa Court, a 2 room apartment i think for 1.2K. i was like what the hack. ingat cop duit ke hapa. so now, i'm crashing in with a few seniors. hopefully i will find a house or at least a room to rent by tomorrow. and that the water problem at the ladies house will be resolve soon. they however interested in the Sentosa Court since it has guards and all. but it's a bout 1km form the hospital. so they might need to take the bus to the hospital.

so that's it for day 1 in Sandakan. tomorrow will go reporting for duty at HDOK and officially becoming a pharmacist.

Saturday, December 1, 2012

Sandakan kami datang

Bangun pagi ni blank sekejap… rasa katil lain ni. Tengok kiri, along. Mind blank lagi. Tengok kanan, sufi. Terus, okay. Ni dah kat kinabalu. Tengok keluar tingkap, ARGH!!! subuh tak lagi ni tapi matahari dah macam nak terbit je ni. Selesai solat semua baru la tengok jam, 530… nga… ni kalau tak adapt cepat masalah ni. Lagi2 nak ke Sandakan pula lepas ni. Mesti lagi awal. Bahaya.

Selesai kemas barang semua dah dekat pukul 900, maka baru la nak turun breakfast bawa beg semua. Then it’s time to split up. Maka along dan sufi tinggallah di hotel selepas kami berangkat ke lapangan terbang.

Sampai terminal 1 blank kejap sebab semalam turun di terminal 2. Habis redah semua sampai ke pintu masuk, rupanya awal lagi.

1130, ada aunty tanya nak ke mana. Rupanya flight ke Sandakan delay. 150 petang, lambat lagi ni. Aunty tu pun cakap boleh minta makan sebab flight delay. Kami pun mula la operasi mencari tempat nak claim. Pusing punya pusing akhirnya naik ke kaunter tiket semula. Dapat claim makan di Restaurant Asian Delight. Selesai makan, tengok info board tulis flight dah calling. Sampai kat gate tengok tak buka lagi, tanya2 kat kaunter than kitorang decide gi solat dulu. siap solat, terus dengan announcement boarding. nak gerak yang wanita tengok macam tak siap lagi. Tunggu2, tetiba dia panggil nama. dah sudah, masing2 pun pecut ke gate. nasib baik tak seal lagi. rupanya dah masuk pun kena tunggu lagi. memang nasib baik. pilot cakap delay sebab kena tukar plane kat kl tadi. 

berbeza dengan semalam, plane start nak take off, mata jadi kuyu last2 tertido. bila bangun balik dah pilot cakap dah nak landing. 

turun dari plane, dapat miscall dari hotel kensington. cuak seketika. sebab tak pernah nak handle benda2 ni. nasib baik la dia just nak confirmation ketibaan je. check in bilik...terkejut seketika. semalam minta 1 bilik twin bed dengan 1 bilik single bed. betul dah dia cakap tadi. tapi tengok macam pelik. 1 bilik dapat 2 single beds, 1 bilik dapat 1 queen bed. dah sudah...cuak seketika kot dia silap kang kena charge lain pula. discuss balik rupanya betul. dia pun cakap ramai yang confuse kalau booking online. discuss balik dengan yang lain, perempuan ambik 2 single beds sebab bilik tu lagi besar. 

bestnya bilik queen bed adalah, balcony. dapat la angin pantai petang. jadi masa untuk bergolek seketika...

selesai solat maghrib, mula rasa lapar. tapi tunggu sampai lepas isyak baru la turun makan. isyak kat sini 7.20. so bila buka tv lepas isyak tu cam pelik sebab berita tak lagi. elok nak pergi makan dapat message dari faiz yazid (senior), ajak jumpa dekat sweet cool.

sekali tengok muka, baru la cam sapa rupanya faiz yazid. rupanya dia duduk serumah dengan najib, juga senior dari UiTM dan Ashraf, seorang prp yang baru habis daru UM. dapat la sedikit info pasal apa yang bakal dilalu awal2 ni.

maka esok bermula la misi mencari rumah untuk disewa bagi setahun mendatang ni. inshaALLAH dipermudahkan urusan.