Saturday, December 1, 2012

Sandakan kami datang

Bangun pagi ni blank sekejap… rasa katil lain ni. Tengok kiri, along. Mind blank lagi. Tengok kanan, sufi. Terus, okay. Ni dah kat kinabalu. Tengok keluar tingkap, ARGH!!! subuh tak lagi ni tapi matahari dah macam nak terbit je ni. Selesai solat semua baru la tengok jam, 530… nga… ni kalau tak adapt cepat masalah ni. Lagi2 nak ke Sandakan pula lepas ni. Mesti lagi awal. Bahaya.

Selesai kemas barang semua dah dekat pukul 900, maka baru la nak turun breakfast bawa beg semua. Then it’s time to split up. Maka along dan sufi tinggallah di hotel selepas kami berangkat ke lapangan terbang.

Sampai terminal 1 blank kejap sebab semalam turun di terminal 2. Habis redah semua sampai ke pintu masuk, rupanya awal lagi.

1130, ada aunty tanya nak ke mana. Rupanya flight ke Sandakan delay. 150 petang, lambat lagi ni. Aunty tu pun cakap boleh minta makan sebab flight delay. Kami pun mula la operasi mencari tempat nak claim. Pusing punya pusing akhirnya naik ke kaunter tiket semula. Dapat claim makan di Restaurant Asian Delight. Selesai makan, tengok info board tulis flight dah calling. Sampai kat gate tengok tak buka lagi, tanya2 kat kaunter than kitorang decide gi solat dulu. siap solat, terus dengan announcement boarding. nak gerak yang wanita tengok macam tak siap lagi. Tunggu2, tetiba dia panggil nama. dah sudah, masing2 pun pecut ke gate. nasib baik tak seal lagi. rupanya dah masuk pun kena tunggu lagi. memang nasib baik. pilot cakap delay sebab kena tukar plane kat kl tadi. 

berbeza dengan semalam, plane start nak take off, mata jadi kuyu last2 tertido. bila bangun balik dah pilot cakap dah nak landing. 

turun dari plane, dapat miscall dari hotel kensington. cuak seketika. sebab tak pernah nak handle benda2 ni. nasib baik la dia just nak confirmation ketibaan je. check in bilik...terkejut seketika. semalam minta 1 bilik twin bed dengan 1 bilik single bed. betul dah dia cakap tadi. tapi tengok macam pelik. 1 bilik dapat 2 single beds, 1 bilik dapat 1 queen bed. dah sudah...cuak seketika kot dia silap kang kena charge lain pula. discuss balik rupanya betul. dia pun cakap ramai yang confuse kalau booking online. discuss balik dengan yang lain, perempuan ambik 2 single beds sebab bilik tu lagi besar. 

bestnya bilik queen bed adalah, balcony. dapat la angin pantai petang. jadi masa untuk bergolek seketika...

selesai solat maghrib, mula rasa lapar. tapi tunggu sampai lepas isyak baru la turun makan. isyak kat sini 7.20. so bila buka tv lepas isyak tu cam pelik sebab berita tak lagi. elok nak pergi makan dapat message dari faiz yazid (senior), ajak jumpa dekat sweet cool.

sekali tengok muka, baru la cam sapa rupanya faiz yazid. rupanya dia duduk serumah dengan najib, juga senior dari UiTM dan Ashraf, seorang prp yang baru habis daru UM. dapat la sedikit info pasal apa yang bakal dilalu awal2 ni.

maka esok bermula la misi mencari rumah untuk disewa bagi setahun mendatang ni. inshaALLAH dipermudahkan urusan.

No comments:

Post a Comment