Friday, December 7, 2012

1st week

1 station is Therapeutic Drug Monitoring (TDM) Department. mula2, okay... antara subject fav masa kat uni. should be okay la.

Kat HDOK TDM pharmacist base, jadi pegawai akan handle sample darah, analisis, hantar result, set appointment. so masuk2 preceptor TDM, Angie introduce pada mesin analisis dengan segala dokumen. lepas tu bawa ke wad untuk ambil sample dan set appointment. jadi pharmacist TDM memerlukan stamina, sebab akan bergerak ke mana sahaja yang diperlukan. interaksi dengan jururawat dan doktor pun perlu jaga sebab banyak memerlukan kerjasama mereka untuk pastikan kesejahteraan pesakit.

1st day amat la cuak. kalau masuk wad tu ikut je belakang Angie macam bayang. nak comment pun tanya Angie ulang2 kali sebab takut sangat buat silap.tapi Angie ulang2 kali tanya nak buat apa. rasa macam dapat prof mansur tapi versi yang amat lemah lembut.

with experience, gain confidence. selepas kena push untuk make up decision sendiri, baru la mula yakin sikit untuk buat keputusan sendiri. tu pun masih lagi minta pendapat dia dulu sebelum nak komen apa pun. she's very supporting. sekarang dah berani sikit. boleh dah turun wad sendiri. tapi ICU, NICU tak berani lagi nak turun sorang.

this few days, rasa amat la tak layak nak sandang jawatan ni. confidence level amat la rendah dalam nak buat keputusan. lagi dengan ilmu yang sekadar setapak tangan. dengan tengok keadaan patient, lagi2 bila masuk ke Neonate Intensive Care Unit (NICU), Children Ward dan ICU. terasa amat la kasihan. rasa takut sangat nak buat keputusan apa2, sebab mereka yang akan terima kesannya.

bila cakap ke ayah, dia reply; ...you already have the knowledge, its just experience come a lil bit short...it just a matter of time, in a mean while learn what books can't offer from the experienced FRP... rasa jiwa ni tenang sikit...sekarang masa untuk belajar, maka belajarlah sebanyaknya. tak apa kalau ilmu tak cukup, yang penting sedar ilmu tu tak cukup. maka belajarlah.

DAN TADI, apabila ditelefon oleh doktor masa tengah belek fail nak isi logbook yang baru dapat... menggelupur tahap tak hingat dah. cuak gila ingat apa la yang silap buat ni. rupanya dia nak confirmation je... tapi dah siap confirm kat telefon pun tetap juga berlari ke wad nak double check. memang cuak tak hingat. logbook pun bawa masuk wad tadi. but everything was okay, she was nice, maybe also new like me. nice experiences. hopefully boleh improve skill and confidence in the near future.

dan bila duduk jauh ni, mula rasa risau dekat orang2 disemenanjung. tiba2 teringat ayat tuan haji zamri masa lapor diri: saya kat sini baru 24 tahun. orang negeri, isteri pun sama. kita disini mengikut arahan, berjuang di tempat orang, bukan nak suka2. berkhidmat sebaiknya. tak apa tinggal family.

hati ni kalau ikut memang la rasa nak balik je...tapi pernah terdengar, setiap perkara itu ada kepentingannya, kalau bukan untuk diri, mungkin untuk orang lain. kadang tu kita ni dipertemukan untuk baikan diri, kadang tu untuk baikan orang. sentiasa tawakal dan redha. apa yang berlaku ada hikmahnya, walaupun mungkin bukan untuk kita. maka harapnya hati ini akan redha dengan setiapnya. tak apa jauh sekejap, orang pun pesan, kalau sayang tinggal tinggalkan. jadi tak apalah jauh sekejap. nanti sampai masa balik semula ke sana. inshaALLAH...

latest news, more frp and prp are coming to Sandakan. hopefully there are some guys coming, so that i can have people to share a house to rent. 

No comments:

Post a Comment