Friday, December 28, 2012

1st week di rumah (sewa) sendiri

Ahad, 15/12/12 adalah tarikh dimana dengan rasminya pindah masuk ke tingkat 3, lot 7, blok E, apartment sentosa. Wohoo~ terima kasih pada para senior yang bagi menumpang rumah selama 2 minggu.

Rumah ni ada perabot tapi tak semua la. Yang ada sofa, almari, meja, dapur, peti ais, katil. Cik jib dengan faiz suggest beli mesin basuh, tv, pasang astro dan macam2 la. Ngehehe… mesin basuh tu macam nak juga, tapi tak sure lagi bila nak belinya. Mungkin kena tunggu bapaku jo sampai dulu kot. Line internet pun xde lagi… tunggu cik jib transfer dia punya line dari kota marudu.

So kat rumah ni, movie je la penghiburnya. Gila syahdu bunyi~

First night tido rumah sendiri, macam cuak gak la sebab sorang kan. Tapi tawakal je, dan Alhamdulillah semuanya okay je. Masih boleh bangun awal pagi sendiri. Kat sini ada 1 major kelemahan iaitu, tak dengar azan. So kena pandai sendiri untuk cari reminder waktu solat. :S

Tapi overall okay. Sini walaupun Chinese community, semua mesra je. Dan dapat tahu blok A ada PRP lain juga, Han Siang. Duduk dengan kakak dia yang sorang Health officer (HO) dan sorang nurse.

Isnin pergi kerja naik basikal, sampai kat hospital dan berpeluh2 dah. Rasa nak pengsan pun ada. Sebabnya, jalan keluar masuk rumah tu bukit, dan kawasan hospital pun berbukit juga. Tapi best la keluar pagi rasa angin pagi (walaupun pukul 7 tu rasa panas dah sebenarnya). Monday start another pack TDM session. Nga haru… balik rumah dah dekat senja. sampai rumah rehat2 kejap, mandi, dah solat maghrib.

Sebab rumah ni ada dapur, tapi tak beli kuali dan barang masak lagi… operasi menapau makanan la dari kantin hospital sebelum balik. Sebab nak jimatkan sikkit belanja, recycle Tupperware. Kat hospital dia tak bungkus polisterine, semua guna Tupperware dan discharge. Maka nak save bawa la Tupperware sendiri.

Routine so far, pagi bangun, solat, mandi, sarapan. Balik petang rehat, mandi, solat, baca2 apa yang patut, tengok movie, tido. Wargh~ sendiri ngantuk dengan routine yang amatla cantik ni.

Berita mengejutkan… GAJI dah masuk! Kalah pecutan graviti punya laju dia orang ni proses dokumen. Semua orang cakap bulan ke2 baru masuk, maka  bila orang yang berkait message kata gaji dah masuk rasa cam reluctant juga la nak percaya. Tapi bila dia orang insist kata dah masuk, percaya juga la. DAN… apabila dah tengok slip gaji sendiri… PENGSAN… IGI BUYA!!! Tak pernah pernah dapat duit dengan nombor sebegini.

Maka dengan adanya duit sendiri, kena la pandai manage sendiri. Kalau tak kang bankurp sendiri.

Cik jib ajak ke Kusau weekend~ weehoo… tak tau apa menari disana. Memandangkan dah kat sini, dan ada orang nak bawa (sementara tak ada kereta sendiri lagi), marilah kita explore bersama senior~ 

p.s: post ni delay sebab tenet baru ada

No comments:

Post a Comment