Sunday, December 30, 2012

le tour de kota marudu

minggu last di TDM, isnin dah start di farmasi satelit 1, bahagian pesakit dalam.

weekend ni patutnya prep case presentation, but instead pergi tripping ke kota marudu. maka dipagi sabtu yang agak hening, 4 orang teruna memulakan perjalanan mereka.

bang jib driver, ashraf co, belakang a.jo dengan saya. adat perjalanan, berhenti di pekan checkpoint untuk isi minyak sebelum bergerak ke kawasan seterusnya. sebab nak berjalan2, bang jib bawa lalu Ranau.

sebelum sampai ranau kitorang berhenti sekejap di Tagal, Sg. Moroli. kat sini ada fish spa. kitorang just beli tiket untuk bagi makan ikan je. ikan dia jinak, main dekat kaki. tangan sakit gak la kena cium dengan ikan time bagi makan. best je ikan2 dia.

Ranau di kawasan bukit berhampiran dengan gunung kinabalu. di ranau berhenti sekali lagi untuk isi minyak. sebabnya, selepas pekan checkpoint, boleh jumpa petronas/shell kat ranau sebelum sampai kota kinabalu.

selepas ranau, singgah di Kundasang sekejap. tengok2 sayur, sebab dah ada dapur, beli la sikit nak buat makan kat rumah. lepas siap beli barang sikit2, singgah masjid kundasang untuk solat jamak zuhur/asar. kemudiannya kami singgah makan pula. pekan kundasang kecil je, lagi kecil dari pekan sungai siput. suasana dia sejuk, kalah cameron.

dari kundasang boleh nampak puncak kinabalu, tapi sebab berawan tak nampak la puncak. on the way bang jib tunjuk la tempat nak daki gunung kinabalu. masa lalu kawasan bukit ni siap lalu kawasan berawan. putih je keliling.

seterusnya melintas kota belud. drive punya drive, sampai kat persimpangan tetiba bang jib stop. rupanya dia dah tak sure jalan. haru je. nasib baik ada kereta lalu, so kitorang pun tanya jalan ke kota marudu. lucky, jalan kitorang tu dah betul. Alhamdulillah. on the way, kitorang berhenti sekejap beli jagung dan ada orang beli tongkat ali (pure dari hutan, unprocess). jangan tanya dorang naik buat pe beli benda tu. sebab sendiri xtau. :p

but instead straight to marudu, detour ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat untuk tengok sunset. view memang top dari situ. kitorang sampai dalam 1/2 jam nak sunset. lepas je sunset, bang jib buat sengih plan pelik dia. ingat nak buat pe, rupanya ajak solat kat situ. so dengan berwudu' kan air laut, kami solat jamak maghrib/isyak di atas batu. kiblat memang tak ada hal la sebab direct ke matahari tenggelam.

selesai di situ, kami bergerak menuju Kota Marudu. time tu dah gelap gak la. bang jib buat detour tunjuk kudat laluan ke pekan kudat, tapi tak sampai pekan dia pun...

sampai di Marudu, kami ke rumah lama bang jib untuk ambik barang2 dia. borak2 kejap dengan penyewa baru. lepas tu jumpa kawan lama bang jib, cc amir. dia yg incharge untuk petugas2 di hospital. borak2, makan2 skit. baru la kemudiannya kami ke check in hotel. masuk je bilik terus pengsan.....

bangun bagi solat subuh, pengsan lagi...bangun balik dah pukul 730. mandi dan lepak tengok tv je. pukul 11 camtu baru la turun untuk checkout. lepas checkout kitorang gi makan dan solat jamak zuhur/asar sebelum bergerak balik. untuk balik kami lalu pitas. kalau semalam tengok view gunung-ganang, hari ni tengok view laut. sebab cakap lepas ni nak gi hospital daerah, bang jib dengan semangatnya promote segala hospital daerah yang ada, kota marudu, pitas, kinabatangan dan kundasang. tengok la next year ke mana....

sampai semula di pekan checkpoint dah agak malam. isi minyak lagi dan terus ke sandakan. on the way berhenti sekejap untuk makan dan solat jamak maghrib/isyak.

ni dah sampai rumah terus on, update...sebab kalau tak nanti mesti dah lupa2 sikit2.

p.s: tak ada gambar nak upload sebab xde kamera. nanti dah ada kamera/smartphone baru boleh upload gambar2 menarik~

No comments:

Post a Comment