dengan rasminya kini saya adalah Provisional Registered
Pharmacist (PRP) di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
datang hospital pagi2 kitorang terus tuju ke bahagian
farmasi pakar. rupanya untuk lapor diri, pertamanya perlu ke unit pengurusan.
nasib baik la tahu juga tempat tu di mana. sampai di unit pengurusan, jumpa
dengan kak Nisa. molek orangnya. tekun je tolong selesaikan semua dokumen yang
diperlukan.
sambil2 isi borang, ada sorang MO lelaki datang lapor diri
juga. Syazrin, orang melaka. tapi lupa nak tanya dari uni mana. MO orentaasi
dahulu, dan baru dapat tahu hospital mana mereka akan buat housemen. kiranya
dia awal2 dah tahu akan ke sini. dah siap cari rumah semua. yang diri ni,
menumpang ihsan para senior.
siap isi borang, kami jumpa timbalan pengarah hospital.
pengarah hospital keluar atas urusan. dapat briefing pasal tiket, claim, cuti
dan macam2 lagi. ramai rupanya orang semenanjung disini.
selepas dapat punch kad, kami dibawa jumpa KPF, Pn. Masturah
di farmasi satelit 1. dapat briefing lagi pasal working senario pula. selesai,
kemudiannya kami di brief pasal farmasi satelit 1 oleh Pn.Tham.
kemudiannya dibawa melihat sekitar hospital oleh PRP, Yin
Ling. sambil tu kami singgah ke bahagian akaun untuk ambil borang claim. kami
kemudiannya kembali berjumpa Pn.Masturah untuk melengkapkan beberapa lagi
dokumen. kami kemudiannya mendapatkann pelepasan untuk mencari tempat
tinggal.
pihak perempuan akhirnya mendapat tempat tinggal yang
sesuai. diri ni pula masih menumpang di rumah senior. rupanya...diri ni je
lelaki yang dapat HDOK. lain2 yang masuk sebelum ni baik pembantu pegawai
farmasi (PPF) ataupun PRP semuanya perempuan. nak sewa rumah seorang diri tak
mampu, sewa disini mahal, sekitar 1.3-1.5k sebuah, full furnish. kalau ber2
atau ber3 boleh la nak sewa rumah. lagipun kebanyakkannya agak jauh dari
hospital. tapi cik azie (timbalan pengarah hospital) bagitahu kat sini banyak
kereta sewa dan prebet sapu, boleh atur untuk pengangkutan pergi balik. jadi
jarak bukanlah satu masalah besar sebenarnya.
bila dah malam dapat massage dari pak teh, bagi nombor kawannya dekat sini. ayah zam pun call tanya pasal rumah macam mana. lepas tu dapat tahu ada flat kosong di Yen Seng, tapi kosong habis la. sewa 500. harapnya dapat kurangkan sewa kalau duduk sorang...
inshaALLAH esok akan mula berkhidmat. 1st staton TDM. kak yana di Satelit 1. Kak Muni dan Atikah di OPD klinik pakar.
No comments:
Post a Comment