Tuesday, December 11, 2012

the journey so far~

the reason i'm not a DOCTOR is...

attach di TDM department ni rasa macam attach kat wad NICU. hari2 akan pergi sana. kesian tengok bayi yang kecil2 dirawat kat situ. dan sah la tak layak nak jadi doktor...tadi masa ke wad untuk buat appointment TDM, doktor tanya pasal 1 bayi lain nak buat TDM. bincang2, doktor cakap nak cepat...maka doktor pun ambik la sample darah...DEPAN MATA, LIVE, NO FILTER. time doktor nak ambik darah bayi tu dah mula rasa nak nangis dah. memang rasa nak pengsan je masa tu. tapi doktor tu okay je dia mabik darah bayi tu, tak nangis pun bayi tu... memang pergh.....mau pengsan. siap ambik darah,terus cepat2 keluar dari wad pergi run sample...

tapi sungguh la TAK NAK jadi doktor...hati ni tak kuat nak handle bayi yang kecik2 ni...kalau dewasa,elderly okay la.

Masuk child wad pun rasa kesian je tengok semua yang kat dalam tu. semua ditemani ibu2. tak kurang dengan ayah2 yang datang lepas waktu kerja.

dot kuning kecik tu lokasi apartment rumah sewa...yang kat tgh lautan pokok tu. nak jelas lagi sila la google sendiri
side story, rumah dah confirm. akan ambik kunci sabtu ni dan pindah masuk. misi seterusnya...basikal. cik hamzah cakap kat bandar kim fung ada kedai basikal, staf kat wad pun cakap kat bandar kim fung banyak kedai. rumah tu dengan kim fung pun bukan jauh mana. 

jadi, misi hari sabtu adalah pindah masuk rumah dan beli basikal. oh ya, tak lupa barang untuk rumah juga...mungkin besin nak basuh baju, extension plug, penyapu, mop, baldi, gayung, kain lap, stok makanan. oh, mungkin perlu beli kasut baru juga sebab tapak kasut hampir tercabut...tp tengok dulu duitnya. sebab masih ada kasut sukan dalam beg tak keluar lagi... guna apa yang ada dulu. nanti dah ada duit sendiri...beli la apa yang patut.

kalau selesai semua, ahad cadang nak round2 naik basikal. inshaALLAH terlaksana.

p.s: lepas pindah masuk rumah akan offline sementara nak sambung internet...jadi update seterusnya mungkin lewat sedikit...


No comments:

Post a Comment