Alhamdulillah selamat tiba di kota kinabalu. sampai2 blank tak tahu hala tuju. sambil tunggu beg rotate message senior UiTM Shazwan. elok je dapat teksi dia call. pesan cari hotel untuk berehat dulu sebab masa dah lewat. 1130 kat sini ofis dah off untuk solat jumaat. buka semula pukul 200. maka kami tuju Hotel Tabung Haji ikut recommendation Shawn.
sekali pergi, fully book pula sebab ada event kat situ. try call Hotel Yahoo tak dapat. akhirnya dapat Hotel Tang Dynasty. main golek2 seketika sebelum ke JKN. kalau ikut yang ditunjukkan dekat je dengan hotel ni...
dan kami pun menapak la dari hotel ni ke JKN di rumah persekutuan. jam pukul 2, tapi suasana cam pukul 4 kat semenanjung. belum apa2 lagi dah salah bangunan dulu. masuk JKN betul dah, tapi pergigian. rupanya bangunan sebelah. masuk, naik tingkap 6, jumpa beberapa cik puan yang amat ramah mesra. kemudiannya kami menghadap En.Zamri. dia offer 1 laki 1 perempuan pergi Queen, 2 laki, 2 perempuan ke sandakan. diam sekejap. dia cakap cabut undi biar fair, tapi nak senang cerita sapa nak volunteer... diam lagi masing2. tak lama pastu along ckp nak ke sandakan. time tu rasa nak gi sandakan, Queen ni memang la sebelah ni je, tapi hati terpanggil nak ke sandakan, tapi kalau asyik ikut along je tak best la pula. tapi cakap juga nak sandakan. than Kak Yana request, 3 perempuan ke sandakan. En. Zamri diam kejap. bincang2, last2 dia cakap ok. tapi sapa yang laki nak ke sandakan. tengok along kejap, than "nak sandakan.". dia pun "Saya pergi Queen." siap decide sapa pergi mana, kami pun tunggu la untuk confirmation.
siap semua2 di JKN, jam dekat pukul 5. keluar sekali dah nak senja. bincang2, kitorang pun gi airport sebab nak fly ke sandakan. Shawn pun cakap fly lagi senang, dan bagi contact dia kat sandakan. kat airport, dapat tiket flight esok 1130 pagi ke sandakan.
maka esok akan meneruskan perjuangan di sandakan. mula dengan mencari penempatan... insyaALLAH semuanya selamat dan dipermudahkan...
No comments:
Post a Comment