The last package to arrive. Bila yang ni sampai, maka
perlulah bersiap untuk melapor diri pada tarikh yang dicadangkan. Walaupun
korang rasa tak puas cuti lagi. Untuk
kes kami, surat KKM diambil sendiri di KKM Percint E. dan sebahagian lagi
diserahkan pada wakil untuk diserahkan semasa hari graduasi. Sebabnya KKM tak
sempat nak pos lagi dah kitorang serbu minta surat…
Dalam ni cuma sekeping surat menyatakan tempat lapor diri
dan senarai dokumen yang perlu untuk dibawa bersama. Sebaiknya setiap salinan
yang dibuat disahkan terlebih dahulu untuk kelancaran proses kemudiannya.
Tarikh yang dicadangkan kat surat tu mungkin akan
mendatangkan sedikit kesulitan. Macam kes kami, tarikh lapor diri bermula
26/11. 27/11 tu tarikh graduation. Maka, hubungilah JKN yang berkaitan untuk
discuss bila nak lapor diri. Kami yang terbang mengambil kata putus untuk
lapor diri minggu hadapannya memandangkan nak kena buat Dokumen Perjalanan
Terhad,DPT, dan beli tiket.
Maka dengan ketibaan Package KKM, bermulalah kehidupan
sebagai seorang PRP.
No comments:
Post a Comment