Sunday, January 13, 2013

bandar sandakan

bangun pagi ni rasa lebih sihat. siap basuh baju, dapat message pergi sarapan.

sarapan kami di kedai makan rimbawan (kalau tak salah nama la, dekat taman rimba). berdasarkan saranan dari beberapa orang. nasi lemak dia sedap~:D

kemudiannya ikut bang jib ke pusat bandar. selepas hampir 2 bulan di sandakan...akhirnya hari ini pergi ke pusat bandar sandakan. kalau nak compare, macam kuala kangsar/taiping je. hari ini pergi tamu (pasar) ahad. berjalan2 sebab ada orang nak melawat kawasan. rupanya bang jib pun tak pernah nak berjalan di pusat bandar. setakat pergi ke 4point je. area lain semua tak explore lagi. maka exploration pun bermula~ ;p

tamu dia tak ada besar sangat, jalan raya 2 lane sepanjang 2 blok kedai. sambil tengok2 barangan tamu, tengok juga barangan di kedai2. surveey harga smartphone yang dirancang untuk dibeli. tengok2 sling bag, sebab semua pounchbag dah tinggal kat Banting...last2 beli slingbeg kecil (murah je RM15).

puas pusing2 tamu, kami pusing pula four point. mall baru di pusat bandar. cari2 tracksuit. kemudiannya siap2 beli barang rumah terus, sebab lepas ni dah tak tahu bila lagi nak keluarnya. banyak juga la belanjanya~ siap membeli barangan, kami solat dulu sebelum pergi mencari makan tengahari.

makan tengahari di sim-sim, ikan bakar.

ni baru balik ke rumah. kemas2 barangan yang di beli~

p.s.: terima kasih kepada bang jib jadi pemandu pelancong untuk kesekian kali~

No comments:

Post a Comment