supernight shift pada jumaat malam adalah penutup untuk sesi pertama di FKP. maka isnin akan berkhidmat di bahagian galanikel. (YEAH!!!!!)
hari sabtu satu hari badan buat system recovery. bahana supernight.... (-_-|)
hari ni (ahad) semua orang off, maka sekalian para kekanda bawa berjalan ke Rainforest Discovery Centre, Sepilok. sebetulnya dia orang pun tak sampai lagi, so first time untuk semua. turut menyertai, en. fauzi, kaunselor hospital.
kawasan dia agak pendalaman juga, tapi jalan okay je.
![]() |
| para kekanda's |
kawasan dia memang hutan, tapi dah siap track jadi tak ada masalah untuk explore sendiri. antara menarik kat sini adalah kanopi walk, trail, bird watching. ada juga night walk, plant discovery garden.
![]() |
fokus utama kami adalah kanopi walk dengan sepilok giant tree. mula2
masuk okay je, tapi bila dah masuk ke dalam, map dah tak berapa nak
boleh pakai. last2 pakai lenjan je ikut sign. hampir2 menceroboh kawasan
hutan dara, semua gara2 signboard air terjun. lain kali la beli permit
masuk sana~
sepilok giant adalah pokok tertua dan tertinggi di Sabah.
trail dia memang senang nak follow and explore, tak adalah nak mencabar sangat macam maxwell trail.
ada juga jambatan gantung merentas tasik.
it was enjoyable and relaxing walk~ walaupun tak nampak banyak burung sangat, tapi ada juga la beberapa burung yang menarik kelihatan macam woodpecker dengan green pigeon. :)
memandangkan ashraf excited melangit bila dia tahu ada night walk, maka akan ada kemungkinan akan pergi untuk night walk pula~ tapi itu kemudian la.
that's for now~
p.s: gambar adalah hasil rompakan dari handphone faiz~







No comments:
Post a Comment