24 Nov
Sekitar jam 900kami turun ke lobi dan mendapatkan peta ringkas daripada pihak penginapan. Abang Frontdesk menasihatkan kami untuk menaiki kereta ke Pasar Satok dahulu di waktu pagi, meluangkan waktu petang berjalan sekitar Kuching dan melihat acara lampu di Jambatan Darul Hana pada waktu malam. Kami memilih untuk berjalan kaki sekitar Kuching pada sebelah pagi kerana tidak mahu mengambil risiko hujan diwaktu petang. Disarankan sekiranya kalian mahu berjalan kaki sekitar Kuching, gunakan kasut yang sesuai, bawa peta, air dan mula lebih awal, mungkin sekitar jam 700.
![]() |
| Bila kau suka manual |
Dari penginapan kami melintasi Padang Merdeka, Anglican Cathedral, Plaza Merdeka, Pejabat Poslaju, Museum Textile, Round Tower, Harmony Arch, The Old Court House, Square Tower dan tiba di Kuching Waterfront.
![]() |
| Padang Merdeka |
| Pejabat Poslaju |
| Museum Textile |
Kami menyusuri Sungai Sarawak dan melintasi Chinese History Museum, Hornbill Fountain, tua Pek Kong Temple sebelum makan di New Atmosferah Restaurant.
| Chinese History Museum |
| Hornbill Fountain berlatar belakang Tua Pek Kong Temple |
Selepas makan, kami ke Great White Car, Family Cat, Reservoir Park, Warrior Monumen, Natural History Museum dan Sarawak Museum.
Kepanasan, letih...kami kembali ke penginapan untuk berehat. Selepas zuhur kami menaiki kereta ke Pasar Satok mencari Ikan Terubuk Masin dan makan tengahari.
Destinasi berikutnya merupakan Kuching Cat Museum di dalam banggunan DBKU.
Menunaikan pesanan dari kawan, kami membeli Kek Lapis Sarawak di Mira Cake House. Saya bagaimanapun memilih untuk membeli beberapa sahaja di Kek Lapis Dayang Salhah kerana rasa seperti di sana lebih banyak pilihan dan kurang sesak berbanding Mira Cake House. Berdepan dengan Kek Lapis Dayang Salhah kami berkongsi maklumat dengan Abang Ikan. Kami di nasihatkan untuk menggunakan laluan utama dan bukan laluan feri Sebuyau-Triso-Pusa. Ini kerana sekarang merupakan musim hujan dan laut bergelora. Perjalanan Sebuyau-triso melintasi sungai mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 jam, bergantung kepada keadaan air. Kami juga dinasihatkan untuk memandu pada waktu siang, bagi mengurangkan risiko kemalangan disebabkan keadaan jalan yang tidak berapa bagus berikutan dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Beliau turut menyatakan bahawa Ikan Terubuk Sebuyau lebih besar dan sedap, tetapi harganya mungkin lebih mahal. Ada yang mencecah ratusan ringgit seekor.
Kami kemudian meletakkan kereta di penginapan semula sebelum keluar mencuci pakaian di dobi berdekatan.
Selepas maghrib kami sekali lagi ke Jambatan Darul Hana dan kali ini kami melintasi ke seberang sungai.
Selepas makan di Fatboy Bites, kami kembali ke penginapan untuk berehat.











No comments:
Post a Comment