Wednesday, November 28, 2018

Lawas - Bintulu (Hari 2)

21 Nov
Sekitar jam 730 kami meninggalkan hotel dan bergerak ke Pasar Lawas untuk sarapan pagi. Abang Pancing Udang mencadangkan untuk mencuba mee kolok sebagai sarapan kami di sini. Sayangnya sewaktu kami sampai gerai baru dibuka dan makanan belum sedia, jadi kami baham apa yang ada. Selepas membuat beberapa semakan, kami meneruskan perjalanan kami ke bandar seterusnya.

ICQS Mengkalap merupakan stesen imigresen Sarawak yang perlu dilepasi sebelum memasuki Brunei melalui Labu Brunei Customs and Immigration Complex. Kini, anda tidak lagi perlu untuk mendaftar dan mendapatkan pas kenderaan di Stesen Labu. Hanya perlu ke http://www.bdnsw.gov.bn/Pages/VehiclePass.aspx untuk mendaftarkan kenderaan anda. Selepas dokumen siap di jana, hanya perlu paparkan kod bar kepada pengimbas yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan. Mudah dan menjimatkan masa. Dokumen yang dijana boleh dicetak kalau mahu. Kami hanya simpan salinan didalam telefon sebab hanya mengetahui mengenai maklumat tersebut di stesen Labu.

Kami kemudian memutuskan untuk berhenti seketika di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi, sekadar mengambil angin pagi.
Selepas itu kami melintasi Komplex Kawalan Dan Pemeriksaan Ujung Jalan untuk meninggalkan Brunei dan masuk semula ke Sarawak melalui Pandaruan Customs, Immigration and Quarantine Complex. Kami melintasi Bandar Limbang sebelum tiba di stesen imigresen berikutnya.
Sebelum memasuki Brunei, kami perlu melintasi Tedungan Immigration Post dan Stesen Imigresen Kuala Lurah. Dari Kuala Lurah, kami bergantung harap sepenuhnya pada GPS kereta (sebab talian telefon tiada, maka Google Maps tak berapa nak tepat berfungsi). Selepas melalui jalan berliku, kami selamat melintasi Stesen Sungai Tujoh, Kuala Belait (Brunei) dan Stesen Sungai Tujoh (Sarawak).

Di Miri, kami berhenti seketika di Masjid An-Naim dan memulihkan tenaga di Asean Taste Restorant sebelum meneruskan ke Bintulu. Kami berehat mengambil angin petang di Pantai Tanjung Batu untuk melepaskan lelah sebelum memutuskan penginapan untuk tidur. Disini, saya berkesempatan untuk mendapatkan sedikit pandangan daripada Abang Sibu yang baru melapor diri untuk kerja berkaitan perjalanan. Beliau mencadangkan untuk berhenti tidur di Sarikei sebelum meneruskan ke Kuching kerana mengambil kira faktor jarak, keadaan jalan dan masa. Beliau turut mencadangkan untuk menaiki feri dari Pusa untuk ke Sebuyau bagi laluan ke Kuching untuk menjimatkan masa dan tenaga.
 
 
 
Riverfront Inn merupakan tempat penginapan kedua kami. Selepas menyegarkan badan, kami keluar mencari makan dan mengambil angin malam. Kami sempat berkunjung ke Pasar Malam Bintulu untuk melihat jualan dan hasil kawasan. Maaf tiada gambar aktiviti malam







No comments:

Post a Comment