Thursday, November 29, 2018

Sarikei - Kuching (Hari 4)

23 Nov
Sekitar jam 730 kami memutuskan untuk meninggalkan penginapan. Disebabkan maklumat yang terhad mengenai feri Pusa-Sebuyau, kami mengambil langkah selamat untuk ke Kuching melalui jalan darat dan mengambil feri Pusa-Sebuyau selepas mendapatkan lebih banyak maklumat di Kuching. Kami bersarapan di Malaysia Cafe dan berjalan sekitar Sarikei Esplanade sebelum bergerak.

Kami berhenti rehat di Sri Aman untuk merenggangkan kaki. Kalau ikut kata bapa, kampung asal atuk adalah disekitar Simanggang, yang kini ditukar nama kepada Sri Aman. kami melawat ke Kubu Alice yang merupakan tinggal perang.
Abang Penjaga Kubu menyatakan bahawa sekiranya mengambil feri dari Pusa, perlu turun di Maludam dan kemudiannya mengambil feri ke dua sebelum tiba di Sebuyau. bayaran untuk kereta adaah RM1. Tetapi beliau sendiri belum pernah menaiki feri tersebut. Kami kemudiannya makan di Tandang Sari mengikut saranan Abang Penjaga Kubu.

Sekitar jam 1600 kami tiba di Bandar Kuching dan berjaya mendapatkan penginapan di Merdeka Palace Hotel and Suite. Selepas Maghrib kami mengambil peluang untuk berjalan ke Jambatan Darul Hana dan Kuching Waterfront. Selepas membeli makanan di Plaza Merdeka kami berehat di penginapan.

No comments:

Post a Comment