bila kena bawa jalan...
sekitar jam 430 pagi, 9 februari aku dan aizuddin bangun dari tidur dan bersiap untuk ke rumah ashraf. selepas solat subuh bersama, kami kemudiannya mengambil kak ashikin di Sri Taman. kami kemudiannnya menunggu ketibaan yang lain di Petron Labuk. sekitar jam 600 pagi kami memulakan perjalanan ke Kompleks Sukan Ranau.
sekitar jam 900 pagi kami tiba di Kompleks Sukan Ranau. selepas mendaftar diri. kami dibawa ke tempat berlepas secara berkumpulan dengan pacuan 4 roda. di tempat berlepas kami dipasangkan dengan pengiring masing-masing. berlepas bersama dengan pengiring, kami menghabiskan mas sekitar 5 minit di udara sebelum mendarat semula.
sewaktu kami berkumpul semula, waktu hampir jam 1200. Kak Shikin dan Ashraf mengepalai kumpulan menjawab Dooit. Aizuddin yang mengambil peluang untuk ke Poring turut menyertai kemudiannya.
Habis Dooit, kami bergerak ke Kundasang. di Pekan Kundasang, kami mendapatkan bekalan untuk makan malam. kami tiba di penginapan sekitar jam 300 petang. Sulap Inap Desa merupakan pilihan popular untuk mereka yang ingin naik ke Maragang. selesai menguruskan diri, ashraf dan faris mula membakar arang untuk memanggang makanan.
![]() |
| ashraf |
aktiviti malam kami hanya makan dan berehat.
pagi 10 februari, selepas solat subuh kami keluar untuk naik ke Sosodikon. Puncak Sosodikon terletak berhampiran dengan Desa Cattle Dairy Farm. untuk naik ke puncak, pengunjung perlu membayar tiket berharga rm3. perjalanan hanya sekitar 600m (kalau ikut petanda aras) dan landai. angin pagi agak sejuk, dinasihatkan untuk memakai baju panas.
kami kemudiannya bersarapan di H Benjamin Resident. selepas makan dan bergambar, kami pulang ke kediaman untuk mengurus diri.
sekitar jam 1 kami bergerak meninggalkan Kundasang menuju Sandakan. kami tiba semula di Sandakan sekitar jam 700.
percutian yang santai dan bersahaja...cukup untuk merehatkan minda













No comments:
Post a Comment