Sunday, March 3, 2019

white water rafting trip

untuk bila ada kawan mahu bawa berjalan...awal tahun sudah Raihan mengatur membawa pergi River Rafting. diturutkan memandangkan tiada yang mahu membawa sebelum ini. jadi kami 4 orang berjalan kali ini. Raihan, Farhana, Aizuddin dan aku.

2 march lalu, sebelum azan subuh sudah terbangun. usai solat subuh sudah kena suruh turun dari hotel sebab pemandu sudah sampai. mahu bawa dari hotel kami di Kota Kinabalu ke Stesen Kereta Api Beaufort. En Karim mengambil kami dua lelaki dahulu di Celyn Hotel, sebelum ke Imago mengambil Raihan dan Farhana. perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Beaufort mengambil masa sekitar 2 jam. kami tiba di Stesen Kereta Api Beaufort sekitar jam 7. kami kemudiannya berjalan ke Restoran Brunei Satay House untuk sarapan sambil menunggu kereta api jam 730 pagi. 

kami kemudiannya berjumpa dengan En Andiki (pengiring). dari Stesen Beaufort, kami menaiki kereta hingga Stesen Pangie, tempat permulaan bagi Water Rafting. kami melintasi Stesen Saliwangan Baru, Halogilat dan Rayoh. 
silau matahari
Raihan cakap muka macam orang kena paksa...hahaha...dalam kepala teringat jurassic park sebab biasa t-rex makan orang dekat sungai
kereta api dari Stesen Beaufort menurunkan kami di Stesen Halogilat sebelum berpatah balik membawa penumpang lain. kami meneruskan perjalan selepas kereta api dari Stesen Tenom tiba di Stesen Halogilat. gerabak penumpang kereta api Beaufort jenis tingkap, tiada penyaman udara. manakala gerabak penumpang kereta api Tenom mempunyai pendingin udara. 
kami berhenti di Stesen Rayoh. fakta menarik, kereta api akan menunggu di Stesen Rayoh sehingga semua orang selesai sebelum bergerak semula. jadi penumpang lain yang mahu ke Tenom akan menunggu didalam kereta api sehingga peserta selesai dengan urusan. di sini, peserta boleh menukar pakaian dan menyimpan barangan. barangan akan dipantau oleh pengurus tempat makan. kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke tempat permulaan. kami tiba di Stesen Pangi Sekitar jam 11 pagi.

selepas kereta api meneruskan perjalanan. kami dibawa untuk taklimat keselamatan, teknik mendayung dan perjalanan aktiviti. kami turun ke sungai sekiat jam 1120 pagi. kami berlatih teknik mendayung dan berenang di awal aktiviti sebelum rapid pertama kami.
dugong solo...hehe
Bos James dan Bos Andiki
kami berjaya merentasi pelbagai jeram, arus dan gelombang sebelum tiba semula di Stesen Rayoh tanpa ada ahli yang jatuh tanpa sengaja ke dalam sungai.

kerana musim kering dan cuaca panas. paras air tidak terlalu dalam dan arus sederhana kuat. keadaan di kategori sebagai tahap 3-4. Raihan menyatakan bahawa yang dia ikuti sebelum ini tahap 5, arus kuat. Raihan turut menyatakan bahawa kali ini lebih santai berbanding sebelum ini. 
animasi hasil dari GooglePhotos
sekitar jam 100 kami tiba di Stesen Rayoh. kami kemudiannya bertukar pakaian dan makan. sambil makan, kami melihat gambar yang diambil jurugambar sepanjang perjalanan aktiviti kami. peserta perlu membayar rm150 untuk mendapatkan gambar yang ditangkap.
sekitar jam 200 petang, kereta api dari Tenom tiba untuk membawa kami ke Stesen Halogilat.
kerena keletihan dan nyaman pendingin udara, tertidur seketika sehingga Stesen Halogilat. di Stesen Halogilat, sekali lagi kami bertukar kereta api.
kami tiba di Stesen Beaufort sekitar jam 330 petang. dalam perjalanan pulang kami singgah di Masjid Bongawan untuk solat. En Karim mungkin dari Bongawan, sebab bila bagi tahu ada kenalan di Bongawan dia terus tanya siapa dan kampung mana...hehe. mungkin ja. jam 530 petang kami tiba di penginapan masing-masing.

dimaklumkan oleh En Andiki, sekiranya musim air kuat, peserta boleh memilih untuk terus mendayung hingga Stesen Halogilat. tempoh perjalanan adalah sekitar 3 jam, dan akan memerlukan bayaran yang lebih tinggi. disarankan untuk berunding dengan pengiring lebih awal sekiranya ingin mencuba.

untuk aktiviti berkumpulan, river rafting lebih sesuai berbanding dengan paragliding. paragliding dah naik dengan pilot tu, duduk ja menunggu turun. bagi river rafting perlu bersama menghadapi air dan angin. kalau mahu ulang sekali lagi, mungkin akan pilih musim begini juga sebab lebih santai dan bersahaja, berbanding dengan musim arus kuat yang akan memerlukan lebih banyak tenaga. only my two cent.

p.s...pertama kali naik kereta api tanah borneo...mungkin lepas ini akan cuba terus ke Tenom

No comments:

Post a Comment